Bisnes Jersi Bola Sepak, Potensi Untung Besar

0
1375

Demam bola sepak memang tidak akan habis. Hampir sepanjang tahun kita dapat menyaksikan liga bola sepak terutamanya liga di benua Eropah. Daripada pertandingan liga kelab-kelab bola sepak, disambung pula dengan perlawanan antara negara dalam piala dunia, serta piala benua masing-masing. Jika kita peka, sebenarnya ada peluang perniagaan yang wujud dalam situasi ini; yang saya maksudkan di sini adalah penjualan jersi bola sepak.

Sepertimana produk yang lain, ada tips-tips yang dapat saya kongsikan bersama anda yang ketika ini sedang atau berhasrat menceburi dunia perniagaan jersi bola sepak.

football-store

1. Harga

Sebahagian besar penjual jersi bolasepak menjual produk mereka secara online. Ini mengabaikan kos sewa kedai. Dengan tiadanya kos tersebut, maka perletakan harga menjadi faktor utama menentukan daya saing. Walaubagaimana pun, jika anda inginkan keuntungan yang besar, cuba pertahankan harga dan pada masa yang sama maksimakan faktor-faktor lain supaya anda dapat bersaing dengan penjual jersi bolasepak lain.

2. Kualiti

Baju jersi bola sepak biasanya dijual mengikut kategori kualiti, bemula dari A, AA, AAA sehinggalah Grade ORI. Kualiti mempengaruhi harga. Harga ditentukan oleh kualiti produk. Tetapi sebagai penjual kita juga harus berniaga dengan jujur. Jangan naikkan harga dan mendakwa bahawa sesuatu produk itu lebih berkualiti daripada yang sebenarnya. Penipuan seperti ini akan kekal dan suatu hari nanti akan kembali menghantui kita. Pelajari dengan teliti perbezaan setiap kategori kualiti supaya anda memahami produk dan dapat menjelaskan kepada pembeli.

3. Pemasaran

Ramai penjual jersi bola sepak memanfaatkan laman media sosial untuk mempromosikan produk secara percuma dan mudah. Tetapi hati-hati, jangan sampai tindakan pemasaran ini dianggap SPAM dan menyebabkan nama anda turut tercemar. Tidak semua rakan Facebook anda berminat dengan apa yang tawarkan.

Pilihlah masa sesuai untuk melakukan kegiatan pemasaran. Manfaatkan momentum. Sewaktu musim piala dunia, tawarkan baju jersi negara yang popular dan ramai penyokong. Anda juga boleh menambah pendapatan dengan promosi penjualan berbentuk potongan harga dan bonus pembelian.

soccer-jersey

4. Sasaran Pasaran

Sasaran pasaran dapat ditentukan berdasarkan demografi, geografi dan sebagainya. Pasarkan mengikut kemahuan. Contohnya seorang pekerja yang meminati bola sepak untuk mengisi masa lapang. Penentuan sasaran pasaran ini akan menentukan bagaimana anda menetapkan kualiti, harga dan bentuk kegiatan pemasaran yang akan anda lakukan.

Jangan hadkan pasaran anda kerana ego; contohnya jika seorang penjual jersi bolasepak seperti saya, yang merupakan peminat kelab bola sepak Chelsea dan pasukan negara Brazil; ini tidak bermaksud bahawa saya harus terikut-ikut dengan ego dan tidak menjual baju jersi Arsenal dan pasukan negara Argentina. Anda harus bersifat professional; janganlah kita terlalu emosional kerana apabila kita menghadkan penjualan kita menghadkan rezeki.

footballclub

5. Konsistensi

Setelah melaksanakan pelbagai strategi, semuanya dalam tangan anda; mampukan anda konsisten melakukan apa yang anda mulakan?

Ingatlah kata-kata hikmah, bahawa seseorang tidak dinilai berdasarkan asal-usulnya, tetapi berdasarkan apa yang telah dibuatnya. Teruskan usaha dan doa, pertahankan semangat anda dalam menjalankan perniagaan ini kerana lambat laun anda akan berjaya.