Keusahawanan, Pinjaman

7 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU JIKA HENDAK MEMINJAM TEKUN

 

TEKUN Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan  kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

1. JUMLAH PINJAMAN TEKUN

jumlah pinjaman tekun

Bermacam jenis pinjaman boleh dibuat bergantung kepada keperluan perniagaan anda.

2. TEMPOH BAYARAN BALIK

Tempoh bayaran balik pinjaman adalah antara 6 bulan hingga 10 tahun.

3. CARA BAYARAN BALIK

Jika anda peminjam anda WAJIB datang membuat bayaran balik pinjaman di Pejabat TEKUN Kawasan atau menerusi BSN, Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia atau menerusi Cek Tertunda Tarikh.

4. SUMBANGAN TABUNG PENGURUSAN TEKUN

Usahawan yang meminjam diminta membayar Sumbangan Tabung Pengurusan TEKUN sebanyak 4% daripada nilai pinjaman setiap tahun sepanjang tempoh pinjaman. Bayaran sumbangan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran balik pinjaman.

5. BAYARAN PROSES

bayaran proses tekun

Setiap pinjaman anda dikenakan bayaran proses bergantung kepada jumlah pinjaman.

6. SIMPANAN

Jika anda peminjam, anda diminta untuk membuat simpanan sebanyak 5% daripada nilai pinjaman setiap tahun. Simpanan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran balik pinjaman.

7. PERLINDUNGAN INSURANS

Antara kelebihan usahawan TEKUN akan mendapat perlindungan di bawah Insuran Pinjaman dan Insuran Hayat & Kemalangan (peminjam) yang ditetapkan oleh TEKUN Nasional dalam tempoh pinjaman.

Syarat Kelayakan Asas Pinjaman TEKUN Nasional dan maklumat lain yg spesifik boleh dirujuk di

http://www.tekun.gov.my/web/guest/15