5 Cara Mendapatkan Wang Menggunakan Akaun Twitter Anda

0
1130

Twitter merupakan satu daripada unsur penting dalam apa jua kempen pemasaran media sosial.

Anda tidak perlu mempunyai blog untuk membolehkan anda mendapat keuntungan melalui Twitter.

Terdapat beberapa cara untuk mencari keuntungan melalui jejaring sosial tanpa perlu menjual produk atau perkhidmatan anda sendiri.

Twitter sendiri merupakan platform yang cukup kuat, dan bukan semata-mata menjadi saluran penghubung untuk memasarkan laman web lain. Anda boleh membuka akaun Twitter di sekitar niche yang menguntungkan – contohnya tentang cara mencari wang online, pendidikan online, perkongsian ibu-ibu; dan kumpulkan ramai pengikut yang berminat dengan niche tersebut. Kemudian anda boleh tweet link kepada content yang menarik dari laman web. Dengan cara ini anda memberi kandungan yang bernilai kepada pengikut-pengikut tanpa perlu mencipta content sendiri.

Bagaimana saya boleh dapatkan wang? Sama juga caranya seperti yang penggunaan blog: menjual pengiklanan, link yang ditaja, dan pemasaran bersama (affiliate marketing). Berikut adalah beberapa program yang boleh membantu anda untuk mendapatkan wang melalui Twitter:

#1 Sponsored Tweets

Sponsored Tweets merupakan perkhidmatan pengiklanan yang tidak asing bagi pengguna Twitter. Ia membolehkan anda menentukan price-per-click bagi iklan yang anda tweet. Anda boleh memilih iklan untuk tweet daripada senarai iklan yang tersedia dan sentiasa dikemaskini. Anda memerlukan sekurang-kurangny 50 pengikut, 100 tweet, dan akaun yang berusia sekurang-kurangnya 60 hari untuk melayakan pendaftaran dengan perkhidmatan ini.

#2 MyLikes

MyLikes merupakan platform pengiklanan meluas yang boleh digunakan dalam Twitter, Tublr, YouTube dan blog. Anda boleh memilih daripada ribuan pengiklan, dan anda boleh mengatur jadual untuk memaparkan iklan yang terpilih dalam akaun Twitter anda. Cara ini membolehkan pendapatan sehingga $0.42 untuk setiap klik, dan bayaran dapat dikeluarkan secara mingguan.

#3 Adf.ly

Adf.ly adalah satu lagi jenis perkhidmatan yang membolehkan anda mengirim iklan dalam tweet. Tetapi bayaran tidak diperolehi melalui cara paid-per-click. Anda perlu membuka profil tentang kegemaran anda, yang digunakan oleh pengiklan untuk memilih akaun anda bagi melakukan kempen pengiklanan mereka. Anda perlu bersetuju untuk memaparkan bilangan tweet yang spesifik pada waktu yang spesifik. Bayaran dibuat sekali gus mengikut jumlah besar.

#4 Rev Twt

Rev Twt merupakan perkhidmatan pengiklanan bersandarkan Twitter dan ia merupakan platform price-per-click. Semakin banyak pengikut anda dan semakin baik reputasi anda, maka lebih banyak peluang untuk mendapat kempen yang menawarkan bayaran tinggi. Pembayaran dibuat melalui Paypal apabila anda mencapai pendapatan $20.

#5 Twittad

Platform Twittad mendakwa sebagai satu daripada jejaring tweet berbayar yang pertama. Anda boleh menentukan cost-per-click, tetapi perlu tunggu untuk pengiklan menerima bidaan anda. Anda juga perlu mengenal pasti niche anda supaya pengiklan dapat menyesuaikan dengan produk. Pembayaran dibuat melalui Paypal apabila mencapai pendapatan $30.

Terdapat pelbagai cara lain untuk menjana kewangan menggunakan akaun Twitter anda, termasuklah menjual iklan banner pada muka profil, menentukan kadar bayaran sendiri dan menjual tweet yang ditaja secara lansung, mengenakan bayaran untuk menghantar mesej peribadi kepada pengikut-pengikut anda, atau mengenakan bayaran untuk akses kepada senarai pengikut peribadi anda. Perkhidmatan pengiklanan ini dapat membantu anda mendapatkan keuntungan daripada para pengiklanan pay-per-click, dan lebih menguntungkan lagi jika anda mempunyai pengikut yang ramai.

Bagaimana Dengan Anda?

Ada pengalaman menggunakan platform-platform pengiklanan ini? Adakah anda berjaya dalam penggunaan mana-mana satu cara tersebut?

Kongsikan pengalaman melalui komen! Kami mengalu-alukan kisah anda.