Perniagaan

5 Statistik Mengejutkan: Cashflow Punca Utama Kegagalan Sesebuah Perniagaan

5 Statistik Mengejutkam: Cashflow Punca Utama Kegagalan Sesebuah Perniagaan

Cashflow seringkali menjadi masalah utama dalam perniagaan. Namun begitu, ramai peniaga tidak menyedari atau kurang prihatin terhadap perkara ini. Kajian mendapati bahawa 8 dalam 10 peniaga lebih mementingkan untung berbanding cashflow. Adakah anda salah seroang daripada mereka?

Terdapat banyak kisah haru tentang perniagaan yang gagal akibat pengabaian cashflow. Yang menyedihkan lagi, banyak perniagaan-perniagaan yang gagal ini berpotensi menjana keuntungan tetapi terpaksa ditutup kerana ketiadaan atau kekurangan wang tunai untuk terus beroperasi. Semudah itu masalahnya!

Sahabat usahawan, apa yang dapat kita pelajari dari perkara di atas? Keuntungan tidak sama dengan wang tunai (untung ≠ wang tunai)! Wang tunai diperlukan oleh sesebuah perniagaan untuk operasi harian, bukannya untung.

Jika kamu masih ragu-ragu dan bukan niat saya untuk menakut-nakutkan anda, berikut adalah beberapa fakta dan statistik yang membuktikan betapa pentingnya pengurusan cashflow dalam perniagaan anda:

1.CB Insights: “ran out of cash” atau kehabisan wang tunai adalah penyebab utama mengapa perniagaan start-up gagal
CB Insights, sebuah organisasi pengkaji terkemuka di Amerika Syarikat melaporkan dalam CNBC.com berkenaan kajian masalah-masalah yang dihadapi oleh perniagaan-perniagaan yang telah gagal. Para pengusaha perniagaan yang turut serta diminta membuat senarai 20 masalah yang menyebabkan kegagalan perniagaan mereka. Hasil kajian CB Insights mendapati bahawa isu “ran out of cash” atau “kehabisan wang tunai” merupakan faktor kedua utama daripada 20 faktor-faktor kegagalan.
 
2.Dragon’s Den CBC News: Cashflow adalah cabaran terbesar dalam perniagaan SME (Small and Medium Enterprise)
Dragon’s Den merupakan sebuah rancangan realiti TV tentang keusahawanan yang popular kerana pemaparan situasi bisnes sebenar dengan menampilkan fakta-fakta tanpa berselindung. Dalam perbualan dengan Dragon’s Den pada 19 Oktober 2011 melalui CBC News, salah satu soalan yang ditanyakan kepada ribuan usahawan yang menyertainya adalah, apakah cabaran terbesar anda dalam berniaga?
Secara amnya, para usahawan tersebut mengatakan bahawa cashflow merupakan cabaran bisnis terbesar yang mereka hadapi (51%), diikuti oleh pemasaran (21%), pengurusan pekerja (10%) dan cabaran terakhir adalah keseimbangan kerja-kehidupan (work-leisure)/keluarga (18%).
 
3.Simply Cash Flow Limited: 51% peniaga SME mengatakan bahawa cashflow merupakan cabaran terbesar dalam perniagaan dan kegagalan SME yang disebabkan oleh cashflow mencapai 80%
Hasil kompilasi pelbagai kajian oleh simplycashflow.com (blog pengurusan perniagaan terkemuka di UK) berkenaan SME di pelbagai negara mendapati bahawa cashflow merupakan masalah utama perniagaan di pelbagai negara termasuk Kanada (51%), Ireland (32%), UK (41%) dan USA (28%). Kajian ini menyimpulkan bahawa 80% SME di UK, 66%% di New Zealand dan 61% di Australia gagal kerana isu cashflow.
 
4.Kajian US Bank: 82% perniagaan gagal kerana kelemahan dalam pengurusan wang tunai
Sebuah kajian yng dijalankan oleh Jessie Hagen dari US Bank berkenaan kegagalan perniagaan dari aspek NPL (non-performing loan) yang dialami banyak perniagaan pelbagai sektor, telah menyenaraikan 12 punca utama kegagalan. Penyumbang terbesar kegagalan adalah kelemahan dalam pengurusan cashflow, iaitu 82%
 
Dengan pemahaman terhadap fakta-fakta di atas, para peniaga harus memberi perhatian terhadap tentang cashflow perniagaan mereka, membuat perancangan cashflow, dan mengambil tindakan segera untuk menangani masalah cashflow yang ada. Cashflow ibarat darah dalam perniagaan. Jadi titikberatkan cashflow supaya perniagaan semakin maju dan berkembang.