Latarbelakang

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk membangunkan usahawan dalam bidang makanan dan percetakan mudah-alih, Usahawan.com telah menubuhkan satu jabatan dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Perniagaan pada tahun 2013. Objektif penubuhan jabatan ini adalah untuk memberi latihan dan perkhidmatan perundingan serta konsultansi, dalam pelbagai bidang dan tidak hanya terhad kepada usahawan makanan dan percetakan sahaja.

Ia juga menyediakan latihan kepada sesiapa sahaja yang berkeinginan untuk menambah ilmu pengetahuan di dalam bidang usahawan dan kepada sesiapa yang ingin berjaya serta sukses di dalam perniagaan. Jabatan Pembangunan Perniagaan juga akan sentiasa membimbing anda sama ada anda sudah menjadi usahawan atau bakal usahawan.

.

Peranan

Menyediakan pakej untuk usahawan memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri keusahawanan untuk menjadi usahawan yang berdaya saing.

.

Program Latihan & Kursus Keusahawanan

Pelaksanaan seminar / latihan / kursus yang melibatkan 3 bahagian berikut:

1- Program Usahawan Muda

2- Program Usahawan Tahap 1

3- Program Usahawan Tahap 2