Pakej Cetak T-Shirt & Cenderahati

Usahawan.com » Pakej Perniagaan » Pakej Combo » Pakej Cetak T-Shirt & Cenderahati

Kongsikan Pakej Cetak T-Shirt & Cenderahati di Facebook

Product in stock
Qty:
Loading Updating cart...


Pernahkah anda terfikir urusan perniagaan anda akan menjadi semudah ini? Kami mempunyai jawapan untuk persoalan itu. Produk yang cuba dipasarkan ini mampu membuatkan anda tersenyum puas dengan hasilnya. Produk ini sangat baik dan kini harganya jauh lebih rendah sehingga membolehkan anda mampu memilikinya.

Inilah yang anda perlukan, Mesin Cetak Serbaguna 8-in-1 Heat Press. Mesin ini menjanjikan kualiti yang sangat memuaskan dalam tempoh masa yang tidak dijangka. Kepakaran khusus tidak diperlukan untuk menghasilkan produk yang memuaskan hati, ianya cukup lengkap dengan bantuan mesin ini sahaja. Mesin ini berupaya mencetak T-shirt dan pelbagai jenis cenderahati seperti mug, topi, beg, jubin seramik dan mousepad. Bermula secara kecil-kecilan, pulangannya adalah sangat lumayan.

Mesin cetak serbaguna ini merupakan satu-satunya penyelesaian berkos rendah bagi anda yang ingin memulakan perniagaan cetakan T-shirt dan pelbagai jenis cenderahati samada secara separuh masa atau sepenuh masa. Dengan bantuan mesin serbaguna ini, urusan mencetak boleh dilakukan ketika berada di rumah, pejabat, kiosk, ekspo, kolej dan sebagainya. Pendek kata, anda tidak memerlukan ruang yang besar atau tempat yang khusus untuk melakukannya. Jaminan diberi bahawa mesin serbaguna ini adalah yang terbaik. Kerana ia mampu memberi kawalan digital untuk masa dan suhu serta mempunyai tekanan yang boleh dilaras.

Mesin serbaguna 8 dalam 1 ini juga dilengkapi dengan komponen seperti Heat Press bersaiz 14 x 16 inci dan Mug Press, Cap Press dan Plate Press. 

 

  • Heat Press 14 x 16 inci (Cetakan pada T-Shirt, Tiles, Mousepad, Jigsaw Puzzle)
  • Cap Heat Press (Cetakan pada Topi)
  • Mug Heat Press (4 saiz: Cetakan Mug, Latte, Water flask, Coffee Cup, Latte 16oz)
  • Plate Heat Press (2 saiz: Cetakan pada Pinggan bersaiz 10cm dan 15cm)
  • Kawalan suhu/masa automatik
  • Automatic alarm
  • Saiz (L x W x H): 38 x 43 x 34cm
  • Voltage: 220V
  • Power: 1,250W
  • Temperature range: 0 – 380°C
  • Color: silver grey
  • Berat: 33kg
  • Timing range: 0 – 999sec.


Peluang perniagaan yang anda impikan boleh dimulakan serta merta sebaik anda membeli mesin serbaguna ini. Ia merupakan perniagaan yang tidak tepu dan peluang terbuka luas untuk semua orang yang berminat. Mesin ini juga jauh lebih murah dan menjimatkan jika hendak dibandingkan dengan mesin pencetakan industri yang lain.

Anda boleh mencetak T-shirt dan pelbagai jenis cenderahati di ruang kerja dengan selesa dan segera boleh menyimpannya setelah tugas mencetak selesai.

Kaedah cetakan menggunakan mesin serbaguna ini memerlukan 3 elemen utama iaitu

1. Sublimation Paper,

2. Sublimation Paper bersama printer Epson L110 dan

3. Mesin cetak serbaguna 8-in-1 Heat Press.

Kaedah ini sangat sesuai untuk cetakan pada produk seperti T-shirt yang bewarna cerah, tiles, mousepad, jigsaw puzzle dan pillow.

