Menceburi Bidang Perniagaan Makanan Segeradari Mexico & Perancis Yang Kini Menjadi Fenomena Di Seluruh Dunia
memperkenalkan
Menu makanan segera dari Mexico & Perancis yang benar-benar bersifat AntarabangsaKini ditampilkan dengan citarasa Malaysia. Twisto boleh dijadikan snek atau pemanis mulut dan boleh dinikmati pada bila-bila masa oleh sesiapa sahaja tidak kira golongan tua mahupun muda!
VIDEO
Sebelum meneruskan lagi pembacaan, cuba anda berfikir sejenak:
- Adakah pelanggan anda bosan dengan menu yang sama?
- Adakah anda mempunyai sedikit kekosongan ruang niaga?
- Adakah produk makanan anda permintaannya bermusim?
- Adakah anda ingin memperluaskan lagi skop perniagaan?
- Adakah anda ingin meningkatkan hasil jualan?
Jika jawapannya adalah YA kepada persoalan di atas, kami ingin mempelawa anda untukmenerokai peluang perniagaan baru ini dan mengambil langkah seterusnya dengan menjadiRakan Niaga kami dalam perniagaan makanan segera Twisto
Rakan Niaga Diperlukan Seluruh Malaysia!
Penyediaan Menu Hidangan Twisto yang Unik!
Semudah 1-2-3
Disediakan melalui 3 cara mudah iaitu: Masak, Gulung dan Hidangkan! Sesuai untukdimakan segera atau dibawa pulang. Aroma yang melazatkan semasa dimasak pasti membuatkan sesiapa sahaja akan terasa lapar dan ingin menikmatinya segera!
Twisto Pocket pada asalnya adalah makanan orang Mexico yang di kategorikan sebagai makanan segera. Terdiri daripada bahan inti seperti ketulan ayam berempah, sayuran dan sos istimewa yang digulung dalam roti istimewa. Pelbagai jenis bahan inti boleh diubah suai mengikut selera masing-masing. Kelazatan Twisto Pocket sangat bergantung kepada bahan inti dan juga adunan roti istimewa serta sos yang digunakan.
Satu hidangan makanan segera yang lengkap kerana ia mengandungi sumber karbohidrat daripada roti Twisto Pocket, sumber protein daripada ayam, vitamin dan fiber daripada sayuran! Bahan inti juga boleh dipelbagaikan seperti daging cincang, kepingan daging atau ayam/ daging rendang yang bersesuaian dengan selera tempatan.
Pelbagai jenis sayuran juga sesuai ditambah seperti lobak merah, kobis yang diparut kasarserta sayur campur. Sos cili pula boleh digantikan dengan sos BBQ, sos masam manisdan sebagainya. Memang sesuai untuk masyarakat Malaysia!
Twisto Rangup boleh dikategorikan sebagai makanan segera berbentuk seperti pancake tetapi lebih nipis dan rangup. Bahan inti Twisto Rangup terdiri daripada perisa Vanilla, Oren, Apple, Coklat, Pandan, Strawberry dan Blueberry. Manakala terdapat juga tambahan bahan-bahan inti yang manis terdiri daripada kekacang, mentega, madu dan kepingan pisang, atau madu dan ais krim dan ada juga yang ditambah krim untuk memberikan rasa yang lebih lemak.
Twisto Rangup adalah olahan daripada "Crispy Crepe" yang berasal dari Perancis.Twisto Rangup dilipat seperti bentuk kon ais krim yang leper untuk hidangan. Bungkusan yang menarik untuk membungkus Twisto Rangup turut disediakan.
Pelbagai Pilihan Rasa Twisto Rangup Tidak Terhad dalam Imaginasi Anda!
Dengan menu hidangan yang pelbagai serta mampu dibeli oleh sesiapa sahaja, Twisto Rangup ditawarkan dengan 7 perisa pilihan iaitu:
Bukan itu sahaja, ia juga boleh ditambah dengan buah-buahan sebenar seperti Pisang dan jugaAiskrim mengikut citarasa pelanggan!
