Anda pasti tidak percaya jika saya beritahu anda tentang perkara ini. Waffle boleh dijadikan seakan-akan lollipops. Ya, ia benar! Jika anda berminat dengan Waffle Stick [siapa yang tidak mahu?], sila lihat demo. Selamat menonton!

Anda hanya perlukan Dapur Waffle Stick yang membolehkan 4 batang lidi dimasukkan selepas adunan dituang masuk untuk membentuk 4 unit Waffle Stick yang enak dalam masa 2 ke 3 minit sahaja.

Anda juga boleh menambah sosej dan keju serta pelbagai jenis bahan-bahan lain seperti pisang. Tiada had untuk topping, taburan serbuk gula juga boleh menjadikan Waffle Stick tampak seperti kek pada batang lidi. Hanya tambahkan perisa Coklat, atau perisa-perisa seperti Vanilla, Oren, Strawberry, Apple, Pandan & Oren yang akan menimbulkan rasa keenakan yang baru.
Kami menyarankan harga jual yang sesuai dengan cita rasa yang tidak kalah dengan pengusaha waffle yang lain. Harga jualan yang dicadangkan adalah sekitar RM1.50-RM2.50 dengan purata keuntungan sehingga 200%.
Pakej perniagaan yang berharga serendah RM850 ini merangkumi Dapur Waffle Stick Gas, Banner, Display, Tepung Waffle, Pelbagai Jenis Jem, Pembungkusan Produk, Latihan dan Alatan Khas yang lain yang mana kesemuanya akan menjadi milik rakan niaga.

Tambahan Kiosk RM550

Kami juga turut membekalkan kiosk waffle mudah-alih kepada individu yang berminat dengan kos yang sangat amat berpatutan. Table Top kiosk pula diperbuat daripada alumunium yang mana kesemua proses penyediaan dan penjualan produk Waffle boleh dilakukan tanpa sebarang masalah. Lebih menarik, kiosk ini boleh dilipat dan dimuatkan ke dalam kenderaan anda!
Dapatkan Pakej Perniagaan Waffle Stick Hari Ini Juga!!
Waffle kebiasannya hanya boleh ditemui di shopping mall dengan harga rata-rata di atas RM2.50, dan jikalau kita ingin melabur dalam perniagaan tersebut sudah tentu pelaburannya pun tinggi melangit. Namun, Pakej Perniagaan Waffle Stick yang kami tawarkan dengan harga yang munasabah, tidak membuatkan poket anda kosong. Modal permulaan yang diperlukan hanya serendah RM850, cukup murah bukan ? Tentunya ini sangat sesuai bagi calon usahawan yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan, dan tidak mahu mengambil risiko yang tinggi.
Dengan keuntungan minimum kurang lebih 100% untuk 1 unit waffle dan dalam sehari anda berjaya menjual 50 unit waffle? Perniagaan ini berisiko kecil, bayangkan apabila anda mempunyai 10 cawangan, bayangkan berapa keuntungan yang anda dapatkan dalam sebulan?
Analisa Return of Investment (ROI) Perniagaan Waffle Stick
MODAL PERMULAAN: RM850
Kos Bahan Mentah
|
Waffle Stick Biasa |
Waffle Stick Sosej |
| Adunan waffle per unit |
RM0.30 |
RM0.30 |
| Perisa Waffle Stick biasa |
RM0.10 |
- |
| Sosej + Sos + Mayonis |
- |
RM0.50 |
| Lidi + pembungkusan + gas |
RM0.20 |
RM0.20 |
| TOTAL: |
RM0.60 |
RM1.00 |
Anggaran Jualan setiap hari: 100 unit
| Waffle Stick biasa |
50 unit x RM1.50 = RM75 |
| Waffle Stick sosej |
50 unit x RM2.50 = RM125 |
| TOTAL: |
RM200 |
Anggaran Kos setiap hari: 100 unit
| Waffle Stick biasa |
50 unit x RM0.60 = RM30 |
| Waffle Stick sosej |
50 unit x RM1.00 = RM50 |
| TOTAL: |
RM80
|
Maka :
Keuntungan bersih setiap hari = RM200 (jualan) - RM80 (kos) = RM120/hari
RM120 x 24 hari operasi perniagaan = RM2,880 sebulan