Potensi Perniagaan Belimbing Madu

0
251

Belimbing atau Carambola dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia. Orang Portugis memanggilnya Carambola yang membawa maksud ‘makanan pembuka selera’. Buah ini tersebar ke seluruh dunia dengan khasiat perubatannya. Nama saintifik bagi buah ini adalah “averrhoa carambola” dan ianya berasal daripada nama seorang doktok Arab, Ibnu Rushd. Kini, buah belimbing banyak ditanam di Johor, Selangor dan Negeri Sembilan.
Terdapat dua jenis belimbing yang popular ditanam di Malaysia iaitu B10 dan B17. Bagi B10, kulitnya berwarna kuning oren apabila masak, berjus, mempunyai rasa yang enak dan bertekstur halus. Manakala bagi B17, atau lebih dikenali sebagai Belimbing Madu, buahnya lebih lonjong dan berwarna kekuningan apabila masak, lebih rangip tetapi mempunyai rasa sedikit bersabut bagi teksturnya.

Belimbing amat digemari ramai untuk dijadikan hidangan pencuci mulut kerana mengandungi oarasa Vitamin C yang tinggi. Selain itu, belimbing juga dipercayai mempunyai karminatif terhadap saraf otak dan boleh membantu dalam mengurangkan tekanan darah tinggi.

 

Kenapa belimbing madu?

Potensi tanaman belimbing madu sangat besar di Asia terutamanya di Malaysia. Hal ini disebabkan belimbing boleh ditanam di atas pelbagai jenis tanah iaitu dari tanah liat hinggalah ke tanah berpasir. Di samping itu, belimbing merupakan sejenis tanaman yang tumbuh dengan cepat dan memerlukan kelembapan yang mencukupi sepanjang tahun untuk hidup subur. Faktor ini sangat sesuai dengan iklim cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. Terdapat juga penanaman belimbing yang dijalankan di kawasan lombong. Bagi kaedah ini, sistem pengairan renjis digunakan untuk memberikan kelembapan pada tanah. Namun, kos penggunaan sistem ini dikira agak tinggi jika dibandingkan dengan penanaman di kawasan selain daripada kawasan sedia lembap.

 

Permintaan tinggi terhadap belimbing madu

Belimbing jenis B17 (belimbing madu) mendapat pasaran yang baik untuk tempatan mahupun luar negara terutamanya Singapura. Malaysia merupakan pengeksport terbesar buah belimbing di dunia. Malaysia telah berjaya menggunakan belimbing sebagai satu cara untuk meneroka pasaran Eropah sejak dari tahun 1989 lagi. Namun, ketika itu, belimbing terkenal sebagai hiasan makanan sahaja dan bukannya sebagai menu makanan segar. Data eksport ke Eropah Barat menunjukkan bahawa pasaran kita telah mencapai tahap memuaskan dengan kuantiti eksport meningkat naik setiap tahun. Ini menjadi petunjuk bahawa wujudnya potensi yang luas bagi pasaran buah belimbing ke luar negara. Oleh itu, pasaran baru perlu diterokai selain daripada pasaran sedia ada iaitu Eropah dan Singapura bagi menjenamakan buah tempatan ini ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Memandangkan Malaysia berada di kedudukan pertama dalam senarai pengeksport utama buah belimbing, maka peningkatan penglibatan pengeksport buah ini adalah sangat diperlukan. Situasi ini secara tidak langsung dapat meperluaskan lagi pasaran belimbing sedia ada ke pasaran baru.

Penggemar belimbing madu boleh disignifikankan kepada tiga golongan iaitu isirumah, kilang dan institusi. Pengguna tempatan yang terbesar tentunya adalah isirumah. Penggunaan belimbing madu bagi isirumah hampir mencecah 15000 metrik tan berikutan kepercayaan pengguna isirumah mengenai kebaikan belimbing madu yang mampu mengurangkan tekanan darah tinggi. Jika melihat permintaan daripada institusi pula, belimbing madu digunakan sebagai hiasan atau garnishing, pencuci mulut dan juga untuk dijadikan sebagai jus buah-buahan. Jangan terkejut jika permintaan daripada institusi dijangka meningkat sehingga lebih 13000 metrik tan. Manakala untuk pasaran kilang pula, mereka menggunakan belimbing madu untuk menghasilkan jus dan keropok dan permintaan daripada industri ini dijangka akan meningkat sehingga 31000 metrik tan.

 

Kos pengeluaran dan pulangan

Jumlah kos pengeluaran untuk tempoh 15 tahun bagi belimbing madu dianggarkan dalam RM227, 581.000 iaitu kira-kira RM 15, 000 setahun. Ini adalah berdasarkan kepada harga di ladang iaitu RM1/kg bersamaan Internal Rate of Return 43%. Nilai kini bersih 10% ialah RM 54, 198.00 dan nisbah faedah/kos pada 10% ialah 1.45.

Untuk tujuan pemasaran, pengeluar atau pengeksport buah hendaklah menjaga kualiti buah tersebut supaya tidak rosak kerana belimbing mudah diserang penyakit dan cepat menjadi busuk. Buah boleh diisi ke dalam kotak atau bakul dan disusun di antara 4-5 lapisan. Buah belimbing boleh dipetik apabila didapati sudah masak 75%. Ketika itu warna buah akan bertukar menjadi kuning. Ianya mampu bertahan tahan sehingga satu ke dua minggu jika disimpan didalam suhu bilik 24oC-35oC dalam suhu 5oC. Ianya juga boleh disimpan selama 5 minggu tanpa kerosakan pada rasa dan kualiti.

 

Faktor Kritikal Kejayaan

 

1) Pemasaran

Penggunaan ICT seperti e-dagang, e-exchange dan sebagainya mampu mempercepatkan sistem edaran maya dan kemudiannya diikuti dengan sistem pengedaran fizikal terhadap pasaran buah belimbing. Seiring dengan itu promosi tentang kebaikan amalan memakan buah-buahan terutama belimbing terhadap kesihatan. Penekanan terhadap penjenamaan Malaysia’s Best yang melalui proses akreditasi dan sistem pengredan yang sistematik terhadap pengeluar belimbing untuk memenuhi kehendak pasaran dunia.

 

2)  Logistik

Sistem rangkaian pemasaran yang lancar samada di daratan, laut dan udara serta kemudahan infrastruktur lain seperti bilk sejuk mampu memasarkan belimbing dengan lebih mudah dan cepat.

 

3)  Sumber manusia

Perluasan pembangunan terhadap semua pihak yang terlibat dalam industri belimbing terutamanya golongan usahawan. Menerusi penglibatan golongan tersebut daripada peringkat pengeluaran, penyelidikan dan pembangunan dan pemasaran menjaminkan keberkesanan daya saing usahawan dalam industri tersebut