1001 Keunikan Twisto Pocket & Twisto Rangup!
Anda bakal perolehi seribu satu faedah melalui dua produk hebat ini! Antaranya ialah:
Set hidangan makanan yang ringkas dan boleh disediakan segera.Rasanya pelbagai seperti lemak, berkrim, manis, masam, manis dan sebagainya. Selain itu, cara penyediaan yang sangat mudah . Tambahan lagi, harga kos yang agak rendah kerana untuk menyediakan satu set Twisto Pocket atau Twisto Rangup hanya memerlukan jumlah kecil bahan sahaja. Tambahan pula resepi boleh dipelbagaikan mengikut selera tempatan.
Kedua-dua produk makanan ini juga boleh disediakan dalam pelbagai saiz.Maka, ia boleh dihidangkan samada untuk makan di meja atau sesuai juga untuk mereka yang perlukan makanan yang segera dan ringkas. ITwisto Pocket dan Twisto Rangup boleh juga dijadikan hidangan untuk pelbagai majlis seperti majlis harijadi, kenduri keraian, makanan untuk dibawa berkelah dan sebagainya.
Yang paling menariknya, kandungan nutrisi bahan-bahan adalah seimbang dalam setiap set kerana lazimnya ia terdiri daripada karbohidrat, protein, lemak, fiber dan merupakan sumber tenaga yang cukup. Jadi, tak perlu bimbang dengan kalori makanan anda lagi!
Kanak-kanak pula amat menggemari Twisto Rangup bersama perisa-perisa pilihan yang menjadi kesukaan ramai! Twisto Pocket pula seakan sama dengan sandwich yang mana ramai golongan pekerja yang mahu cepat ke pejabat amat gemarkan penyediaannya yang ringkas dan cepat.
Kepelbagaian resepi dan menu yang boleh diubah dan diolah mengikut selera masing-masing membolehkan Twisto Pocket dan Twisto Rangup menjadi kegemaran segenap lapisan orang. Walaupun kedua-dua produk adalah berasal dari luar negara, resepi yang fleksibel membolehkan rakyat tempatan menerimanya sebagai makanan tempatan. Apatah lagi apabila bahan-bahan yang digunakan adalah daripada bahan-bahan makanan tempatan.Memang Malaysia habis!
Twisto Pocket yang selalunya disediakan dengan daun salad yang hijau, buah tomato yang merah, ayam goreng yang keperangan dapat menarik perhatian sesiapa yang sedang mencari-cari hidangan untuk makan tengahari atau malam. Pelbagai warna menarik yang dapat menggugat selera sesiapa sahaja yang melihat!
Twisto Pocket yang selalunya disediakan dengan daun salad yang hijau, buah tomato yang merah, ayam goreng yang keperangan dapat menarik perhatian sesiapa yang sedang mencari-cari hidangan untuk makan tengahari atau malam. Pelbagai warna menarik yang dapat menggugat selera sesiapa sahaja yang melihat!
Twisto Pocket dan Twisto Rangup juga boleh disediakan secara gourmet dan dihidangkan di restoran-restoran bertaraf lebih tinggi apabila sedikit penambahan dibuat kepada bahan inti atau bahan sampingan.
Oleh sebab penyediaannya yang ringkas dan boleh disediakan dengan bahan-bahan yang mudah didapati, Twisto Pocket dan Twisto Rangup boleh menjadi produk makanan kegemaran sedunia! Produk makanan ini juga boleh dijadikan sumber pendapatan kepada individu yang ingin mulakan perniagaan kecil-kecilan disebabkan oleh kosnya yang rendah.
Twisto Pocket dan Twisto Rangup adalah snek yang lazat yang boleh disediakan di hotel-hotel sebagai salah satu juadah dalam hidangan bufet. Penggemar boleh juga memesan dan memilih bahan inti mengikut citarasa masing-masing. Ini menjadikan Twisto Pocket dan Twisto Rangupjuadah yang tidak jemu dimakan.
