Perniagaan Percetakan

CABARAN-CABARAN DALAM PERNIAGAAN PERCETAKAN BAJU

Setiap usahawan atau perniagaan pasti akan berhadapan dengan cabaran yang sukar untuk dielakkan. Cabaran juga tidak mudah untuk dihadapi terutama apabila anda tidak bersedia atau mempunyai pengetahuan luas tentang perniagaan.Keadaan ini kadang-kadang melemahkan semangat usahawan dan ada segelintir yang berputus-asa bila sesekali diuji dengan sesuatu yang berat.

  • Masa     jam-pasir

Perniagaan jenis ini sangat penting dari segi masa kerana percetakan baju bukanlah jenis perniagaan siap dan hanya menunggu masa untuk menjual. Tapi memerlukan kepekaan anda terhadap masa untuk menyiapkan tempahan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Jika anda menerima tempahan yang tidak menetapkan tarikh bila perlu disiapkan, anda boleh focus pada tempahan yang lain atau yang perlu disiapkan dengan kadar segera.

  • Pelanggan   custmer

Pelanggan semestinya mempunyai pelbagai kerenah terhadap barangan atau perkhidmatan yang diminta. Anda harus sentiasa sabar dengan kerenah pelanggan yang sentiasa mempunyai permintaan yang berbeza-beza dan rumit. Jika anda tidak mampu untuk menyiapkannya, upah seseorang yang mahir mengendalikan rekaan yang remeh ini.

Selain itu, pelanggan juga ada yang sensitif terhadap harga perkhidmatan yang ditawarkan. Anda harus pandai dan bijak berkata-kata untuk tetap menarik pelanggan menerima khidmat anda. Jika harga yang ditawarkan masih tidak dapat menarik pelanggan untuk menerima khidmat anda, sebagai peniaga anda harus membiarkannya dengan cara yang baik.

  • Meyakinkan pelanggan   senyum

Meyakinkan pelanggan bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi perniagaan online. Nilai kejujuran dan  keikhlasan perlu ada dalam diri anda terutama dalam perniagaan online. Ini kerana bukan mudah untuk anda sebagai peniaga atau usahawan meminta pelanggan anda membuat bayaran terhadap tempahan mereka kerana segelinter pelanggan ada yang liat untuk menjelaskan bayaran mereka. Kalau nak menipu memang mudah, tapi sampai bila anda sebagai usahawan nak menipu.

 

  • Permintaan pelanggan

Pelanggan mempunyai pelbagai cita rasa terhadap gaya mereka dengan corak yang rumit dan warna yang banyak. Jika rekaan yang ditempah merumitkan anda, adalah lebih baik mengupah pereka lain untuk menyempurnakannya.

 

Perniagaan percetakan pilihan anda? Pastikan anda mempunyai ilmu, memahami cabaran dan penyelesaiannya jika anda sememangnya ingin terlibat secara langsung dalam bisnes percetakan ini. Ilmu, pemahaman, dan cara penyelesaiannya akan membantu memperbaiki kualiti produk. Ilmu-ilmu ini akan membantu anda bertindak dengan berkesan bagi mengenalpasti langkah-langkah kritikal yang boleh dkawal dan tidak boleh dikawal bagi memastikan hasil yang terbaik dalam bisnes percetakan anda.

 

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan jangan malu-malu untuk hubungi atau layari laman web kami www.usahawan.com. Kami juga menawarkan pakej-pakej perniagaan, bantuan teknikal serta latihan percuma kepada usahawan dan bakal usahawan. Oppss!!! Jangan lupa “signup form” di bawah supaya mudah untuk kita share tips dan info bisnes. Love is Sharing