Tips Memulakan Perkhidmatan Salon Kecantikan

0
2988

Perniagaan yang berkaitan dengan minat kaum wanita memang tidak pernah membosankan. Selain fesyen, kecantikan merupakan salah satu perniagaan yang berpotensi. Untuk tampil cantik, biasanya kaum wanita tidak akan berkira berbelanja banyak.

Anda sebagai calon usahawan boleh memanfaatkan peluang ini untuk membuka perkhidmatan salon kecantikan. Kelebihan membuka salon kecantikan ialah permintaan ramai sentiasa ada, kerana semua orang perlu menjaga penampilan agar segak dan kemas.

Kelebihan lainnya adalah anda mampu meraih pendapatan daripada pelanggan yang setia. Akan tetapi anda perlu berhati-hati kerana perniagaan ini tergolong dalam bentuk perkhidmatan, di mana kepuasan pelanggan menjadi keutamaan.

Ada beberapa hal yang perlu anda tahu sebelum memulai perniagaan salon kecantikan ini, antara lain:

Dalami bidang yang ingin anda ceburi

Anda perlu terlebih dahulu berminat mempelajari tentang kecantikan; adakah anda biasa berdandan? Walaupun anda seorang pemilik perniagaan, anda perlu mempunyai visi yang jelas tentang matlamat perniagaan.

Kaji selidik tentang persaingan dalam perniagaan

Kaji selidik amat penting untuk menentukan kelebihan salon anda berbanding dengan salon-salon yang lain. Kaji apa saja kelebihan dan kekurangan salon di sekitar tempat anda merancang untuk membuka perniagaan. Ini perlu dibuat supaya perniagaan anda unik daripada salon-salon lain.

Kenali pelanggan salon anda

Anda perlu mengetahui keperluan pelanggan anda, daripada jenis rawatan salon yang mereka perlukan dan harga yang bersesuaian dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

Pelajari setiap hal yang berkaitan dengan kecantikan

Meskipun anda meminati bidang kecantikan, bukan bererti anda harus terburu-buru untuk membuka perniagaan ini tanpa pengetahuan yang cukup. Anda boleh belajar di tempat kursus kecantikan yang sesuai dengan jadual anda dan mengikut kemampuan. Carilah informasi dari sumber lain, seperti bahan bacaan dan seminar. Dan yang tak kurang pentingnya, meskipun anda hanya ingin berada di balik tabir perniagaan, anda juga harus memiliki pengetahuan asas dan pengetahuan dalam pengurusan salon.

Anda amat digalakkan untuk mendapatkan pengiktirafan atas kemahiran yang dimiliki melalui proses pensijilan kerana dengan demikian secara lansung kemampuan anda diakui,

Banyakkan Berlatih

Kerana perniagaan ini mengutamakan kemahiran, maka anda harus banyak berlatih. Anda boleh bekerja dahulu di salon lain, atau mengikuti kursus dan latihan salon kecantikan.

Salon yang bersih dan selesa untuk pelanggan

Bagi sesetengah orang, lawatan ke salon bukan sekadar untuk merawat diri tetapi juga untuk bersantai dan melepaskan kepenatan. Salon yang selesa dan bersih sangat penting untuk memastikan keperluan tersebut.

Promosi

Jika anda membuka perusahaan dalam bidang apa pun, satu daripada perkara utama ialah melakukan promosi. Jika hanya menunggu pelanggan datang dan mewar-warkan perniagaan anda, alamatnya mungkin gulung tikar tidak lama lagi. Promosi boleh dilakukan dengan banyak cara, seperti: mulut ke mulut (word of mouth), iklan di suratkhabar, pengedaran flier, atau promosi online.

Beri nama yang unik

Nama salon kecantikan anda sebaiknya ringkas atau sesuaikan dengan nama persekitaran perniagaan anda. Selain itu, pilihlah nama salon yang unik dan mudah diingat.

Variasikan perkhidmatan

Perkhidmatan seboleh-bolehnya divariasikan, lebih dari satu jenis, supaya dapat menarik lebih banyak pelanggan. Misalnya mulakan dengan perkhidmatan gunting rambut, rebonding, smoothing dan sebagainya.

Gunakan produk dan peralatan yang baik

Anda harus selalu menggunakan peralatan dan bahan-bahan kecantikan sesuai dengan standard; jangan gunakan bahan dan alat yang berbahaya, kerana ini akan mempengaruhi nama baik anda dan salon anda.

Sentiasa Sabar dan Tekun

Dalam apa usaha sekalipun anda harus mempunyai kesabaran dan ketekunan. Hal inilah yang akan membuat anda semakin matang dalam perniagaan

Demikianlah beberapa tips dan cara memulai perniagaan salon kecantikan. Semoga berguna dan memberikan inspirasi untuk kejayaan pernkhidmatan salon kecantikan anda.