Perniagaan Makanan

APAM AISKRIM CORNETTO STYLE

Kalau anda biasa dengar apam dot-dot atau apam mekar, anda mesti tidak pernah atau jarang-jarang mendengar apam aiskrim cornetto.

Apam aiskrim cornetto, resepi ni pernah muncul sedikit masa dahulu.. pada era kegemilangan apam dot-dot dan apam mekar. Tapi oleh kerana penangan apam dot-dot lebih berpengaruh dan diminati ramai, kemunculannya apam ice cream tidak di ambil endah.. dan kurang mendapat sambutan.

Kini sekali lagi apam ini muncul, tapi bersama penampilan istimewa dan berwajah baru. Bertopingkan coklat dan taburan kacang hazel atau badam, kemunculannya kali ini di pentas maya, membuka penggemar makanan.

aiskim-3 aiskim-2 aiskim-1

 Bahan-bahan

4 biji telur

2 cwn gula kastor

3 cwn tepung gandum

3/4 cwn air ais krim soda

1 sudu teh ovalette

Coklat sebagai toping

Kacang atau coklat rice sebagai hiasan

 

Cara-cara

Pukul telur, gula dan ovalette hingga likat. Kemudian masukkan tepung berselang seli dan air ais krim soda. Pukul hingga rata sekali lagi sampai lembut dan adunan tidak berketul-ketul. Akhir sekali masukkan ke dalam acuan kertas berbentuk kun dan kukus sehingga masak. Cairkan coklat dan masukkan ke dalam acuan apam yang telah masak, taburkan kacang atau coklat rice. Biarkan seketika dan sedia untuk dihidangkan.

Perniagaan F&B apam aiskrim cornetto mungkin boleh diperbagaikan lagi mengikut kretiviti anda dana mat sesuai untuk majlis-majlis keraian seperti majlis hari jadi, hari keluarga, akikah, dan lain-lain. Anda juga boleh memasarkan apam aiskrim cornetto melalui media bagi menarik minat bakal pembeli atau pengemar kuih apam.

Bisnes F&B memang mempunyai saingan yang sengit, tetapi anda boleh mengatasi cabaran ini…InsyaAllah. Sebagai usahawan anda perlulah berdaya saing dan sentiasa kretif dengan menyediakan idea-idea baru perniagaan F&B serta mencari peluang. Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan jangan malu-malu untuk hubungi atau layari laman web kami www.usahawan.com. Kami juga menawarkan pakej-pakej dan produk perniagaan F&B, bantuan teknikal serta latihan percuma kepada usahawan dan bakal usahawan.Oppss!!! Jangan lupa “signup form” di bawah supaya mudah untuk kita share tips dan info bisnes. Love is Sharing.