Tanpa Yuran Francais, Tanpa Bayaran Royalti,
Tanpa Caj Tersembunyi,
Keuntungan 100% Milik Anda..
Kini Pakej Perniagaan Twisto ditawarkan dengan konsep mudah-alih untuk kemudahan anda. Tukarkan ruang niaga seminima 1.5 meter x 1.5 meter kepada sumber pendapatan lumayan sekarang juga! Twisto Rangup sesuai untuk diniagakan di tempat-tempat berikut:
Pasar Malam, Bazar, Karnival, Ekspo , Kantin Pusat Beli-Belah, Majlis Keramaian Hadapan Sekolah, Kafeteria Majlis Katering, Restoran Tempat Makan Terbuka, Medan Selera, Pusat perangingan dan juga tempat tumpuan ramai
Apa Yang Bakal Anda Perolehi?
Pakej Perniagaan Twisto ini merangkumi Kiosk, Dapur Khas, Tepung, Pelbagai Jenis Perisa, Pembungkusan Produk, Latihan, Sokongan, Perkhidmatan Selepas Jualan danAlatan-alatan khas yang lain.
Kiosk Mudah-Alih
Direka dalam bentuk mudah alih untuk kesenangan anda denganreka bentuk grafik yang kontemporari dan menarik perhatian.Table Top kiosk pula diperbuat daripada stainless steel yang mana kesemua proses penyediaan dan penjualan produk Twisto boleh dilakukan tanpa sebarang masalah. Lebih menarik, kiosk ini boleh dilipat dan dimuatkan ke dalam kenderaan anda!
Pakaian Seragam
Kami telah mendedikasikan begitu banyak sumber kepada penjenamaan produk Twisto. Oleh itu, setiap Rakan Niaga akan dibekalkan dengan 2 set pakaian seragam yang berupa: 2 helai t-shirt berkolar, 2 helai apron.
Dapur Khas Twisto
Memperkenalkan 2 jenis Dapur Twisto yang menggunakan Gas atau Elektrik gas,direka khas untuk menghasilkan hidangan Twistodalam masa yang sama! Plat pemanas yang unik ini mampumemanaskan keseluruhan permukaan memasak dan dapatmengekalkan suhu yang dikehendaki.
Tepung Twisto
Terdapat 2 jenis tepung yang dirumus khas daripada resepi rahsia kami. Dengan hanya menambah air dan bahan lain ke dalam pek tepung ini dan mengikuti arahan adunan sempurna.
Setiap pek menganduingi 1 kg tepung Twisto Rangup boleh menghasilkan 20 set Twisto Rangup. Manakala setiap pek 1kg tepung Twisto Pocket boleh menghasilkan 20 set Twisto Pocket
7 Perisa Pilihan Twisto Rangup
7 jenis perisa pilihan akan dibekalkan iaitu: Coklat, Strawberry, Blueberry, Vanilla, Oren, Apple & Pandan. Setiap perisa dipekkan dalam bungkusan seberat 1kg. Rasanya yang lazat dan enak setanding perisa lain yang terkemuka terdapat di pasaran.
Tepung Ayam Goreng Twisto
1kg Tepung ayam yang dirumus khas daripada resepi rahsia kami. Digunakan untuk menghasilkan 8 kg ketulan ayam goreng bagi Twisto Pocket.
Bungkusan Take-Away
Berbentuk unik dan juga memudahkan serta cepat untuk membungkus Twisto Rangup. Penyelesaian yang ideal untuk konsep perniagaan mudah-alih seperti ini. Kami berbangga dengan cara pembungkusan kami yang menjimatkan. Satu inovasi yang sangat praktikal untuk situasi tidak formal bagimereka yang mahukan proses penyediaan yang pantas
Alatan Khas
Alatan khas penyediaan Twisto turut disediakan khusus untuk anda.
