Pengenalan

Perniagaan percetakan sememangnya mempunyai pasaran yang amat luas dan sentiasa mempunyai permintaan yang sangat tinggi di kalangan masyarakat.

Sememangnya ia adalah satu jenis perniagaan yang harus diceburi kerana kejayaan sesuatu perniagaan baru itu bergantung kepada pasaran dan permintaan yang tinggi terhadap produk tersebut.

Disebabkan konsep pantas dan segera yang ada pada perniagaan ini, margin keuntungan yang besar dapat digunakan dan usahawan tidak perlu lama untuk menunggu pulang modal.

Perniagaan percetakan akan memberikan kadar keuntungan yang lebih tinggi sekitar 100% hingga 300%. Walaupun kadar keuntungan yang lebih tinggi, risiko pembaziran pula lebih minima kerana produk percetakan tidak akan busuk dan tidak perlu dibuang jika tidak dapat dijual seperti produk makanan dan minuman.

Kelebihan perniagaan percetakan :-

-Modal permulaan yang rendah.
-Permintaan produk yang sentiasa berpanjangan dan tidak bermusim
-Boleh mencipta produk baru dengan design sendiri.
-Keuntungan 100% menjadi milik sendiri
-Boleh dijalankan secara part-time

 

Industri Perniagaan Percetakan

Secara keseluruhannya di Malaysia, industri percetakan bernilai RM20 bilion. Terdapat 4 industri utama percetakan yang menjadi tumpuan pasaran iaitu T-Shirt, Cenderahati, Korporat & Stiker.

Dalam bengkel ini, ia menjurus kepada pasaran T-Shirt & Cenderahati.

.

Mengapa Perlu Menyertai Bengkel Perniagaan Percetakan Ini?

Kenali Potensi Perniagaan Percetakan

Perniagaan percetakan merupakan perniagaan berpotensi tinggi di pasaran. Pelajari kaedah menjalankan perniagaan ini dan bagaimana untuk mensasarkan   pelanggan.

 

Strategi Mula Niaga

Untuk memulakan perniagaan terdapat perkara asas yang anda perlu pelajari  seperti ilmu pemasaran sebagai persediaan untuk memulakan perniagaan.

 

Pelajari Sendiri Kaedah Penghasilan Produk

Melalui sesi amali, peserta akan diajar kaedah menghasilkan produk seperti t-shirt, baju, button badge, stiker dll. Peserta juga diberi peluang untuk mengendalikan mesin dan peralatan untuk menghasilkan produk cetakan sendiri

Program ini membawa bakal usahawan mendalami potensi perniagaan dalam seminar penuh informasi dan penuh praktikal.

.

Modul Bengkel Usahawan Mudah-Alih Percetakan

 

Bengkel ini mempunyai beberapa modul untuk dipelajari:

1- Mesin Heat Press 4-in-1 dan 8-in-1

Pelajari cara menghasilkan mug, topi, pinggan, cenderahati dll

 

2- Button Badge

Pelajari cara penghasilan button badge

 

3- Stiker

Pelajari cara penghasilan stiker. Dalam bengkel ini peserta akan diajar cara menggunakan printer dan mesin pemotong stiker seperti Jinka dan Silhouette Cameo

.

Peserta Akan Mempelajari

1- Kos dan modal permulaan perniagaan

2- Pendedahan mengenai keuntungan perniagaan

3- Teknik penjenamaan, label dan lokasi perniagaan yang strategik

5- Praktikal pembuatan dan membawa pulang hasil cenderahati yang dibuat