Strategi Bisnes

Cara Untuk Spy Pesaing Bisnes Anda

Usahawan mana yang tidak pernah mengintip pesaingnya? Kegiatan pengintipan bisnes adalah kegiatan biasa di kalangan usahawan. Melalui pengintipan, sesebuah perniagaan dapat mengumpul maklumat yang diperlukan untuk melangkah setapak lebih maju daripada pesaingnya. Tetapi, kegiatan pengintipan tidak perlulah selalu seperti James Bond. Di era digital, kegiatan pengintipan bisnes menjadi lebih mudah. Bagaimana caranya?

Carian. Mulakan dengan pencarian. Mudah sahaja, dengan menaip kata kunci yang berkaitan dengan bisnes kita di Google. Melalui keputusan carian, kita dapat tahu bahawa perusahaan atau jenama mana yang satu bidang dengan kita. Dari keputusan carian itu juga, kita dapat tahu kedudukan laman web mereka dalam senarai carian dengan menggunakan kata kunci tersebut.

Jaringan Sosial. Dari aktiviti carian, kita juga dapat mengetahui kewujudan sesuatu jenama atau perusahaan di jaringan sosial. Mungkin sebuah jenama hanya wujud dalam jaringan sosial tertentu. Ambil tahu dalam jaringan sosial mana pesaing anda berada.

Kumpulkan data sosial. Setelah mengetahui dalam jaringan sosial mana pesaing anda berada, cari maklumat tentang berapa ramai fans mereka, berapa like yang mereka dapat, isi seperti post,  berapa kerap mereka membuat posting, dan yang paling penting sekali selidiki samada isi post tersebut diberi maklum balas yang baik atau tidak daripada audiens nya.

Analisa. Setelah mengumpul data, lakukan kaji selidik. Mungkin kehadiran pesaing yang agak kuat di Facebook bukan sesuatu yang mengejutkan. Cuba siasat samada mereka juga aktif dalam jaringan sosial yang agak baru, seperti di Instagram dan Google+. Dari situ, kita dapat tahu jaringan sosial mana yang berpotensi untuk kita kuasai.

Perhatikan juga ke mana mereka mengalihkan audiens melalui link dalam post mereka. Lakukan analisa terhadap data-data sosial yang lain, dan dari situ kita akan dapat membuat kesimpulan samada pesaing itu arif atau tidak dalam jaringan sosial.

Nilai keterlibatan pelanggan. Keterlibatan pelanggan adalah aspek yang sangat penting dalam jaringan sosial. Dari keterlibatan itu kita dapat menilai samada isi-isi yang di-post oleh pesaing cukup menarik bagi audiens. Apabila pesaing berjaya di kalangan audiens media sosial, selidiki bagaimana ia berjaya melakukannya.