Pengenalan

Copywriting diertikan sebagai satu teknik menulis yang bertujuan menghasilkan penulisan yang membuatkan pembacanya memberikan respons tertentu bersesuaian dengan kehendak penulis.

Dalam dunia pemasaran, online marketing dan pengiklanan, copywriting ini diertikan sebagai teknik menulis yang menghasilkan tulisan atau teks yang digunakan untuk iklan atau bertujuan untuk menjual sesuatu.

Orang yang menulis copywriting ini dipanggil “copywriter”

Produk atau hasil dari proses copywriting dipanggil sebagai “copy”. “Copy” bermaksud tulisan atau teks yang digunakan dalam iklan, landing page, website, flyers dll.

Tujuan copywriting adalah untuk conversion. Conversion adalah satu keadaan apabila pembaca sesebuah copy membaca dan memberikan respon yang sesuai dengan keinginan si copywriter.

Bagaimana copywriting dapat meningkatkan tahap jualan? Lihat dahulu video di bawah untuk memahami kesan copywriting yang hebat.

.

.

Kesan Kempen Copywriting Yang Berkesan

Kesan kempen kepada syarikat.

1- Menambah nilai ayat-ayat menjual,memujuk serta mencuri hati pelanggan.

2- Menjadikan posting kita bukan copy paste dari competitor atau pesaing yang mempunyai produk yang seakan sama.

3- Menaikkan rating dan keberkesanan ayat menjual.

4- Boleh digunakan untuk melatih serta mengajar agen untuk produk syarikat.

.

Durasi Bengkel

Durasi bengkel selama 1 hari.

.

Apa Yang Peserta Bakal Pelajari

1- 7 Formula Copywriting.

2- Mahir dalam penggunaan ayat bersesuaian dengan produk atau service yang ditawarkan.

3- Ayat yang digunakan bukan sahaja untuk menjadikan stranger kepada prospek malahan boleh terus close sale.

.

Modul Yang Dibentangkan

Modul 1 : Panduan menulis Headline.

Modul 2 : Formula 4P

Modul 3 : Modul THE 3 REASON WHY?

Modul 4 : Modul JRMP.

Modul 5 : Modul 3S

Modul 6 : Inspiration Story

Modul 7 : Modul 4U

.

Proses Pembelajaran

1- Peserta akan belajar secara sistem 1 to 1

2- Kesalahan akan dibetulkan secara terus.

3- Gunakan cara belajar dan terus buat

4- Lebih kepada praktikal.