Perniagaan

7 Checklist Sebelum Memulakan Bisnes Makanan & Minuman

checklist

Perniagaan pada dasarnya adalah untuk mendapatkan keuntungan. Untuk mendapatkan keuntungan tersebut penentuan lokasi yang startegik dan perlu ada potensi ramai pelanggan yang membeli. Disini ada beberapa langkah yang anda perlu mengambilkira sebelum menentukan lokasi perniagaan sebelum boleh memulakan perniagaan tersebut  

1. Pasaran

Pasaran disini bermaksud mempunyai dua pihak, iaitu terdiri daripada pelanggan dan pembekal. Pelanggan adalah pasaran yang anda sasarkan manakala pembekal pula ialah orang yang membekalkan bahan mentah yang anda perlukan. Apabila anda sudah ada pelanggan dan pembekal barulah anda akan meneruskan langkah yang seterusnya

2. Menentukan Spesifikasi (jenis) Perniagaan

[auth]

Salah satu perkara yang anda perlu menititkberatkan sebelum memulakan perniagaan ialah anda perlu menentukan jenis perniagaan tersebut dijalankan. Ini kerana jenis perniagaan yang dijalankan merupakan salah satu faktor mendapat kejayaan dan keuntungan syarikat untuk anda.

Berikut merupakan langkah dalam menentukan pemilihan lokasi perniagaan yang tepat

3. Lokasi kepadatan penduduk – Kejayaan perniagaan anda terletak pada potensi pasaran yang akan anda tuju . Makin padat suatu lokasi, semakin banyak populasi manusia yang boleh menjadi pelanggan produk anda. Jika perniagaan anda masih dalam tahap permulaan , anda sepatutnya memilih lokasi perniagaan yang terletak di kawasan yang mempunyai ramai penduduk .

4. Masyarakat dengan Daya Beli Tinggi – Ada beberapa tempat yang mempunyai kepadatan penduduk namun majoriti penduduk ini berpendapatan rendah . Oleh itu anda perlu membuat pemilihan lokasi perniagaan di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk disamping kuasa beli masyarakatnya yang tinggi

5. Mudah Diperolehi – Bermaksud lokasi tersebut mestilah mudah dikenali dan mudah diperolehi . Ia bertujuan untuk memudahkan pelanggan mengenali lokasi perniagaan anda , Oleh itu anda dikehendaki memasang papan tanda yang menarik dan mudah untuk dibaca . Anda juga perlu memilih tapak lokasi perniagaan yang mempunyai kemudahan untuk pergi ke lokasi perniagaan anda . Contohnya seperti di pusat beli-belah , tepi jalanraya besar dan sebagainya.

6. Pusat Tumpuan – Pusat membeli-belah atau mall bukan satu – satunya lokasi perniagaan yang menjanjikan keuntungan tinggi . Ada juga tempat – tempat yang menjadi pusat tumpuan seperti kawasan pejabat , hospital , kilang atau kampus adalah lokasi perniagaan yang strategik .

7. Persaingan – Anda juga perlu memerhatikan berapa besar persaingan perniagaan sejenis di lokasi yang anda pilih. Jika di lokasi tersebut mempunyai ramai pesaing yang menawarkan produk sejenis , itu bukanlah lokasi yang strategik untuk anda . Kerana pelanggan sudah biasa dengan barangan yang dijual kecuali barangan anda memiliki kelainan dan kelebihan dari yang lain. Kesimpulanya jika anda ingin memulakan perniagaan, anda perlulah terlebih dahulu menentukan jenis perniagaan, lokasi dan mengkaji tempat –tempat strategik yang mempunyai potensi kuasa pembeli yang tinggi.

[/auth]