Strategi Bisnes

Kepentingan Usul Penjualan Unik (Unique Selling Proposition) Untuk Bisnes Anda

Setiap bisnes harus mempunyai usul penjualaan unik (unique selling proposition alias USP). Hal ini membezakan produk atau perkhidmatan anda daripada pesaing lain. Dengan adanya USP, produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan menjadi lebih istimewa.

Jika anda tidak mempunyai keunikan, maka perniagaan anda menghadapi risiko di mana ia akan tenggelam di tengah-tengah lautan persaingan yang sengit ketika ini.

Dengan memiliki USP perniagaan anda akan meningkatkan kedudukannya di dalam pasaran. USP terdiri daripada tiga unsur, iaitu:

1. Unique: Ini membuatkan anda berbeza daripada yang lain.

2. Selling: Memujuk pelanggan untuk membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan

3. Proposition: Adalah cadangan atau usul untuk diterima.