Home Shop Food Supplies & Equipment Premix Flour Tepung Waffle (1.75 KG x 1)

Tepung Waffle (1.75 KG x 1)

Tepung Waffle Anisa adalah satu produk berasaskan makanan hasil bumiputera dan telah disahkan Halal dan Bersih oleh JAKIM . Tepung Waffle ini adalah hasil resepi yang begitu lengkap untuk pembuatan waffle. Ini adalah kerana dari segi pembuatan , tepung ini tidak melekat pada dapurnya dan senang dimasak . Rasa waffle yang telah siap amatlah menyelerakan dengan isinya yang gebu dan lazat.

Category:

Description

Cara Menyediakan Bancuhan Tepung Waffle

1 kg tepung Waffle
6 bji telur Gred A
500 ml air
2 sudu besar marjerin

Campurkan keseluruhan bahan dan pukul sehingga sebati (sekitar 10 minit). Bancuhan ini boleh menghasilkan sehingga 15 unit Classic Waffle,  35 unit waffle stick dan 15 unit Bubble Waffle

 

Langkah-langkah penyediaan yang lengkap:

 

1. Masukkan 1kg Tepung Waffle ke dalam mangkuk

masukkan-tepung

masukkan-tepung2

 

2. Masukkan 6 biji telur Gred A

masukkan-telur

 

3. Masukkan 2 sudu besar marjerin

masukkan-marjerin

 

4. Masukkan 500ml air

masukkan-air

 

5. Adun sehingga rata dengan menggunakan hand mixer

pukul-sehingga-sebati

 

6. Adunan Tepung Waffle sedia untuk dimasak.

sedia

 

7. Setkan suhu  pada Mesin Classic Waffle Eagle (setting 200 celcius )

setkan-suhu

 

8. Biarkan seketika sehingga ia benar-benar panas (iaitu mencapai suhu yang telah ditetapkan)

tunggu-sehingga-panas

 

9. Tuangkan sesenduk bancuhan Tepung Waffle dan ratakan menggunakan senduk.

tuangkansesenduktepung

 

10. Tutup bahagian atas Mesin Classic Waffle dengan perlahan-lahan. Setkan masa dan tunggu sehingga 3 minit

tutup

 

11. Setelah 3 minit, loceng akan berbunyi tanda Waffle sudah masak. Angkat penutup Mesin Classic Waffle

buka-penutup

 

12. Keluarkan Waffle yang sudah siap dimasak.

angkat

 

Hiaskan waffle anda dan ianya sedia untuk dinikmati!

 

classic1

classic2

 

Tepung Waffle Anisa amat sesuai untuk penyediaan waffle menggunakan mesin-mesin berikut:

bubble-waffle taiyaki waffle-eagle waffle-stick

Additional information

Weight 3.15 kg
Dimensions 30 × 21 × 30 cm

POPULAR POSTS

Artikel Terkini