Latarbelakang

Memainkan peranan untuk mendidik serta mendedahkan peserta tentang ilmu-ilmu berkaitan keusahawanan. Melalui program yang dirancang, ianya mampu menarik minat peserta untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan serta mampu melahirkan lebih ramai usahawan.

 

1. Seminar Asas Keusahawanan

Seminar ini mewujudkan budaya keusahawanan dalam kalangan peserta.  Ia juga mendedahkan serba sedikit ilmu perniagaan serta meningkatkan daya produktiviti dalam kalangan peserta.

Maklumat lanjut: Klik Di Sini

.

2. Bengkel Perniagaan Percetakan

Kursus ini mengandungi teori dan praktikal dalam bidang percetakan cenderamata. Para pelajar akan dilatih bagi menghasilkan produk-produk yang meluas di pasaran seperti t-shirt, mug, button badge, topi, stiker dan banyak lagi mengikut modul yang dipilih.

Maklumat lanjut: Klik Di Sini

.

3. Bengkel Perniagaan Makanan

Kursus ini berbentuk amali dan juga teori. Pelajar akan didedahkan konsep perniagaan makanan muda-alih yang trending ketika ini. Peserta juga akan diberi peluang untuk menghasilkan sendiri produk makanan sambil dibantu oleh tenaga pengajar.

Maklumat lanjut: Klik Di Sini

.

4. Bengkel Online Marketing

Pelajari kaedah meningkatkan permintaan dan jualan produk dengan menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp dll

Maklumat lanjut: Klik Di Sini

.

5. Bengkel Photoshop

Dengan menguasai ilmu rekabentuk grafik anda mampu menyunting foto, membuat design dan meningkatkan kreativiti. Sesuai untuk perniagaan advertisisng, printing, fotografi, rekabentuk laman web dan banyak lagi bidang yang melibatkan design secara part time atau full time.

Maklumat lanjut: Klik Di Sini

.

 

 Syarat Keperluan

Apakah syarat untuk penyertaan Program Usahawan Tahap 1

– Terbuka kepada semua rakyat Malaysia

– Menyediakan gajet dengan sambungan Internet seperti telefon pintar, tablet ataupun komputer riba.

– Peserta yang boleh bertutur dan memahami Bahasa Malaysia kerana Program Usahawan Tahap 1 akan dijalankan terutamanya dalam Bahasa Malaysia.

 .

Program Lanjutan

Selepas tamat pembelajaran,  peserta boleh mempelajari ilmu di peringkat lebih “advanced” iaitu Program Usahawan Tahap 2 untuk memastikan perkembangan bisnes yang berterusan.

 .