Demo Cetakan Sublimation

Lihat Video lain di sini: www.mesincetak.my

Sebagai permulaan, design akan dicetak terlebih dahulu pada Sublimation Paper dengan menggunakan printer Epson TX121 yang dilengkapi dengan Sublimation Ink. Kemudian, design itu akan dipindahkan ke produk akhir dengan menggunakan kaedah pemanasan dan tekanan sekata oleh mesin cetak serbaguna ini. Hasil cetakan akan tahan lebih lama kerana hasil daripada proses pemanasan dan tekanan akan membuatkan imej cetakan terus meresap pada produk akhir.

Sebelum kita pergi lebih jauh, apa itu Sublimation Ink dan apa pula Sublimation Paper?

Sublimation Ink berbeza dengan dakwat printer yang biasa digunakan. Sublimation Ink adalah sangat unik kerana apabila berada di bawah tekanan dan kepanasan yang tertentu ia boleh dipindahkan ke produk akhir untuk menghasilkan imej yang kekal.

Sementara Sublimation Paper pula mempunyai permukaan khas dan bertindak sebagai medium untuk memindahkan imej yang dikehendaki ke produk akhir dengan menggunakan Mesin Cetak Serbaguna 8 dalam 1 ini dan kadar pemindahan imej adalah sehingga 95%.

Milikinya hari ini dan anda boleh menjana pendapatan dengan segera. Modal untuk memulakan perniagaan ini tidaklah sebesar yang disangka dan ianya boleh dilakukan secara sambilan. Sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan ini walaupun anda seorang pelajar, peniaga, mahupun yang telah bekerja.

Banyak faedah yang bakal anda nikmati apabila memiliki mesin serbaguna ini. Antara faedah yang utama adalah anda boleh terima tempahan walau 1 unit sahaja. Tambahan pula, permintaan terhadap T-shirt dan cenderahati sentiasa bertambah serta tidak bermusim. Selain itu, apabila telah memiliki mesin ini, anda boleh mula mencipta produk baru dengan design anda sendiri.

Mesin serbaguna ini juga mudah untuk dipelajari dan mudah untuk dikendalikan. Perkara yang paling menarik adalah keuntungan yang anda sendiri tentukan. Anda tidak perlu berkongsi keuntungan dengan pihak lain dan keuntungan itu milik anda sepenuhnya. Perniagaan ini tidak menuntut perhatian yang penuh. Jadi, anda tidak perlu berhenti kerja untuk menguruskan perniagaan ini. Kualiti yang dihasilkan adalah sama seperti anda menggunakan mesin yang mahal. Oleh itu, pelaburan untuk memiliki mesin serbaguna ini adalah yang terbaik.

Bagaimana Untuk Membuat Cetakan Pada T-Shirt Berwarna Gelap?

Jika anda ingin membuat cetakan pada t-shirt, fabrik, topi, beg atau produk lain yang berwarna gelap, Dark Garment Paper digunakan.

Dark Garment Paper merupakan sejenis kertas khas yang mempunyai filem nipis berwarna putih.

Imej terus dicetak pada Dark Garment Paper dengan menggunakan printer inkjet biasa. Lebihan yang tidak diperlukan perlu dipotong, akhir sekali filem dikeluarkan seterusnya dilekatkan pada T-Shirt dengan menggunakan Mesin Cetak Serbaguna 8-in-1 Heat Press.

Demo Cetakan T-Shirt Gelap

Lihat Video lain di sini: www.mesincetak.my

Keuntungan yang bakal anda perolehi bergantung kepada jenis produk yang dicetak.

Contohnya anda mencetak 100 helai T-shirt berwarna putih dengan mark-up RM10, keseluruhannya anda akan memperolehi RM1,000

Katakan pula anda mencetak T-shirt berwarna gelap dengan mark-up RM15 untuk sehelai. Keseluruhannya akan memperolehi pendapatan sebanyak RM1,500

Katakan lagi anda mencetak sebayak 50 biji mug. Jika sebiji mug dengan mark-up RM15 maka anda akan mendapat RM750. Tidak termasuk cetakan pada barangan cenderahati yang lain lagi.

