Pelaburan, Pinjaman

Skim Pinjaman SME Bank

Dalam zaman yang serba maju ini kita memerlukan sumber kewangan untuk menjalankan pelbagai aktiviti. Tidak kiralah apa juga aktiviti yang bakal anda ceburinya, semuanya memerlukan kos yang tinggi. Untuk menjadikan impian anda satu kenyataan, SME Bank atau Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad telah menyediakan pelbagai kemudahan. Antara kemudahan yang disediakan adalah kemudahan skim pinjaman.

SME Bank memulakan operasi pada 3 Oktober 2005, beribu pejabat di Kuala Lumpur dan mempunyai 19 cawangan di seluruh negara. Berfungsi sebagai sebuah institusi kewangan khusus bagi membimbing dan memenuhi permintaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Untuk makluman anda, bank ini sangat terkenal sebagai sebuah pusat sehenti yang bergiat aktif untuk memenuhi permintaan bantuan kewangan.

Jika anda ingin tahu, bank ini ditubuhkan dengan fungsi utamnya sebagai pusat sehenti kewangan dan pembangunan perniagaan yang diharapkan dapat membantu usahawan kecil diluar sana. Ramai diantara kita mempunyai kemahiran di dalam bidang tertentu tetapi tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk anda di luar sana cuba menikmati skim pembiayaan yang ditawarkan oleh SME Bank ini.

Jika kita sudah memohon pinjaman dari mana-mana bank, perkara pertama yang sentiasa menghantui diri adalah lulus atau tidak pinjaman yang dibuat? Berapa lama lagi kah kita harus menunggu kelulusan pinjaman tersebut? Di SME Bank, anda tidak perlu risau lagi kerana bank ini memberi jaminan untuk menyegerakan proses pinjaman bagi memenuhi keperluan kewangan anda. Bank ini juga menyokong penuh kehendak pembangunan perniagaan melalui persediaan khidmat nasihat yang tepat pada masanya.

[auth]

Perkara utama yang akan dilakukan oleh SME Bank adalah menawarkan tempoh bayaran balik pinjaman yang lebih panjang kepada pemohon dengan kadar faedah yang lebih rendah berbanding bank-bank yang lain. Bank ini juga bersedia memberikan program khidmat nasihat perniagaan kepada pemohon yang berkelayakan.

Terdapat dua jenis klasifikasi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang ditawarkan oleh SME Bank iaitu Perniagaan Mikro, Perniagaan Kecil dan Perniagaan Sederhana.

A. Pembiayaan Perniagaan Mikro

Bagi anda yang baru menceburi bidang perniagaan awal, skim pembiayaan mikro amat sesuai untuk dipilih. Perniagaan mikro ini bermaksud perniagaan awalan yang kecil. SME Bank menawarkan pembiayaan serta memberi sokongan dan bimbingan perniagaan kepada anda yang bercadang untuk memulakan dan menjalankan perniagaan kecil dan memerlukan modal kerja.

Kementerian dan agensi kerajaan telah mewujudkan skim khas bagi mempromosikan bidang keusahawanan yang dijangka dapat menjadi sektor utama. Sekiranya SME Bank tidak mempunyai program atau dana yang bersesuaian dengan keperluan anda, SME Bank akan berusaha untuk memperkenalkan anda kepada rakan kongsi strategik bagi memastikan anda mendapat nasihat yang menyeluruh mengenai cara untuk memperluaskan perniagaan mikro yang anda pilih.

B. Pembiayaan Perniagaan Kecil dan Sederhana

Mungkin ramai di antara kita yang tidak tahu bagaimana untuk memulakan sesuatu perniagaan. Bagi yang ingin memulakan perniagaan kecil, SME Bank menawarkan pembiayaan serta keperluan pembangunan perniagaan seperti berikut:

  • Kelulusan yang cepat bagi pinjaman di bawah RM250, 000.
  • Pinjaman boleh diperoleh dari serendah RM20, 000 bagi program khusus
  • Kadar faedah (atau marjin keuntungan bagi produk Syariah) di antara 3.75 % dan 7.5% bergantung kepasa sumber dana

  • Marjin pembiayaan yang menguntungkan sehingga 90% (bergantung kepada jenis kemudahan dan aset yang dibiayai)
  • Tempoh pinjaman yang lebih panjang

Konsep Pembiayaan

Selepas berjaya memperoleh skim pinjaman yang ditawarkan oleh SME Bank sudah pasti anda ingin mengetahui tentang konsep pembiayaan yang ditawarkan. Sebagai pelanggan sudah pasti keperluan anda menjadi keutamaan. Terdapat dua jenis konsep pembiayaan iaitu pembiayaan pra-pelaksanaan dan pembiayaan pasca-siap.

