Rakan Niaga Usahawan.com

Usahawan.com menjurus ke arah menjadi penyedia peluang perniagaan yang serba-boleh dan berkesan di negara ini. Hasrat kami adalah untuk membantu peniaga kecil & sederhana, pesara, graduan, bakal usahawan untuk memiliki dan mengendalikan perniagaan yang berjaya dan berkembang maju.

Teras perniagaan kami adalah untuk membina hubungan baik dengan pelanggan dan untuk menjadi lebih peka terhadap citarasa pelanggan yang sentiasa berkembang. Kami bertindak mengikut gerak hati pelanggan, pembekal, rakan niaga dan pesaing dalam pasaran yang sentiasa berubah-ubah disamping sentiasa mencari penyelesaian kos yang lebih efektif dan berfikiran terbuka terhadap teknologi baru dalam membantu menyelaraskan operasi kami di seluruh negara.

Tawaran kesemua pakej perniagaan kami adalah bukan francais. Oleh itu,  jimatkan sebahagian besar dari wang anda daripada membayar yuran untuk francais, bayaran royalti bulanan dan lain-lain kos. Anda tidak akan terikat dengan pelbagai sekatan sistem francais dan mempunyai kebebasan untuk menggunakan kemahiran untuk memasarkan produk anda sendiri.

Kami tidak mempunyai halangan untuk anda menggabungkan perniagaan yang lain dengan produk kami, bahkan menggalakkan anda untuk berbuat demikian untuk memaksimumkan keuntungan perniagaan anda.

Pakej perniagaan yang ditawarkan oleh Usahawan.com pula sesuai untuk diniagakan secara part-time atau full-time samada di rumah, kedai, kiosk, karnival, ekspo, pejabat, sekolah, kolej, universiti mahupun secara online bergantung pada jenis perniagaan yang dipilih.

Untuk menjadi Rakan Niaga Usahawan.com, anda boleh membuat pembelian salah satu Pakej Perniagaan yang ditawarkan. Pembelian boleh dilakukan dengan mengikuti 2 cara mudah mengikut keselesaan anda seperti berikut:

 

#1: Datang ke Pejabat Urusan atau Cawangan

Bayaran secara Tunai, atau melalui Kad Kredit (Visa & Mastercard)

PEJABAT URUSAN

hq

peta-lokasi
Usahawan.com Sdn Bhd
No 7-G, Jalan Coco Drive 3, Taman Bandar Senawang, 70450 Seremban,  Negeri Sembilan

Hotline: 1-300-888-114

Pejabat: 06-6715360 Fax: 06-6753927

CAWANGAN SHAH ALAM

branch

map-s.alam

Usahawan.com Sdn Bhd
No 8-48 G, Blok 8, Ground Floor, Jalan Pahat H, 15/H Dataran Otomobil, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor

Tel: 03-55235089 HP: 012-2414471

CAWANGAN JOHOR BAHRU

pejabatjualanj-b

jb-cawangan

Usahawan.com Sdn Bhd
No 41-01, Jalan Pendidikan 3, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor

Tel: 07-5204034 H/P: 012-6738994

#2: Pembelian Secara Online Melalui Laman Web Ushawan.com

Nikmati  kemudahan sistem pembelian online yang menjimatkan masa anda. Untuk kemudahan pelanggan untuk membuat pembelian, kami menyediakan tutorial khusus bagaimana cara menggunakan shopping cart Sila klik Di Sini 

pembelian-melalui-telefon

Nota: Anda akan dibekalkan dengan manual penggunaan peralatan/mesin, Standard Operational Procedure (SOP) serta VCD panduan.

Pesanan Kerajaan

Usahawan.com Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Evora Marketing telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai pembekal produk & perkhidmatan yang berkaitan). Sebarang tawaran sebut harga dan pertanyaan produk oleh pihak kerajaan Malaysia amat dialu-alukan.

Latihan

Latihan akan  dilakukan di Pusat Latihan yang disediakan oleh syarikat (Seremban dan Shah Alam), jika dirasakan terlalu jauh proses pembelajaran dapat menggunakan manual yang disediakan. Syarikat juga menyediakan on-site training dan segala kos perlu ditanggung oleh rakan niaga seperti pengangkutan, penginapan dll

Perkhidmatan Selepas Jualan (After Sales Service)

Usahawan.com turut menumpukan kepada Perkhidmatan Selepas Jualan untuk jangka panjang kepada Rakan Niaga yang merangkumi khidmat nasihat dan bantuan teknikal.

Jaminan Produk

Kami hanya menyediakan produk untuk perniagaan yang sudah teruji. Oleh kerana kami sangat menghargai Rakan Niaga kami, kesemua produk tersebut disertakan dengan jaminan. Dengan jaminan seperti ini pembelian anda akan menjadi lebih bernilai berbanding apa yang anda belanjakan.

Pengiriman Produk Ke Seluruh Negara

Jarak bukan masalah bagi kami kerana kami boleh membuat penghantaran ke mana-mana sahaja anda berada. Dengan menggunakan perkhidmatan berkualiti dan dipercayai daripada City-Link, penghantaran produk akan tiba 2-3 hari  berkerja (mengikut kawasan). Bagi pelanggan dari Sabah, Sarawak dan Labuan pula, perkhidmatan Pos Domestik digunakan (tempoh penghantaran sehingga 5 hari berkerja).

————–

Akaun Maybank

Nama: Usahawan.com Sdn Bhd
No Akaun: 555126503363

Cawangan Bank:

73 & 74,  Jalan Taman Komersil Senawang 4,
Taman Komersil Senawang,
70450 Seremban,  Negeri Sembilan