Takoyaki, Peluang Perniagaan Makanan Yang Empuk dan Lazat

0
1273

Peluang perniagaan makanan takoyaki atau bebola sotong kurita ini mulai menjadi trend di dunia perniagaan ketika ini. Kiosk atau gerai menjual takoyaki banyak ditemui di kawasan shopping mall atau supermarket. Sebahagian daripadanya menggunakan nama sendiri, dan sebahagian lagi berbentuk perniagaan franchise.

Amat menarik untuk mengetahui lanjut tentang perniagaan takoyaki. Perniagaan makanan yang berasal dari Jepun ini semakin banyak dibuka.

Setelah mencuba jualan beberapa penjual takoyaki, rata-rata para peniaga takoyaki ini menjual pada harga RM5 sekotal berisi 4 biji. Apabila membandingkan resepi takoyaki dengan perusahaan makanan lain, dari segi modal, keuntungannya sangat-sangat memberangsangkan.

Anda boleh mendapatkan tepung takoyaki di sini. Bahan-bahan asas untuk membuat takoyaki amat ringkas. Mungkin satu-satunya bahan yang agak mahal adalah sotong kurita. Bahan-bahan lain sederhana kosnya.

Franchise Peluang Perniagaan Takoyaki

Dengan resepi daripada bahan yang sederhana, peluang perniagaan takoyaki memberikan ruang atau space yang cukup untuk para peniaga menggunakan modal atau budgetnya untuk kegiatan pemasaran atau strategi perniagaan lain. Tidak hairan jika dalam waktu yang singkat sudah ada peluang perniagaan makanan ini diusahakan dalam bentuk franchise.

Sudah pastinya faktor lokasi sangat mempengaruhi dalam perihal balik modal. Mungkin ada baiknya sebelum memberi franchise perniagaan takoyaki, Anda harus menyelidik cara membeli franchise.

Tanpa membeli franchise juga anda dapat membuka perniagaan takoyaki. Proses memasak yang sederhana dan bahan-bahan yang ringkas membolehkan membangunkan sistem bisnes takoyaki anda sendiri dengan mudah. Tapi anda perlu memastikan bahawa citarasa takoyaki anda sesuai dengan takoyaki asli Jepun. Mungkin anda boleh meminta bantuan beberapa teman-teman untuk menjadi tester dan meminta pendapat serta komentar mereka tentang takoyaki anda.

Selanjutnya adalah masalah tempat. Tempat penjualan yang strategik memainkan peranan yang besar dalam perniagaan. Anda mungkin dapat mencari kiosk yang berdekatan dengan kampus atau di medan selera salah satu shopping mall di bandar Anda. Untuk pemasaran, anda boleh menggunakan twitter dan Facebook untuk memperkenalkan perniagaan takoyaki anda. Jangan lupa untuk membuka cawangan baru jika kiosk pertama anda sudah berjaya. Selamat menikmati peluang perniagaan takoyaki.

Nak mulakan bisnes takoyaki. Hubungi segera team Usahawan.com yang menyediakan Pakej Perniagaan Takoyaki dengan harga mampu milik.

Pejabat: 06-6718650
019-6942887 (Pn Suraini)
019-6096811 (En Azelan)

Link: http://www.usahawan.com/shop/pakej-perniagaan-takoyaki

pekej-takoyaki-thumb