Apa yang pasti kedua-dua konsep pembiayaan ini memudahkan anda untuk berurusan dengan pihak bank. Pembiayaan pra-pelaksanaan adalah konsep yang dipersetujui dan telah diberi jaminan seperti yang telah ditetapkan di dalam kontrak. Anda digalakkan membaca dan memahami terlebih dahulu isi kandungan sesebuah kontrak yang diberikan oleh pihak bank kepada anda. Manakala konsep pembiayaan pasca-siap pula adalah pembiayaan berdasarkan invois yang yang dikeluarkan oleh pihak bank kepada pihak pemberi kontrak.

1. Pinjaman Perniagaan

Sebelum anda memulakan langkah membuka perniagaan sendiri dengan mendapat pembiayaan penuh SME Bank, anda harus tahu bahawa terdapat dua jenis aktiviti yang layak dan yang tidak layak untuk dibiayai.

Antara aktiviti yang layak mendapat pembiayaan adalah sektor pembuatan, sektor pengangkutan, sektor pelancongan dan sektor teknologi. Manakala aktiviti yang tidak layak menerima pembiayaan adalah proses asas tani, pemaju perumahan, projek yang menyalahi undang-undang dan moral serta pusat perjudian. Syarikat kewangan dan perlombongan kecuali kuari juga tidak layak menerima skim pinjaman ini.

SME Bank juga menawarkan pelbagai kemudahan buat anda yang layak memohon skim pinjaman ini. Antara kemudahan yang disediakan termasuklah kemudahan pembayaran jangka panjang, sewa pajak, sewa beli perindustrian, modal kerja tetap, modal kerja berputar, jaminan bank dan juga surat sokongan yang pastinya dapat membantu dan memudahkan anda untuk memulakan operasi perniagaan.

Antara tujuan kemudahan ini disediakan adalah untuk memudahkan proses menyediakan segala keperluan serta kelengkapan asas sebelum memulakan perniagaan. Semua kemudahan yang disediakan sememangnya dapat membantu anda dan tugas anda hanya memulakan perniagaan menggunakan modal yang diberikan dengan penuh yakin dan bersungguh-sungguh.

2. Pembiayaan Kontrak

Sekiranya anda merupakan seorang kontraktor yang berpengalaman, ini adalah masa yang sesuai untuk anda ‘merebut’ peluang yang disediakan oleh SME Bank. Skim ini menawarkan pembiayaan kepada pelanggan yang menjadi Kontraktor Utama atau Sub-kontraktor yang telah diberi tanggungjawab menjalankan kontrak-kontrak dari kementerian, agensi-agensi atau jabatan-jabatan kerajaan.

Pembiayaan jenis ini adalah untuk memudahkan pelaksanaan kontrak sehingga selesai sepenuhnya. Anda tidak perlu risau tentang cara pembayarannya kerana pihak bank akan membuat pembayaran terus kepada pihak yang memberikan kontrak. Pembiayaannya pula ditawarkan berdasarkan sejauh mana pra pelaksanaan projek itu mampu dibuat.

Bagi anda yang ingin memohon pembiayaan jenis kontrak, syaratnya anda haruslah merupakan seorang Kontraktor Utama atau Sub-kontraktor yang dilantik sahaja. Pemohon juga perlulah berdaftar dengan salah satu badan seperti Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Badan-badan pelesenan atau pendaftaran lain yang berkaitan.

Jenis-jenis kontrak terdiri daripada kontrak bekalan langsung atau dengan penambahan nilai di dalam bentuk pemasangan, pengujian, pentauliahan dan latihan. Kontrak projek pembinaan dan infrastruktur termasuklah kerja-kerja awam, mekanikal, elektrik dan teknologi informasi & komunikasi. Akhir sekali adalah kontrak perkhidmatan bagi perniagaan yang lain termasuklah penyediaan perkhidmatan dan penyelenggaraan.

3. Tabung Pembangunan Pengangkutan Awam (TPPA)

Bagi anda di luar sana yang mempunyai kenderaan seperti bas atau teksi, dana khusus ini adalah untuk kegunaan anda. Dana ini digunakan untuk menampung kos pembelian kenderaan dan peningkatan kualiti perkhidmatan termasuklah individu sebagai pengusaha, syarikat, koperasi atau firma.

