Bisnes Kopi RM5

0
2703

Dalam tahun 2016 saja rasanya sudah banyak yang membuka kiosk menjual kopi dengan harga RM5 ni, pelanggan yang datang pun tak putus. Mesti ada yang tertanya boleh laku ke buka bisnes begini? Tapi bisnes ni memang tak rugi untuk dicuba dan ianya tak rumit seperti yang disangka.

PELUANG PERNIAGAAN YANG LUAS

Kalau nak cakap pasal peluang untuk membuka kiosk begini, memang boleh dan tak memerlukan modal yang tinggi, dalam lingkungan bawah RM5000 saja anda dah boleh cuba menjinakkan diri membuka booth sendiri. Dari mesin bru kopi, blander, serbuk kopi, meja, payung, banner dan barangan lain, untuk permulaan memang cukup. Dari segi pilihan minuman memang banyak, pelbagai jenis kopi, coklat, vanila dan teh hijau yang di blended dan dihias dengan whipped cream.

Tapi yang bezanya pada packaging minuman, ada yang guna botol kaca dengan bentuk yang unik, ada yang guna gelas plastik bersaiz jumbo, terpulang pada kreativiti untuk menarik pelanggan. Ice blanded dan ice coffee yang sedap dengan harga serendah RM5, siapa yang tak nak? Tak perlu lagi ke Starbucks atau Coffee Bean dan membeli kopi yang harganya dua kali ganda.

Kalau nak kembangkan lagi perniagaan dan membina networking yang kukuh, anda sangat lah disarankan menyertai event seperti Foodgasm dan FoodFestival yang mengumpulkan lebih 100 usahawan online untuk menggunakan event seperti ini sebagai medium untuk mempromosi bisnes mereka dan ianya diadakan secara tahunan.

Maklum balas event ni seperti ni memang menggalakkan dan organizer selalunya akan mengadakan event seperti ini 2 atau 3 kali setahun Ini lah peluang yang tak patut dilepaskan. Dalam event sebegini lah anda dapat buktikan pada pelanggan kenapa kopi RM5 anda adalah yang terbaik.

POTENSI PERNIAGAAN YANG POSITIF

Mungkin ada yang masih ragu-ragu dengan bisnes ni, memang ada pelanggan tapi boleh maju ke? Tak nak lah duduk di takuk yang sama. Potensi bisnes ni sebenarnya sangat menyakinkan. Yang bagusnya, disebalik bisnes kopi RM5 didominasi oleh golongan muda yang hanya bermula kecil-kecilan tapi sekarang berjaya membuka lebih 5 kiosk di lokasi Lembah Klang yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi kawasan tumpuan umum contoh disekitar kediaman pelajar, kawasan IPT dan kawasan pejabat .

Dek kerana cuaca di Malaysia ni panas, ianya menjadi salah satu faktor utama kenapa bisnes kopi RM5 ni laris macam pisang goreng panas! Antara pengusaha kopi RM5 yang dah berjaya mengembangkan bisnes mereka ada Gelaihh dan Pirate Coffee.

Memang tak dinafikan, banyak sebenarnya kiosk yang menjual menu yang sama tapi semuanya bersaing dengan sihat dan mereka ni ada peminat yang tersendiri. Seperti mana perniagaan lain, tak dinafikan juga pengaruh media sosial memang kuat, usahawan bisnes sebegini memang kerap memuat naik status perniagaan mereka, penambahan atau perubahan menu serta promosi bulanan.

Dan disitu juga lah pelanggan dapat berinteraksi secara virtual dan memberikan komen mereka mengenai menu mahupun service supaya usahawan muda ni boleh menambah baik mutu perniagaan mereka dan terus berkembang.