Bahan Promosi
Terdiri daripada banner dan bunting untuk kegunaan dalaman atau luaran dengan reka bentuk grafik yang menarik perhatian. Penampilan promosi produk Twistosentiasa dikemaskini dalam memastikan urusan perniagaananda berjalan lancar dan up-to-date.
Mengapa Anda Perlu Memilih Pakej Perniagaan Twisto?
Selain menawarkan produk makanan yang unik, Pakej Perniagaan Twisto juga menawarkan pelbagai kelebihan termasuk:
Tiada Bayaran Francais, Royalti @ Caj Tersembuny i untuk selama-lamanya bagi memastikan keuntungan penuh milik Rakan Niaga. Hanya satu kali pembayaran sahaja diperlukan untuk memiliki Pakej Perniagaan Twisto ini.
Mudah-Alih & Fleksibel. Perniagaan Twisto yang berkonsepkan mudah-alih dan flesibel ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja termasuk pasar malam, ekspo, bazar, karnival, hadapan sekolah, pusat beli-belah, bazar dan di majlis-majlis khas. Paling menarik, setelah selesai berniaga kesemua peralatan boleh dimuatkan sekaligus dalam kenderaan anda!
Konsep Makanan Inovatif yang membezakan Twisto daripada makanan yang lain. Para pelanggan sudah tentunya akan tercari-cari sesuatu yang berbeza lagi sedap.
Pelbagai Menu Pilihan merupakan sebahagian strategi perniagaan kami memandangkan kami sentiasa memperkenalkan perisa-perisa baru dan menarik membolehkan perniagaan anda sentiasa berada di hadapan.
Ruang Niaga Minima. Perniagaan Twisto ini hanya memerlukan ruang niaga sekecil 1.5 meter x 1.5 meter sahaja.
Potensi Keuntungan Maksimum. Produk Twisto mampu memberikan anda segala yang diperlukan untuk mencapai potensi keuntungan maksimum. Dengan menu pilihan yang pelbagai menjanjikan suatu kelainan kepada pelanggandisamping harga yang ditawarkan amat berpatutan.
Keperluan Tenaga Kerja Minimum. Hanya 1-2 pekerja diperlukan yang dapat menyumbang kepada kos pengendalian perniagaan yang rendahmembolehkan anda dapat mengaut keuntungan yang lebih tinggi.
Berapakah Harga Jualan Bagi Setiap Set Menu Hidangan Twisto?
Tahukah anda? Keuntungan bagi setiap jualan set menu hidangan Twisto adalah Sehingga 200%
Twisto Rangup regular boleh dijual dengan harga RM2.00 sahaja. Manakala Twisto Pocket regular dijual dengan harga RM3.00. Dengan harga serendah itu, sudah pasti sesiapa sahaja mampu untuk membelinya.Sungguh Lumayan Bukan? Belum lagi termasuk menu istimewa tambahan seperti yang diminta pelanggan
Ada Sesuatu Yang Istimewa Untuk Diberikan Kepada Anda!
Kami telah memutuskan untuk memberi anda beberapa Bonus Tambahan!BONUS KHAS!
Latihan Penyediaan Menu Hidangan Twisto secara PERCUMA
Kami juga menganjurkan Latihan Penyediaan Menu Hidangan Twisto secara PERCUMA Kami akan melatih andabagaimana untuk mengadun tepung, seterusnya teknik memasak menu hidangan Twisto yang betul. Sehinggalah anda mahir dan boleh mula menjualnya kepada para pelanggan anda.
Anda boleh menghubungi kami untuk menetapkan TARIKH & MASA mengikut kesesuaian anda bagi menghadiri latihan di pejabat urusan kami:
No 7-G, Jalan Coco Drive 3, Taman Bandar Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembila
Soalan Yang Biasa Ditanya
S: Adakah ini Sistem Francais?