Andaikan pula anda mencetak 100 unit cenderahati dengan mark-up RM10 seunit, anda akan menerima RM1,000

Jumlah pendapatan anda adalah RM4,250.00 sebulan. Keuntungan yang dikaut akan membuatkan anda berpuas hati.

Bayangkan pula jika jabatan kerajaan yang membuat tempahan dengan anda, pasti lebih banyak tempahan dan lebih banyak bayaran yang anda terima. Jika terdapat organisasi lain pula yang membuat tempahan dengan anda untuk majlis sempena majlis perkahwinan, sambutan hari guru, majlis harijadi dan sebagainya dalam kauntiti yang banyak akan menggalakan lagi perniagaan anda.

  • 1 unit Printer Epson L110
  • 4 botol Sublimation Ink CYMK dengan isi kandungan 100ml setiap botol berharga RM240.
  • 100 keping Sublimation Paper dan 10 keping Dark Paper yang masing-masing bernilai RM50

Bonus Tambahan

Hasrat kami supaya anda terus menggunakan mesin serbaguna ini dan menjana pendapatan dengan kemudahan yang diberikannya. Kami akan memberikan diskaun yang terendah beserta dengan beberapa bonus tambahan. Bonus sahaja bernilai RM650.

Bonus #1

Kami menganjurkan bengkel membuat cetakan secara percuma kepada anda untuk mengajar cara mengendalikan mesin ini dan teknik membuat cetakan. Bagi memastikan pemahaman dan fokus yang tidak berbelah bahagi, kami juga akan memastikan setiap seorang peserta belajar dengan seorang tenaga pengajar sahaja.

Bonus #2

Pihak kami juga menyediakan penghantaran mesin secara percuma yang bernilai RM100 dengan menggunakan khidmat City Link Ekspress yang berkualiti dan dipercayai ke seluruh Semenanjung Malaysia.

Sementara bagi penghantaran Sabah, Sarawak dan Labuan, kami menggunakan perkidmatan parcel udara oleh Pos Malaysia dengan bayaran tambahan sebanyak RM150 sahaja (nilai sebenar RM250). Pihak kami akan segera menghantar mesin serbaguna ini setelah pembayaran anda disahkan dalam tempoh 24 jam. Produk akan selamat tiba kepada anda dalam masa 2-3 hari mengikut kawasan.

Penghantaran akan dilakukan setiap hari dalam waktu bekerja pada pukul 12.00 tengahari. Tempahan selepas masa ini akan dilakukan pada keesokan hari.

Bonus #3

Anda akan diberikan cenderahati bernilai RM200 berupa:

  • 8 unit sublimation mug

  • 2 unit magic mug

  • 4 unit pinggan seramik + stand

  • 2 unit seramik tiles putih + stand

  • 5 unit mousepad

  • 2 unit latte mug

  • 3 unit jigsaw puzzle

  • 1 unit flask

  • 1 unit sublimation pillow

  • 1 helai T-shirt putih microfibre

  • 2 gelung tape anti-hot

  • 1 keping telfon paper.

 

Bonus #4

Template grafik pro bernilai RM350. Koleksi template seperti ini amat sukar didapati di pasaran dan harganya mencecah ratusan ringgit. Tetapi kami mahu memberikan kepada anda secara percuma. 

Dengan template ini anda boleh membuat design untuk T-shirt, mug, pinggan, mousepad, jigsaw puzzle, water flask, tiles, dan banyak lagi tanpa bersusah payah.

Dapatkan lebih 700++ koleksi template grafik professional T-shirt dan cenderahati berkualiti tinggi yang boleh digunakan terus. Anda hanya perlu edit atau ubah suai template yang telah diberikan. Menggunakan template yang diberikan, anda boleh terus memulakan perniagaan pencetakan.

