Perniagaan

BAHAN ASAS MEMULAKAN PERNIAGAAN CETAK TSHIRT DARI RUMAH.

BAHAN ASAS MEMULAKAN PERNIAGAAN CETAK TSHIRT DARI RUMAH.

Bisnes pencetakan adalah lumayan-anda boleh menghasilkan ribuan ringgit jika betul dan kena caranya.

Permintaan pasaran (market demand) sentiasa ada jika berjaya memenuhi kehendak masyarakat. Tak

salah jika hanya mahu mula berjinak-jinak dari rumah kerana ianya lebih baik dan kurang risiko

disamping menjimatkan modal sewa. Berikut adalah bahan asas jika mahu memulakan perniagaan t-

shirt dari rumah.

 

STEP 1 DESIGN

1) Software

Adobe photoshop, Adobe Illustrator, Microsoft Word dan Paint. Anda boleh menggunakan perisian

mana-mana yang ada untuk menghasilkan rekaan untuk diletakkan pada baju.

 

teflon-sheet-266x213

2) Teflon Paper

Teflon paper merupakan sejenis kertas yang digunakan sebagai alas antara objek dan mesin heat press.

Ia mengelakkan daripada rekaan melekat pada permukaan mesin dan membantu mencantik dan

meratakan rekaan. Set press tersebut kepada masa, suhu dan tekanan yang sesuai dan. Apabila anda

sudah selesai press, tunggu sehingga masa yang disyorkanuntuk mengalihkan teflon paper tersebut.

 

vinyl gltter copy

Vinyl adalah sejenis plastik yang menghasilkan cetakan 2D pada baju. Ia mempunyai pelbagai warna dan

jenis. Selepas anda memotong vinyl, lebihan yang tidak diperlukan perlu dibuang sama sekali.

 

paper

4) Sublimation paper

Manakala, sublimation paper pula ialah kertas yang akan menghasilkan cetakan gambar berwarna pada

baju. Berbeza dengan vynil, sublimation paper Ia perlu dicetak dahulu pada inkjet printer mengikut

gambar yang dikehendaki. Dakwat cetakannya akan tertinggal pada material kain tersebut.

5) Dark Transfer paper

Bagi material ini, Dark Paper akan melekat terus pada kain seperti vynil.

 

PREMIUM BLADE  2

6) Vinyl cutter

Mesin cameo adalah sejenis alat khas untuk memotong vynil dan kertas lain mengikut bentuk yang

dikehendaki. Apabila anda menghantar imej vektor kepada mesin cameo, ia memotong hanya laluan di

atas lapisan vinyl yang diarahkan. Kekuatan tekanan dan kelajuan mata pisau perlulah diselaraskan

mengikut ketebalan dan jenis material.

 

mesin cetak serbaguna copy

7) Mesin heat press

Mesin ini bertanggungjawab memastikan rekaan melekat pada baju menggunakan tetapan haba dan

masa yang sesuai.

Lawati www.usahawan.com untuk ketahui lebih lanjut peluang perniagaan baru untuk peniaga kecil &

sederhana. Kami juga menawarkan pakej-pakej pencetakan untuk tshirt dan cenderahati yang

membantu menjimatkan kos anda!