Western Food Mudah-Alih

0
1008

Antara soalan harian yang paling sukar untuk dijawab- “Nak makan apa malam ni?” Kadangkadang restoran bila kita pergi ke restoran, ianya pula dipenuhi pelanggan dan harus menunggu lama untuk mendapatkan meja atau mencari restoran lain untuk memenuhi keinginan. Tambahan pula bagi mereka yang bekerjaya, sibuk seharian di pejabat dan hanya ingin berehat setibanya di rumah. Akhirnya, ada yang terjebak dengan makanan ringan yang kurang berkhasiat

SISTEM PERNIAGAAN YANG MUDAH

Atas sebab itu, pada hari ni kita lihat banyak perniagaan makanan delivery di sekitar Lembah Klang dan yang penting, kesemua makanan ini adalah homemade dengan harga yang cukup berpatutan dan lebih rendah dari restoran wajib dicuba. Bukan itu saja, mereka menyediakan menu yang sihat dan seimbang Kebanyakkan pengusaha makanan western ini beroperasi dari rumah jadi modalnya tidak lah besar, sesuai bagi mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan. Cari saja di Instagram yang menjual makanan western, tengok menu dan order. Order hanya perlu dibuat melalui telefon dan laman sosial dan pesanan dibuat lebih awal bagi mengelakkan kekeliruan dan kehabisan stok makanan.

SAMBUTAN YANG SANGAT MENGALAKKAN

Setakat ini, rata-rata pelanggan tidak mempunyai masalah daripada pihak penghantaran makanan kerana mereka menghantar tepat pada masanya. Makanan yang di order melalui konsep ini tidak menghampakan dan mereka berpuas hati. Pelanggan pula tidak hanya terdiri daripada mereka yang bekerja tapi juga pelajar IPT yang sering sibuk dengan kelas dan tugasan, ini lah alternatif mereka untuk membeli makanan tanpa perlu keluar. Pengusaha makanan western ini juga selalunya menawarkan harga yang lebih rendah kepada pelajar seperti The Pocat yang sering melakukan delivery di sekitar kawasan kediaman pelajar IPT di Puncak Alam.

FROZEN WESTERN FOOD?

Tidak hanya fokus pada makan malam, pengusaha juga boleh menyediakan menu makanan western yang sesuai untuk sarapan pagi dan makan tengahari juga. Antara menu terlaris adalah daging ayam/daging yang sudah diperap, salad sayur, kentang goreng dan sos yang di bungkus rapi dan dijual sebagai makanan sejuk beku dan dihantar ke rumah pelanggan atas permintaan kerana ada pelanggan yang ingin memasak sendiri stik tanpa susah payah, hanya perlu panaskan kuali dan masak! Sangat mudah kan? Antara pengusaha yang sudah berjaya membuktikan frozen western food ini yang mendapat sambutan adalah Maryam’s Kitchen yang melakukan perkhidmatan delivery di sekitar Selangor dan Putrajaya