Pendapatan Lumayan Sebagai Runner dan Freelancer

0
1485

 Penjaga haiwan peliharaan.

Pemilik haiwan peliharaan pastinya risau semasa ketiadaan mereka di rumah, siapa yang boleh mengambil alih tugas mereka? Bagi pencinta haiwan, disini lah khidmat anda diperlukan. Bukan perlu menjaga mereka 24 jam sehari, tapi cukup sekadar datang ke kediaman pemilik dan memastikan haiwan peliharaan mereka mempunyai bekalan makanan dan minuman yang mencukupi dan memastikan kawasan sangkar dan najis mereka dibersihkan untuk keselesaan sepanjang ketiadaan pemilikya.

 Delivery barangan dapur.

Bagi mereka yang sibuk bekerja dan hanya berulang-alik dari rumah ke tempat kerja, mereka yang tinggal dikawasan yang tidak mempunyai pegangkutan awam, suri rumah yang tidak mempunyai kenderaan sediri atau tidak tahu memandu amat lah memerlukan servis sebegini. Order barangan boleh dihantar kepada anda melalui SMS atau aplikasi WhatsApp dan anda akan menghantar barangan dengan kadar segera dan mengenakan caj perkhidmatan yang berpatutan.

 Khidmat carwash bergerak.

Jika mereka mahu mencuci kereta, pastinya mereka perlu memandu ke permis berkenaan dan menunggu sementara kenderaan mereka dibersihkan. Khidmat carwash bergerak ini lebih mudah, mereka perlu hanya menelefon dan memberikan alamat mereka dan anda akan datang ke kediaman dan memcuci kenderaan mereka di depan mata anda sendiri tanpa perlu memandu ke kedai cuci kereta dan mereka juga selesa menunggu di rumah, berehat dan meluangkan lebih masa dengan keluarga. Mudah kan?

 Pembayar bil.

Bagi mereka yang bekerja pada waktu pejabat sememangnya tiada masa untuk keluar membuat bayaran bil utiliti bulanan seperti bil elektrik, air, bil telefon dan internet. Oleh itu, anda boleh lah menyediakan khidmat pembayaran bil di mana anda akan membuat bayaran bil bagi pihak mereka dan mengenakan caj perkhidmatan.

 Pembersih kediaman.

Tak semua orang mahu mengupah pembantu rumah dan tukang kebun yang digaji secara bulanan apatah lagi jika kediaman itu dibiarkan kosong dan pemiliknya hanya pulang sekali-sekala atau pemiliknya keluar untuk pulang ke kampung/melancong. Jadi anda boleh mengambil upah membersihkan kawasan kediaman ketika diperlukan jadi kawasan kediaman mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih dan rapi.