Strategi Bisnes

6 Kempen Kickstarter Paling Berjaya

Kickstarter adalah laman web revolusi di mana user dapat menyumbangkan dana projek-projek persendirian yang dimiliki usahawan startup dengan idea-idea yang mereka rasa menarik, kreatif dan mencetus revolusi.

Para usahawan akan berlumba-lumba mempromosikan ideanya, dan setiap orang di dunia yang ingin melihat idea tersebut menjadi nyata boleh menyumbangkan dana kepada projek tertentu secara secara usaha sama (joint venture).

Tidak semua idea akan berjaya mendapat dana yang diharapkan. Akan tetapi tidak sedikit juga yang berjaya. Dalam beberapa kes, idea-idea yang mempunyai daya tarikan besar dan mampu mengumpul lebih banyak dana dari yang dibayangkan. Berikut adalah antara yang berjaya:

The Pebble
The Pebble adalah projek Kickstarter paling berjaya setakat ini. Ia merupakan jam pintar yang dioptimalkan untuk sistem operasi mobile iOS dan Android. The Pebble menggunakan kawalan wireless melalui Bluetooth pada telepon anda. Ia membolehkan anda melihat panggilan, pesanan teks, dan email. Anda juga dapat memuat turun aplikasi untuk menyesuaikan jam anda dengan keperluan spesifik.
The Pebble mendapat $10,266,845 dari 68,929 penyokong di Kickstarter. Ia melebihi tujuan pendanaan mereka hingga 10,000 % .

OUYA
Video game amat berjaya dalam industri hiburan. OUYA menggunakan daya tarikan terbesar smartphone, iaitu kemampuan open source, dan kebolehan menggabungkannya ke konsol video game tradisional untuk membuat sebuah konsol video game yang benar-benar open source dan boleh digodam (hackable). OUYA berjaya menarik lebih dari 2 juta dolar pada hari pertama dan mendapatkan jumlah besar $8,596,475.

Double Fine Adventure
Membuat video game bukannya murah. Itulah sebabnya Double Fine Productions pergi ke Kickstarter untuk mengumpulkan dana yang diperlukan dalam membuat game utamanya. Double Fine Adventure menggunakan gaya gaming tradisional dengan permainan point & click klasik di mana misteri-misteri akan terungkap secara real time. Selain itu, tidak banyak yang diketahui tentang permainan ini, kecuali kos untuk membeli permainan ini sekitar $15. Ia berjaya menarik $3,336,372 dari 87,142 penyokong di Kickstarter.

Wasteland 2
Wasteland 2 akan menjadi sequel RPG Wasteland yang pernah berjaya pada tahun 1988 dan mendapat banyak pujian kerana sifat-sifat inovatif yang tidak wujud dalam dunia game ketika itu. Wasteland 2 mendakwa akan dikembangkan oleh beberapa mastermind yang terlibat dalam game asalnya. Para pereka dan produser eksekutif turut kembali untuk membantu pembuatan sequel ini. Permainan ini dikatakan bakal menampilkan semua elemen versi asalnya ditambah dengan beberapa ciri yang lebih modern. Projek ini memperolehi banyak sokongan dari komuniti gamers dan berjaya menarik $2,933,252 dari 61,290 penyokong di Kickstarter.

Shadowrun Returns
Shadowrun Returns adalah sequel kepada Shadowrun, sebuah judul game yang pernah mendapat pujian tinggi. Sequelnya diilhamkan oleh Harebrained Schemes, yang berjaya dengan judul Crimson Pirates Steam, game untuk iPad yang pernah memegang tempat nombor 1 dalam jumlah download. Shadowrun Returns berjaya mendapat $1,836,447 dari 36,276 penyokong di Kickstarter .

Elevation Dock
Anda mungkin hairan bagaimana suatu barang seringkas pegangan iPhone akan mendapat begitu banyak perhatian. Sebab sudah ada puluhan atau ratusan di luar sana. Tetapi, ada satu perkara yang mereka semua kongsi: kebanyakan konsumer tidak menyukainya. Ini menyebabkan terciptanya pasaran untuk Elevation Dock. Di dalamnya, ia dilengkapi dengan pemegang pad yang mudah alih dan port USB yang tersembunyi di bahagian bawah. Barang ini mendapat dana sebesar $1,464,706 dari 12,521 penyokong di Kickstarter. Elevation Dock akan dijual dengan harga $90 sehingga $120 dan sudah tersedia untuk preorder sekarang.

Walaupun Kickstarter seringkali berkaitan dengan projek-projek dalam bidang teknologi, tetapi ini tidak terhad. Antara projek lain termasuklah fesyen, teater dan seni. Misalnya projek filem dokumenteri The Journey Back yang sedang dibuat oleh David Metcalf dan Rex Urwin untuk mengembalikan kehidupan suku Dayak di Kalimantan. Projek-projek di Kickstarter hanya akan mendapat dana jika tujuan kewangan dipenuhi dalam tempoh waktu tertentu, dan orang-orang yang ingin menyumbang dana projek ini biasanya mendapatkan penawaran hadiah sebagai pertukaran.