Pengenalan

Perniagaan makanan di Malaysia sentiasa mengalami transformasi yang amat amat menggalakkan di pasaran tempatan. Lahirnya produk-produk yang baru dan unik sentiasa menjadi peluang kepada peniaga untuk menjadikannya sumber pendapatan tidak kira besar atau kecil perniagaan tersebut.

Perniagaan yang mengetengahkan menu yang unik dan lazat dengan kaedah penyediaan yang ringkas setiasa menjadi pilihan. Sasaran pelbagai lapian masyarakat dan peringkat umur sentiasa menjadi keutamaan dalam menu yang diperkenalkan.

Dengan konsep mudah alih amat memudahkan peniaga menjalankan perniagaan hampir dimana sahaja lokasi strategik seperti kafe, restoran, food court, dalam pusat membeli belah atau pasaraya, kaki lima, kantin, majlis keramaian dan lain-lain tempat.

Perniagaan makanan akan sentiasa menjadi perniagaan utama di dunia kerana Fitrah manusia sememangnya perlu makan untuk hidup.

Kelebihan perniagaan makanan dan minuman:-

-Modal permulaan yang rendah.
-Permintaan produk yang sentiasa berpanjangan dan tidak bermusim
-Boleh diniagakan sesiapa sahawa tanpa perlu kemahiran professional, dan dimana sahaja asalkan sesuai dan strategik.
-Keuntungan 100% menjadi milik sendiri
-Boleh dijalankan secara part-time

.

Mengapa Perlu Menyertai Bengkel Ini?

Kenali Potensi Perniagaan Makanan & Minuman

Perniagaan makanan dan minuman merupakan perniagaan berpotensi tinggi di pasaran. Pelajari kaedah menjalankan perniagaan ini dan bagaimana untuk mensasarkan   pelanggan.

Strategi Mula Niaga

Untuk memulakan perniagaan terdapat perkara asas yang anda perlu pelajari  seperti ilmu pemasaran sebagai persediaan untuk memulakan perniagaan.

Pelajari Sendiri Kaedah Penghasilan Produk

Melalui sesi amali, peserta akan diajar kaedah menghasilkan produk makanan mengikut slot yang dipilih. Peserta juga diberi peluang untuk mengendalikan mesin dan peralatan untuk menghasilkan makanan dan merasainya sendiri

Program ini membawa bakal usahawan mendalami potensi perniagaan dalam seminar penuh informasi dan penuh praktikal.

..

Slot Pilihan Bengkel Usahawan Mudah-Alih Makanan & Minuman

 

Bengkel ini mempunyai 3 slot pilihan seperti berikut:

.

Slot 1

1)  Takoyaki

Keunggulan menu Takoyaki ialah cara penyediaan yang mudah dengan rasa yang lebih enak dan boleh diterima oleh seluruh lapisan masyarakat.

.
2)  Waffle

Rasanya yang manis, ia juga kebiasaannya lembut dan rangup. Merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia

.
3)  PopCorn

Snek ringan yang diperbuat daripada bertih jagung.  Ia cukup digemari oleh segenap lapisan masyarakat  dari anak-anak hingga dewasa.

.

Slot 2

1) Ayam Goreng

Sudah tentu menjadi kesukaan ramai dengan rasa yang rangup dan lazat.

.
2) Bubble Waffle

Snek yang amat popular di jalanan seluruh dunia sejak tahun 1950-an, kini mula mendapat perhatian rakyat Malaysia!

.
3) Cotton Candy

Merupakan kudapan manis yang digemari oleh golongan kanak-kanak sehingga dewasa.

.

Slot 3

1) Waffle Stick

Waffle boleh dijadikan seakan-akan lollipops. Ya, ia benar! Jika anda berminat dengan Waffle Stick [siapa yang tidak mahu?]

.
2) Kentang Spring

Kentang goreng berbentuk spring yang unik. Masih mendapat permintaan yang hangat di pasaran!

.
3) Ice Blended

Merupakan antara trend terkini minuman di kalangan rakyat Malaysia

 

Tarikh perlaksanaan bengkel bergantung kepada lokasi. Akan dimaklumkan melalui jadual program.

.

Durasi Bengkel

Durasi bengkel selama 1 hari.

.

Siapa Yang Layak Menyertai Bengkel Ini?

– Peniaga yang ingin menawarkan menu makanan lain dari yang lain kepada pelanggan.

– Golongan pekerja yang ingin menjalankan perniagaan makanan

– Pelajar yang ingin mencari wang tambahan dengan perniagaan

– Mereka yang berminat memulakan perniagaan makanan.

 

Peserta Akan Mempelajari

1- Kos dan modal permulaan perniagaan

2- Pendedahan mengenai keuntungan perniagaan

3- Teknik penjenamaan, label dan lokasi perniagaan yang strategik

4- Resepi dan cara pembuatan

5- Praktikal pembuatan dan merasai sendiri hasil yang dibuat