Perniagaan Makanan

MAKANAN SEJUK BEKU? BAGAIMANA?

Semakin tua bumi ini, semakin banyak kemajuan dan pembaharuan. Maka itu, semakin sibuk jugalah masyarakat dunia yang kini lebih memilih kepada kehidupan yang serba ringkas, cepat, dan mudah. Dikesempatan inilah, segelintir manusia mencari peluang untuk mereka cipta peluang perniagaan.

Produk makanan sejuk beku telah mengambil peluang ini dan kini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan. Makanan sejuk beku di simpan dalam suhu antara -18 dan kebawah dan tujuanny adalah untuk memastikan makanan terus segar dan tahan lama. Suhu persekitaran makanan dikawal supaya mikroorganisma tidak boleh menyebabkan makanan itu menjadi rosak dan busuk. Perniagaan sejuk beku kini makin mendapat perhatian masyarakat kerana kelazatannya, mudah dan menjimatkan masa. Antara cara bagi memulakan perniagaan jenis makanan sejuk beku ialah:

 

1)         Modal permulaan

Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan modal permulaan bagi memulakan sesuatu perniagaan. Anda boleh peroleh modal permulaan melalui akaun simpanan peribadi, usahasama rakan kongsi atau institusi kewangan. Pastikan anda membuat sebuah perjanjian perniagaan jika perniagaan yang dijalankan adalah berdasarkan modal usahasama bagi mengelakkan sebarang masalah.

2)         Menentukan lokasi perniagaan

Sesudah mendapatkan modal permulaan, anda harus memikirkan lokasi perniagaan anda. Pastikan lokasi atau tempat perniagaan anda adalah dikawasan-kawasan yang strategik. Selain itu, anda harus juga mengambil kira modal yang akan dilaburkan ketika penetapan lokasi perniagaan

3)         Menu

Sebelum memulakan perniagaan, adalah lebih baik jika anda melakukan tinjauan lebih dahulu mengenai menu makanan yang kini banyak dipasaran. Kemudian anda boleh mengubah menu yang tersedia mengikut cita rasa baharu atau unik yang dapat menarik dan boleh diterima oleh pelanggan.   menu

4)       Bahan mentah

Bagi menjamin kelancaran perniagaan sejuk beku, anda perlu pastikan bahan mentah adalah sentiasa dalam keadaan yang mencukupi atau mempunyai bahan mentah yang tetap. Anda perlu juga mempunyai alternatif lain bagi bahan mentah untuk menampung permintaan pelanggan jika keperluan bahan mentah yang sedia ada tidak dapat menampung permintaan tempahan.

 

5)       Pekerja

Pemilihan pekerja bagi sesebuah perniagaan tidak boleh dianggap remeh kerana pekerja memainkan peranan yang penting untuk kelancaran sesebuah perniagaan. Bilangan pekerja haruslah sesuai dengan saiz perniagaan anda.

6)        Langkah promosi

Anda boleh mempromosikan perniagaan melalui jiran tetangga, kenalan, atau melalui media seperti facebook atau Instagram.

promotion

Perniagaan makan sejuk beku mempunyai potensi untuk berkembang maju. Perniagaan makanan sejuk beku sentaiasa mendapat permintaan dan sentiasa berkembang kerana produk ini bersesuaian dengan trenda kehidupan masyarakan berkerjaya kini. Perniagaan makanan apa sekali pun tidak akan mendatangkan kerugian, InsyaAllah, kerana anda sekeluarga dan setiap individu tetap akan cari makanan.

 

Jika idea bisnes perniagaan sejuk beku ini sesuai dengan anda dan sememangnya impian anda untuk menjadi usahawan makanan sejuk beku, usah ditunggu-tunggu lagi dan segera gerakkan langkah untuk bergelar usahawan. Tapi ingat jangan putus asa…usaha…usaha dan teruskan usaha ia pasti akan membuahkan hasil..InsyaAllah. Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan jangan malu-malu untuk hubungi atau layari laman web kami www.usahawan.com. Opppss!! Jangan lupa “signup form” di bawah supaya mudah untuk kita share tips dan info bisnes. Love is Sharing