Latarbelakang

Memainkan peranan untuk mendidik serta mendedahkan pelajar tentang ilmu-ilmu berkaitan keusahawanan. Melalui program yang dirancang, ianya mampu menarik minat pelajar untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan serta mampu melahirkan lebih ramai usahawan muda.

Berikut adalah aktivit yang ditawarkan dalam Program Usahawan Muda ini:

 

1. Seminar Asas Keusahawanan

Seminar ini mewujudkan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar.  Ia juga mendedahkan serba sedikit ilmu perniagaan serta meningkatkan daya produktiviti dalam kalangan pelajar.

Maklumat lanjut: Klik Di Sini

 

2. Bengkel Perniagaan Percetakan

Kursus ini mengandungi teori dan praktikal dalam bidang percetakan cenderamata. Para pelajar akan dilatih bagi menghasilkan produk-produk yang meluas di pasaran seperti t-shirt, mug, button badge, topi, stiker dan banyak lagi mengikut modul yang dipilih.

Maklumat lanjut: Klik Di Sini

 

3. Bengkel Perniagaan Makanan

Kursus ini berbentuk amali dan juga teori. Pelajar akan didedahkan konsep perniagaan makanan muda-alih yang trending ketika ini. Peserta juga akan diberi peluang untuk menghasilkan sendiri produk makanan sambil dibantu oleh tenaga pengajar.

Maklumat lanjut: Klik Di Sini

 

Syarat Penyertaan Program Usahawan Muda

– Terbuka kepada institusi pengajian seperti Sekolah Menengah, Maahad, Institut, Kolej dan Universiti

– Menyediakan kemudahan dewan/bilik seminar

– Menyediakan peranti dengan sambungan Internet seperti telefon pintar, tablet ataupun komputer riba.

– Peserta yang boleh bertutur dan memahami Bahasa Malaysia kerana Program Usahawan Muda akan dijalankan terutamanya dalam Bahasa Malaysia.

 

Program Lanjutan

Selepas tamat pembelajaran,  pihak institusi boleh menyenaraikan peserta yang menunjukkan prestasi yang baik untuk disalurkan ke peringkat Program Usahawan Muda yang lebih “advanced” untuk memastikan perkembangan bisnes yang berterusan.