Perniagaan

Perniagaan Yang Menguntungkan Pelajar?

 

Masalah kewangan? Perbelanjaan banyak dihabiskan untuk hal-hal pelajaran? Duit poket tidak cukup? Jangan pening-pening fikir cara untuk mencari perbelanjaan tambahan kerana banyak cabang dan caranya. Perniagaan dari rumah kini kian digemari oleh pekerja dan suri rumah untuk menambahkan pendapatan, malah perniagaan idea ini juga diambil peluang oleh pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Terdapat banyak jenis peluang perniagaan yang diusahakan dengan modal yang sedikit dan risiko yang rendah. Walaupun dijalankan dengan modal yang sedikit dan risiko yang rendah, anda wajib merancang perniagaan anda dengan teliti supaya perniagaan yang anda jalankan tidak ditinggalkan. Oleh itu, jenis perniagaan berikut adalah:

3xbrwns1kr3

  1. Perniagaan berasaskan makanan

Pelajar yang mempunyai bakat dan kemahiran untuk membuat atau masak sesuatu makanan, perniagaan makanan adalah peluang yang cerah untuk anda. Perniagaan makanan anda boleh dipasarkan sewaktu karnival di institusi anda atau pada hari-hari biasa seperti menjual nasi lemak, brownies, kuih muih, atau makanan ringan. Bukannya susah, cukup sekadar menjual makanan yang sememangnya kepakaran anda, mudah, tidak melibatkan kos yang tinggi, dan yang menjadi citarasa kegemaran majoriti pelajar. Tetapi harus diingat harganya mestilah berpatutan dengan kualiti dan kuantiti makanan.

6a_registration

  1. Perniagaan percetakan

Pelajar di IPT mempunyai banyak bahan yang diperlukan bagi melengkapkan kerja dan pembelajaran. Oleh itu, perniagaan percetakan seperti phototat sangat menguntungkan walaupun tidak menerima pelanggan yang ramai dalam satu tempoh masa yang sama. Ini kerana perniagaan percetakan seperti phototat tidak memerlukan modal yang besar dan bukannya setiap pelajar mempunyai mesin phototat. Pelajar akan menggunakan perkhidmatan anda selalunya dimusim-musim peperiksaan atau diminggu-minggu akhir tugasan dan dalam kuantiti yang banyak. Perniagaan ini tidak merugikan anda kerana anda juga menggunakan perkhimatan ini dan sudah tentunya anda memiliki mesin 2 dalam 1 iaitu untuk percetakan phototat dan printing.

2013-new-100-brand-contton-men-t-shirts-t-shirt-for-lovers-printed-fashion-short-sleeve

  1. Menjual pakaian

Golongan muda sentiasa mengikuti perkembangan trend fesyen terkini sama ada pelajar IPT atau pun tidak. Oleh itu, tidak hairanlah perniagaan jenis pakaian sentiasa mendapat perhatian terutama kepada golongan wanita. Perniagaan jenis ini juga tidak memerlukan modal yang besar kerana anda membeli keperluan jualan secara pukal. Anda boleh menjalankan perniagaan pakaian melalui media facebook atau Instagram, karnival, dan rumah kerumah.

 

Kini ramai golongan muda terutama pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Walaupun kadang-kadang tidak mendatangkan keuntungan yang tinggi tetapi dapat memuaskan mereka dan membantu menambah duit poket mereka.

 

Jika anda berfikir idea ini dapat membantu mencipta perniagaan anda, usah tunggu lagi. Cepat!!! Cepat!!! Mulakan langkah perniagaan anda. Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan jangan malu-malu untuk hubungi atau layari laman web kami www.usahawan.com. Opppss!! Jangan lupa “signup form” di bawah supaya mudah untuk kita share tips dan info bisnes. Love is Sharing