Silhouette Cameo

8 Tips Penggunaan Mesin Cutting Plotter Silhouette Cameo

Apabila anda membeli mesin cutting plotter silhouette cameo  jangan lupa lakukan perkara di bawah dan elakkan beberapa kesilapan yang sering dilakukan.

1) Install software yang telah diberikan kepada anda sekali bersama-sama mesin tersebut. Tidak ada software percuma di internet yang boleh didownload sesuka hati kerana ianya berbayar.

2) Cek mata pisau pemotong bermula dari nombor satu. Gunakan tekanan yang sesuai mengikut ketebalan vynil, sticker atau dark paper. Pastikan ianya tidak sampai mencalar cutting mat, itu sudah elok. Namun, jika tekanan terlalu perlahan ianya menyebabkan potongan tidak dalam dan susah dipisahkan.

Picture1

3) Kelajuan mata pisau adalah penting. Jika rekaan tidak banyak segi, eloklah gunakan kelajuan yang pantas. Manakala jika ia berlekuk-lekuk dan bersegi-segi eloklah supaya kelajuannya dikurangkan. Kami menggalakkan supaya menggunakan kelajuan 5-12. Jika pemotongan masih tidak cantik kemungkinan anda perlu menaikan kedalaman mata pisau.

4) Pokoknya, cuba jaya dahulu. Uji potongan. Feature tersebut boleh dijumpai dengan scroll ke bawah window ‘cut settings’ dalam software seperti di bawah. Bentuk segi empat kecil dengan segi tiga akan akan dipotong untuk menguji kesesuaian tekanan dan kejajuan mata pisau terhadap material.

Picture2

5) Pastikan material selari dengan mesin cameo supaya potongan tidak terkeluar dari vynil.

Picture3

6) Gunakan pin atau tweezer untuk keluarkan cebisan kecil yang susah ditanggalkan pada material.

7) Tutup kembali cutting mat yang tidak digunakan supaya habuk tidak melekat pada permukaannya agar kadar kelekatannya lebih tahan lama.

8) Pastikan pisau pemotong sentiasa bersih untuk memastikan ianya kekal tajam lebih lama. Guna putik kapas untuk hilangkan cebisan yang berkumpul dan yang melekit.