Idea Perniagaan Kentang Puting Beliung

0
341

Kentang, makanan ini tentunya sudah tidak asing bagi anda. Di Malaysia kentang pada umumnya hanya digoreng memanjang, direbus untuk dimakan ataupun diolah lagi menjadi makanan yang lazat dan tentunya berkhasiat. Tapi tahukah anda, kentang bukan hanya dapat dibentuk memanjang sahaja, tetapi juga boleh berbentuk spiral atau seperti tornado dengan panjang lebih kurang 30 cm.

Pasti anda tertanya-tanya. Bagaimana kentang boleh dibentuk menjadi spiral seperti tornado? Pastinya boleh, dengan menggunakan mesin khusus untuk memotong. Kentang berukuran panjang 8-10cm dapat dibentuk berbeza daripada biasa, berbentuk spiral seperti tornado. Jenama kentang spiral tersebut adalah Kentang Spring; sebuah inovasi kreatif dalam dunia fast food kentang.

  kentang-spring

Kentang yang biasa hanya digoreng memanjang dan tanpa perencah dapat “diolah” menjadi makanan yang dinikmati dalam bentuk dan cara yang berlainan. Dipotong dengan alat khusus, di goreng, diberi perencah, lalu ditusuk dengan pencucuk buluh, jadilah Kentang Spring. Rupanya yang unik dan menarik seperti puting beliung membuatkan anda ingin segera menikmatinya.

Kentang Spring merupakan kentang berbentuk spiral atau angin puting beliung atau tornado adalah yang terawal di Malaysia sejak tahun 2011 lagi.

Meskipun mengadaptasi snek khas Korea, Kentang Spring berbeza dari yang ada di Korea. Jika pada umumnya di Korea hanya digoreng biasa tanpa diberikan perencah,  Kentang Spring, kentang yang digoreng masih dengan kulitnya ini ditaburi perencah yang terdiri daripada pelbagai jenis, antaranya perisa barbeque, jagung, hot & spicy, lada hitam, ayam dan lain-lain.

Kentang Spring ini digoreng bersama kulitnya setelah dicuci sampai bersih. Tahukah Anda, kulit kentang kaya dengan Kalium dan dipercayai mempunyai khasiat antioksidan yang dapat meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit, termasuk kanser.

Manakala isi kentang sendiri pula mengandungi vitamin seperti Vitamin B1, B2, Niacin, Vitamin C dan mineral Natrium, dengan kadar alkali yang cukup tinggi dan dapat berfungsi untuk meningkatkan pH yang terlalu asidik di dalam tubuh.

Berminat untuk mendapatkan Pakej Kentang Spring, boleh menghubungi:

Pejabat: 06-6718650
019-6942887 (Pn Suraini)
019-6096811 (En Azelan)

Link: http://www.usahawan.com/shop/pakej-perniagaan-kentang-spring