Buat Duit Dengan Sistem Langganan

0
902

Cuba anda bayangkan kes berikut:

Setiap wanita sebulan sekali atau setiap beberapa bulan sekali mesti membeli produk kecantikan, minyak wangi, penjagaan kulit, dan sebagainya. Lelaki juga sama, walaupun jarang-jarang sekali.

Bagi orang yang sibuk, agak sukar bagi mereka untuk perbelanjaan bulanan seperti ini.

Bagaimana jika seseorang menjual satu set produk yang anda perlukan, dihantar terus ke rumah anda tanpa perlu keluar?

Inilah yang dilakukan oleh BirchBox.

Hanya dengan melanggan, secara automatik setiap bulan anda akan dihantar produk yang berbeza kategori.

Jenis perniagaan ini sangat popular sehingga banyak yang meniru, berikut adalah beberapa contoh:

  • Glassful – wine
  • LootCrate – produk unik untuk gamer
  • Candy Club – gula-gula
  • Japan Crate – Makanan Ringan Jepun
  • DollarShaveClub – pisau cukur

Dan banyak lagi.

Kalau dilihat pada produk-produk tersebut, tidak semestinya produk yang menjadi keperluan harian. Terdapat juga produk yang hanya untuk “keseronokkan” seperti gula-gula, ada juga produk untuk peminat sesuatu seperti gamer.

Malahan sebahagian besar daripada mereka menerima pesanan dari luar negara.

Padahal yang sebenarnya iainya tidak sukar, kerana anda hanya perlu mengumpul produk dalam sesuatu kategori dan kemudian menjualnya dalam satu kotak.

Di Malaysia, terdapat banyak produk yang anda boleh buat dalam perniagaan seperti ini. Contohnya kopi, makanan ringan, dan lain lain.

Yang paling penting, produk mesti “habis” digunakan dalam masa beberapa minggu atau hari. Supaya pelanggan akan terus membeli produk tersebut dari anda.