Anda tidak perlu menjadi seorang pakar grafik. Memadai dengan pengetahuan asas dalam Adobe Photoshop. Tenyata ianya membuatkan urusan kerja anda lebih mudah. Sekaligus memperoleh kepercayaan pelanggan dan menjadikan anda seorang yang professional.

Jadi, apa anda tunggu lagi, dapatkan juga jaminan 1 tahun untuk produk kami ini. Jika terdapat sebarang kerosakan, kami akan membaik-pulih dengan percuma. Anda cuma perlu membayar kos penghantaran sahaja. Keputusan di tangan anda dan tawaran kami adalah terhad.

Hari ini, pakej lengkap mesin serbaguna 8 dalam 1 ini beserta 4 bonus tambahan hanya berjumlah RM3,140 sahaja. Ya, RM3,140 sahaja (Harga asal RM4,200). Anda jimat sebanyak RM1,060 dan harga ini amat luar biasa.

 

Paling utama,modal sebanyak RM3,140 adalah sangat kecil untuk mendapatkan pakej lengkap perniagaan cetakan T-shirt dan cenderahati ini.

Kami juga memberikan khidmat selepas jualan dan kami tidak akan membiarkan anda membeli dan pergi begitu sahaja. Justeru, kami menawarkan khidmat bantuan teknikal dan khidmat nasihat secara berterusan selama mana yang diperlukan anda.

Kami turut membekalkan bahan-bahan untuk membuat cetakan menggunakan Mesin Cetak Serbaguna Heat Press dengan harga yang berpatutan.

Tempah sekarang! Bayaran boleh dibuat secara Tunai, melalui Maybank atau Kad Kredit Visa dan Mastercard. Latihan disediakan PERCUMA di pejabat urusan Usahawan.com Sdn Bhd mengikut kesesuaian dan kelapangan anda.

Cara Pembelian

Sekiranya anda berminat dengan produk ini, pembelian boleh dilakukan dengan mengikuti 2 cara mudah mengikut keselesaan anda seperti berikut:

#1: Maybank atau Kad Kredit (Visa & Mastercard)

#2: Datang ke Pejabat Urusan & Cawangan

Bayaran secara Tunai, atau melalui Kad Kredit (Visa & Mastercard)


PEJABAT URUSAN

Usahawan.com Sdn Bhd
No 7-G, Jalan Coco Drive 3, Taman Bandar Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

Hotline: 1-300-888-114

Pejabat: 06-6715360 Fax: 06-6753927

012-6738994 (Cik Yasmin)
013-6063393 (En Lutfi)

CAWANGAN SHAH ALAM

Usahawan.com Sdn Bhd
No 8-48 G, Blok 8, Ground Floor, Jalan Pahat H, 15/H Dataran Otomobil, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor

Tel: 03-55235089 HP: 012-2414471 (Cik Aida)

Pesanan Kerajaan (L.O)

Usahawan.com Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Evora Marketing telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai pembekal produk & perkhidmatan yang berkaitan). Sebarang tawaran sebut harga dan pertanyaan produk oleh pihak kerajaan Malaysia amat dialu-alukan.

Latihan

Sesi latihan (bagi produk tertentu) akan diadakan di pejabat urusan kami mengikut kesesuaian dan kelapangan masa pelanggan.


Kongsikan Pakej Cetak T-Shirt & Cenderahati di Facebook
LoadingUpdating...

Pengenalan

Selamat datang ke laman web Usahawan.com

“Mencipta Peluang Perniagaan Baru untuk Peniaga Kecil dan Sederhana” merupakan motto kami. Ia mendorong kami supaya sering berinovasi bagi mencipta peluang perniagaan baru disamping membantu mengembangkan perniagaan anda.

Pejabat Urusan:
Hotline: 1-300-888-114

012-6738994 Cik Yasmin
013-6063393 En Lutfi

Caw Shah Alam:

03-55235089 Pejabat
012-2414471 Cik Aida

Baca lagi >>>