Objektif program ini adalah untuk menyediakan satu kemudahan pembiayaan khusus kepada pengusaha-pengusaha perkhidmatan pengangkutan awam bas komersil dan teksi di seluruh Malaysia dengan syarat-syarat yang lebih fleksibel dan kadar bayaran balik yang kompetitif. Selain itu program ini juga diadakan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi di dalam industri kenderaan pengangkutan awam dan perusahaan yang berkaitan dengannya di samping menyumbang ke atas pembangunan sosio-ekonomi negara dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam negara. Skim ini diharapkan akan dapat membantu usahawan perkhidmatan pengangkutan awam bas dan teksi meningkatkan daya saing dan kualiti perkhidmatan yang tinggi.


4.
Skim Pembiayaan Premis Perniagaan

Skim yang keempat, adalah skim untuk membiayai rumah kedai atau kilang yang dijadualkan masih di dalam rangka pembinaan. Syarikat yang bertaraf Sdn Bhd dan firma profesional dibenarkan untuk memohon skim ini. Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahun akaun beraudit dan berprestasi baik. Tempoh maksimum yang diberikan adalah selama 20 tahun dengan jumlah pembiayaan bermula dari RM 100, 111 hingga RM 5.0 juta.

Tiga jenis kemudahan yang disediakan di bawah skim ini adalah Bai’ Bithaman Ajil / Bai’ Istisna’ yang khusus untuk pembiayaan Islam. Bai’ Bithaman Ajil yang mengkhususkan kepada pembiayaan harta tetap bangunan dan premis yang telah siap. Akhir sekali, Bai’ Istisna’, khusus untuk pembiayaan harta tetap bangunan dan premis yang masih dalam pembinaan. Ketiga-tiga kemudahan ini sudah semestinya dapat membantu meringankan beban anda sebagai pemohon.

5. i-Cash

Skim i-Cash yang ditawarkan di SME Bank merupakan skim yang sentiasa mendapat maklum balas yang baik daripada pelanggan di luar sana. Skim ini menawarkan pembiayaan sehinggaRM250, 000 dengan kadar keuntungan serendah 3.99%. Tempoh bayaran balik yang dikenakan adalah sehingga 20 tahun, tidak perlu penjamin, ansuran rendah dan tiada yuran pemprosesan. Skim ini nampaknya mampu memberi peluang kepada anda untuk menguruskan peluang perniagaan dengan lebih sistematik dan berdaya saing.

Bagi anda yang berpendapatan minima RM1, 000 sebulan termasuk elaun tetap layak untuk memohon pembiayaan ini. Perlindungan Takaful Hayat dan Permohonan Wasiat oleh Amanah Raya Berhad akan diberikan mengikut keperluan. Manakala kaedah bayaran balik adalah melalui potongan gaji oleh Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA) ataupun melalui pihak berkuasa yang lain yang dipersetujui oleh pihak bank.

6. Tabung Usahawan Siswazah (TUS)

Bagi para graduan yang berpotensi membina perniagaan sendiri selepas tamat pengajian, ini adalah masa yang sesuai untuk anda merebut peluang yang ada! Dana yang diberikan ini merupakan pembiayaan mudah untuk memulakan perniagaan dalam apa jua sektor yang anda gemari. Kemudahan ini ditawarkan khas buat graduan di dalam Rancangan Malaysia ke – 9 untuk Tabung Usahawan Siswazah. Peruntukan tambahan sebanyak RM 25 juta telah diberikan oleh kerajaan bagi memastikan graduan di institusi pengajian dapat memulakan perniagaan menggunakan kemahiran yang mereka pelajari semasa di universiti. Antara syarat kelayakan untuk memohon pembiayaan ini adalah anda perlu memiliki sekurang-kurangnya diploma yang diiktiraf oleh MQA dan berjaya menamatkan pembelajaran tidak melebihi 15 tahun. Terbuka kepada warganegara Malaysia dan berumur tidak melebihi 40 tahun.

Jadi apa tunggu lagi? Jika anda merupakan seorang individu yang berkelayakan dan mempunyai potensi kerja seperti yang diharapkan silalah berkunjung di cawangan SME Bank terdekat untuk mendapat maklumat lengkap tentang skim pinjaman yang ditawarkan.

[/auth]