Deep Fryer Electric (2.5 KW) (5L)

Deep Fryer Ayam Raja (elektrik) mampu menggoreng ayam dengan kepanasan yang cukup dan ayam akan masak dengan mudah tanpa ada sebarang masalah. Ayam yang anda masak akan lebih sedap dan menarik kerana sistem suhu deep fryer ini bersesuaian dengan penggorengan ayam.

Category:
Description

Description

Dalam memulakan dan menjalankan perniagaan makanan, bayangkan berapa ramai pelanggan yang akan berkunjung. Anda memerlukan peralatan memasak yang mampu memenuhi pesanan pelanggan yang banyak dengan cepat. Ini penting supaya pelanggan tidak berbaris panjang menunggu giliran di kedai anda.

Pelanggan yang datang, tentunya mahu terus makan makanan dalam menu kedai anda. Jika pelanggan perlu menunggu lama untuk mendapatkan pesanan, sudah tentu mereka akan mengeluh. Bukan sahaja demikian, pelanggan juga boleh berkurangan jika kedai anda terkenal dengan servis yang lambat.

Sudah tentu anda tidak mahu hal ini berlaku kan? Sebagai pemilik, sudah tentu anda mahu kedai anda mempunyai ramai pengunjung. Selain itu, anda juga tentu inginkan respon yang positif daripada pelanggan tentang layanan, bukannya aduan yang tidak baik. Jika pelanggan memberi respon yang positif, para pelanggan semestinya suka mengunjungi kembali kedai anda.

Usahawan.com memberikan anda penyelesaian dengan menawarkan dapur elektrik atau electric deep fryer yang mampu menggoreng dengan cepat. Mesin ini juga mampu menggoreng pelbagai jenis makanan seperti, kentang, nugget, daging proses dan sebagainya, dengan menghasilkan gorengan yang sekata dan sempurna. Ini kerana bahan masakan hanya perlu dicelup ke dalam tangki dapur yang dapat menampung 5 liter minyak goreng. Berbeza dengan kuali biasa, di mana hasil gorengan masak dengan tidak sekata.

Suhu menggoreng dengan dapur elektrik ini adalah 50 sehingga 200 darjah Celcius. Dapur elektrik ini juga dilengkapi dengan penanda suhu dan power light, yang berfungsi memberitahu anda apabila minyak dalam tangki sudah panas. Ciri istimewa lain dapur elektrik ini adalah thermostat dan thermostat safety yang akan memutuskan arus elektrik jika suhu atau panas minyak mencapai 230 darjah Celcius. Selain itu, dapur elektrik ini diperbuat daripada stanless steel yang tahan karat. Selain daripada mudah untuk dibersihkan, ia juga memastikan agar hasil makanan tetap bersih.

Spesifikasi 5L Restaurant Desktop Counter Electric Deep Fryer

  • Machine size: 47cm*32cm*30cm
  • Capacity: 5L
  • Oil fryer size: 27cm*32cm*15cm
  • Weight: 6.3KG

WARRANTY 3 BULAN (HEATER)

Deep-Fryer-Small

goreng2-deep-fryer

 

Cara Yang Betul Untuk Mencuci Deep Fryer

Pernahkan anda pergi ke restoran makanan segera? Jika pernah, anda pasti pernah nampak mesin menggoreng kentang dan makanan lain kan? Itulah deep fryer. Deep fryer merupakan peralatan dapur yang sangat berguna untuk menggoreng makanan. Tetapi jika tidak dicuci dengan betul, deep fryer yang kurang bersih boleh memberi gambaran tidak sihat terhadap dapur anda. Lebih-lebih lagi jika kotoran yang melekat pada deep fryer terlihat oleh pelanggan.

Berikut adalah beberapa tips membersihkan deep fryer dengan betul:

Cabutkan deep fryer dalam keadaan “off” dan biarkan minyak menyejuk. Setelah minyak sejuk ke suhu sekitar 150 darjah Fahrenheit, alirkan minyak keluar dari fryer. Tanggalkan tos atau bakul menggoreng, dan cuci berasingan.

Gosok sisi deep fryer untuk menghilangkan kekotoran makanan yang terlekat atau minyak menggunakan penggosok pinggan mangkuk jenis dawai stainless steel. Kemudian keluarkan dengan tuala atau kertas.

Isi bekas dengan air sehingga ke aras minyak dan tambah sedikit cecair pencuci pinggan mangkuk. Nyalakan api deep fryer dan biarkan cecair sabun ikut mendidih bersama air dalam deep fryer. Biarkan mendidih selama 5 hingga 15 minit. Padamkan deep fryer, cabut dan biarkan larutan air menyejuk.

Salur keluar semua air dari deep fryer. Bilas dengan larutan 1 bahagian cuka dan 9 bahagian air. Bilas untuk kali terakhir dengan air bersih. Keringkan dengan kain bersih atau tuala kertas.

Bersihkan bahagian luar deep fryer dengan menyapu pelarut degreasing atau pes yang diperbuat daripada baking soda dan air. Biarkan selama 5 hingga 10 minit. Bilas dengan kain basah atau tuala kertas sehingga benar-benar kering. Deep Fryer anda sekarang sudah bersih dan selamat untuk digunakan.

 

Additional information

Additional information

Weight 7.94 kg
Dimensions 48 x 31 x 32 cm
Product Inquiry