Strategi Bisnes

Cara Nak Bersaing Cara Sihat Dalam Bisnes

Kecanggihan gadget tidak dipersiakan apabila ramai individu termasuk pelajar dan suri rumah, tak kurang juga mereka yang mempunyai kerjaya menfaatkan setiap media sosial sebagai medium mempromosikan perniagaan online mereka. Pelbagai produk dari hujung rambut ke hujung kaki termasuk makanan, namakan saja pasti ada. Ada yang memulakan perniagaan online untuk mencari duit poket, untuk menambah pendapatan dan ada juga yang mengambil risiko untuk berhenti kerja demi melakukan perniagaan sepenuh masa. Tetapi dengan lambakan perniagaan online ini, dapatkah mereka bersaing?

STRATEGI PERMASARAN YANG EFEKTIF

Jika anda menjual pakaian, tudung dan beg tangan sudah tentu perniagaan ini sudah berlambak tumbuh bak cendawan selepas hujan tapi dengan cara permasaran yang efektif akan membuat anda memperoleh potential buyers yang banyak seperti bertukar review di Instagram atau membayar selebriti untuk mempromosi akaun Instagram perniagaan anda. Ramai sebenarnya artis yang melakukan service ini dan ianya ternyata berkesan kerana selebriti mempunyai peminat dan pengaruh mereka yang tersendiri. Selain itu, banyak juga akaun perniagaan ini membuat sale apabila tiba musim perayaan bagi menaikan peratusan jualan mereka. Bagi yang terlibat dalam perniagan berkaitan fesyen ini mereka juga perlu peka dengan trend terkini kerana pembeli sememangnya mengikuti perkembangan fesyen dan ingin kekal up-to-date.

IDEA YANG SEGAR

Sebegai pembeli dan peniaga sendiri, anda sudah tentu mahukan sesuatu yang berbeza maka tak hairan lah kalau ada yang menjual makanan laut segar seperti udang karang atau lobster melalui Facebook seperti Lubuk Lobster yang turut mendapat liputan meluas dari program tv kerana kelainannya. Lobster segar diimport dari Australia dan mereka juga melakukan service penghantaran untuk menjamin lobster yang dihantar kepada pelanggan adalah segar. Selain itu juga terdapat peniaga yang mengusahakan perniagaan aiskrim di Instagram dikenali sebagai Pops Malaya. Kelainan yang ditampilkan dari Pops Malaya juga turut menarik pihak media untuk membuat liputan. Dihasil mengunakan jus buah buahan segar, pelbagai perisa, kurang manis dan tanpa pengawet sudah tentu sekali berita baik bagi peminat aiskrim. Kini Pops Malaya juga menjadi vendor di pelbagai butik online untuk meluaskan lagi perniagaan mereka.

KUALITI SERVICE YANG MESRA DAN TELUS

Walaupun barangan yang dijual adalah trendy, bilangan followers yang ramai juga tak menjamin kenaikkan jualan yang jika penjual online ini tak memberikan layanan hanya memastikan beberapa perkara sebelum urusan jual beli dibuat. Tak kurang ada juga peniaga  yang memarahi pelanggan kerana bertanyakan soalan. Mungkin perkara begini nampak remeh tetapi pembeli yang mendapat layanan mesra mungkin saja menjadi pelanggan setia anda dan menyebarkan mutu perkhidmatan anda yang baik kepada kawan kawan mereka. Kita faham, ada kalanya peniaga mungkin penat melayan kerenah pembeli yang mengajukan pelbagai soalan tapi ingat lah peniagaan ini adalah pintu rezeki dan pembeli anda itu lah punca rezeki anda jadi tak salah sekiranya mereka mendapat layanan yang baik.yang mesra kepada pembeli mereka. Ada juga pembeli yang berang apabila dibeli layanan dingin oleh peniaga sedangkan mereka.