Jana Pendapatan Lumayan Sebagai Peniaga Murtabak

0
583

Dewasa ini perniagaan makanan sangat diminati ramai dan salah satu perniagaan makanan yang popular ialah perniagaan murtabak telur. Makanan ini sangat diminati ramai baik di kalangan bertaraf hidup sederhana tinggi malah di kalangan bertaraf hidup sederhana rendah. Selain itu perniagaan ini mempunyai prospek yang baik. Untuk memulakan perniagaan ini anda boleh melihat saranan di bawah:

Lokasi Perniagaan

Hampir semua tempat boleh dijadikan lokasi perniagaan murtabak. Buktinya, anda pasti menemui satu atau dua gerai murtabak di pusat keramaian serta tepi jalan. Untuk mendapatkan lokasi yang strategik, Anda perlu melakukan survei terlebih dulu. Biasanya perniagaan martabak dibuat di pasar, kawasan pejabat, kawasan perumahan, tempat pelancongan, di pusat membeli-belah atau pun pusat penjualan.

Kelengkapan Perniagaan

Kelengkapan peniagaan yang asas perlu disediakan sebelum membuka perniagaan murtabak, antaranya gerai beroda untuk yang berniaga di kaki lima atau pun almari cermin untuk yang berniaga di kiosk, peralatan memasak seperti dapur, tong gas, kuali rata, spatula untuk menggoreng martabak telur, penapis minyak, serta loyang. Kelengkapan lain yang perlu juga adalah seperti bekas plastik untuk menyimpan adunan kulit, isi, parutan, serta kertas roti dan bekas makanan.

Pekerja

Perniagaan murtabak boleh dijalankan sendiri atau dengan bantuan pekerja. Tetapi jika anda tidak pakar memasak murtabak, anda boleh menyerahkan proses pembuatan murtabak kepada pekerja anda. Tetapi semua kegiatan perniagaan tetap di bawah pengawasan anda. Pekerja ini dapat diupah secara bulanan dengan kadar gaji di antara RM750 hingga RM900.

Promosi

Pada awal perniagaan anda boleh membuat promosi. Contohnya dengan memasang sepanduk, bukan hanya di tempat anda berniaga, tetapi juga di beberapa lokasi strategik berdekatan gerai anda. Untuk menarik lebih ramai pembeli anda boleh mengedarkan leaflet di pusat membeli-belah, pasar, serta perumahan berhampiran tempat berniaga.

Harga Murtabak

Harga murtabak telur tergantung dengan ukuran serta intinya. Harganya sekitar RM3.50 hingga RM4.00. Harga murtabak telur boleh dinaikkan lagi jika isinya menggunakan bahan-bahan seperti daging ayam, telur, daging lembu, atau daging. Harganya boleh mencapai RM5.00

Risiko Perniagaan

Pesaing merupakan risiko yang paling sering dihadapi dalam perniagaan murtabak. Oleh itu, ketika anda melakukan survey lokasi perniagaan, carilah tempat yang belum banyak penjual murtabak atau paling baik, pilihlah tempat yang belum ada penjual murtabak. Jika sudah ada peniaga murtabak di sana, pilihlah lokasi yang agak jauh dari mereka.

Contoh Resepi

Bahan:

Bahan-bahan untuk membuat kulit:

260 gram tepung gandum

½ sudu teh garam

100ml air

2 biji telur ayam

½ sudu teh mentega

Bahan-bahan untuk isi:

3 biji telur  ayam

2 ulas bawang putih (dicincang halus)

5 batang daun bawang (dihiris halus)

2 sudu teh garam

80 gram daging lembu cincang (dimasak hingga kering)

1½ sudu teh serbuk lada

Cara membuat:

Kulit:

Campur semua bahan dan gaul hingga sebati. Bahagi adunan kepada 12 bahagian kemudian bentukkan bebola dan lumurkan sedikit minyak sayuran agar tidak kering.

Lalu biarkankan selama 1 jam

Isi:

Pukul telur dan tambahkan bahan-bahan lain. Pukul sehingga rata.

Panaskan minyak dalam kuali di atas api sederhana. Ambil 1 bahagian adunan, ratakan hingga tipis, bentangkan di atas kuali yang telah dituang minyak.

Tuangkan isi di tengahnya kemudian lipat berbentuk sampul surat dan terus masak hingga kedua sisinya berwarna kuning keperangan dan kering.

Kemudian angkat, potong-potong, dan sajikan.

Semoga artikel tips memulakan perniagaan murtabak telur ini dapat memberi inspirasi kepada anda. Semoga berjaya.