Keusahawanan, Strategi Bisnes, Tips Trick Bisnes

Bagaimana Menetapkan Harga Jualan yang Boleh DiterimaPelanggan

Penentuan harga jualan dapat mempengaruhi samada produk yang anda jual akan laku atau tidak. Harga sesuatu produk merupakn antara faktor-faktor utama kejayaan sesuatu perniagaan.

Para pelanggan lebih cenderung membeli sesuatu produk jika ia dipasarkan dengan harga yang tepat. Harga yang sesuai mampu menentukan samada produk yang dijual itu laku atau tidak. Oleh itu, strategi penentuan harga sesuatu produk amatlah penting.

  1. Menentukan harga pokok

Dalam menentukan harga jualan, seseorang penjual perlu mengetahui kos produk yang akan dijual. Kos produk dapat dikira berdasarkan beberapa perkara seperti kos bahan-bahan dan ditambah dengan kos-kos yang lain. Selepas itu, anda boleh mengira untung yang ingin diperolehi, dan daripada itu anda akan dapat menentukan harga jualan sesuatu produk.

  1. Sesuaikan dengan keadaan pasaran

Sebelum menentukan harga, anda perlu mengetahui samada produk yang akan dijual biasa digunakan oleh orang ramai atau tidak. Jika produk yang hendak dijual sememangnya lazim di pasaran, maka anda boleh meletakkan harga yang lebih tinggi. Ini kerana permintaan yang cukup tinggi memang sudah wujud untuk produk tersebut dan ini membuatkan anda lebih mudah untuk mengenakan harga yang tinggi.

  1. Memantau harga pesaing

Cara termudah untuk menentukan harga produk dengan betul ialah dengan membuat perbandingan  harga-harga yang dikenakan oled para pesaing. Sekurang-kurangnya anda akan mendapat idea tentang harga yang sesuai dan setanding dengan harga jualan pesaing.

  1. Mengenakan harga yang lebih rendah

Sebagai seorang peniaga, anda perlu peka terhadap harga jualan pesaing. Ini kerana produk anda sudah tentu menjadi pilihan para pelanggan jika harga yang dikenakan adalah berpatutan. Selain itu, jika anda mempunyai produk yang tidak dijual oleh mana-mana pesaing maka ini akan menjadi kelebihan bagi perniagaan anda.

  1. Mempunyai  sasaran

Ketika menentukan harga produk, terdapat beberapa faktor yang dapat dipertimbangkan. Ini termasuklah menentukan suatu sasaran atau target yang hendak dicapai.

Tips-tips di atas boleh dijadikan panduan untuk anda dalam menetapkan harga produk. Anda perlu bijak dalam menentukan harga jualan supaya mampu bersaing dengan peniaga-peniaga lain. Walau apapun, keputusan terakhir dalam penentuan harga produk adalah di tangan anda.