J: Tidak, tawaran pakej perniagaan kami bukan untuk francais. Anda tidak perlu sistem francais bagi perniagaan sangat mudah ini. Oleh itu, jimatkan sebahagian besar dari wang anda daripada membayar yuran untuk francais, bayaran royalti bulanan dan lain-lain kos. Andatidak akan terikat dengan pelbagai sekatan sistem francais dan mempunyai kebebasan untuk menggunakan kemahiran untuk memasarkan produk anda sendiri.
S: Mengapa Pakej Perniagaan Twisto ini ditawarkan dengan harga yang murah?
Sebab 1: Tawaran kami adalah bukan untuk Francais.
Sebab 2: Kami bukan orang tengah. Semua produk diperolehi secara langsung daripada kilang, pengeluar dan pengimport.
Sebab 3: Kami menggunakan kesemua sumber dengan cekap .
S: Bagaimana dengan Lokasi Perniagaan & Pekerja?
J: Anda perlu menentukan lokasi perniagaan anda sendiri. Penggunaan pekerja sebenarnya bergantung kepada keperluan dan sambutan pelanggan. Anda bolehmulakan dengan seorang yang anda kenali dan boleh dipercayai kerana 30% daripada kejayaan perniagaan adalah datangnya dari usaha pekerja anda. Berkenaan gaji, ianyabergantung kepada budi bicara anda dan gaji perlu adil serta munasabah
S: Adakah Pakej Perniagaan ini terbuka untuk semua?
J: Ya. Pakej Perniagaan Twisto adalah terbuka untuk semua Rakyat Malaysia. Jarak bukan menjadi halangan buat kami. Pakej perniagaan Twisto ini akan dihantar ke mana-mana sahaja di Malaysia.
Semenanjung Malaysia - Penghantaran Percuma
Sabah/Sarawak/Labuan - Hubungi kami untuk mendapatkan kadar bayaran.
S: Bolehkah saya menggabungkan produk lain dengan Twisto?
J: Boleh. Kami tidak mempunyai halangan, bahkan menggalakkan anda untuk berbuat demikian untuk memaksimumkan keuntungan ruang niaga anda.
S: Adakah anda menyediakan latihan?
J: Konsep perniagaan makanan yang kami tawarkan sangat mudah penyediaannya.. Kami memberi demo / latihan berdasarkan permintaan yang akan diadakan di pejabat urusan kami di Senawang, Negeri Sembilan.
S: Sejauh manakah sokongan selepas jualan?
J: Selagi mana yang anda diperlukan, kami menawarkan khidmat bantuan teknikal dan khidmat nasihat secara berterusan.
S: Apakah jaminan saya memperolehi bekalan stok bahan mentah secara berterusan?
J: Kami mempunyai pembekal utama dan pembekal back-up. Stok bahan mentah boleh diperolehi melalui kami dengan harga yang berpatutan. Pembelian juga dapat dilakukan melalui panggilan telefon atau SMS.
Cara Pembelian
Sekiranya anda berminat dengan produk ini, pembelian boleh dilakukan dengan mengikuti 2 cara mudah mengikut keselesaan anda seperti berikut :
#1: Maybank atau Kad Kredit (Visa & Mastercard)
#2: Datang ke Pejabat Urusan
Bayaran secara Tunai, atau melalui Kad Kredit (Visa & Mastercard)
Usahawan.com Sdn Bhd
No 7-G, Jalan Coco Drive 3, Taman Bandar Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan
Hotline: 1-300-888-114
Pejabat: 06-6715360, Fax: 06-6753927
Pesanan Kerajaan (L.O)
Usahawan.com Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Evora Marketing telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai pembekal produk & perkhidmatan yang berkaitan). Sebarang tawaran sebut harga dan pertanyaan produk oleh pihak kerajaan Malaysia amat dialu-alukan.
Latihan
Sesi latihan (bagi produk tertentu) akan diadakan di pejabat urusan kami mengikut kesesuaian dan kelapangan masa pelanggan.