Strategi Bisnes

Lima Cara Meningkatkan Perolehan Dan Keuntungan Perniagaan

Saya mendapat beberapa soalan daripada pengunjung blog ini tentang bagaimana untuk meningkatkan perolehan perniagaan. Soalannya berbeza-beza tetapi ia berkisar masalah yang sama.

Saya cuba menjawab soalan-soalan ini berdasarkan pengalaman dan teori yang saya ketahui. Jadi, apa yang saya tulis ini adalah melalui pengalaman dan bukan sekadar petikan dari buku. Teori yang saya dapat juga bukan daripada buku-buku pemasaran yang bersifat akademik yang lebih sesuai untuk organisasi perniagaan besar. Bagi saya, ia tidak sesuai untuk perniagaan saya yang masih dalam golongan SME di mana kos adalah terhad. Saya akhirnya merujuk kepada teori-teori pemasaran jalanan atau “street smart” yang lebih sederhana, murah dan mudah diikuti.

Pengetahun ini diajar oleh mentor saya Brad Sugars, Jay Abraham, Jay Conrad Levinson dan Roger Konopasek. Mereka dikenali sebagai usahawan yang menggunakan ilmu “street smart”.

Daripada tokoh-tokoh di atas, saya banyak mengikuti saranan dari Brad Sugars, kerana saya menganggapnya lebih lengkap dan sistematik. Mungkin Brad Sugars juga mendapat ilmunya dari tokoh-tokoh lain seperti Jay Abraham, kerana saya melihat banyak persamaan dan diperkayakan lagi oleh Brad.

Jadi, bagaimana cara meningkatkan perolehan sekaligus untung perniagaan? Berikut adalah caranya yang dikenali sebagai Five Business Chasis:

 

  1. Tingkatkan Prospek (Leads).

Ini boleh dilakukan melalui pengiklanan, membuka cawangan baru, mengedar risalah, mengikuti pameran dan sebagainya. Contohnya anda membuka kedai di pusat membeli-belah. Jumlah orang ramai yang memasuki kedai anda secara tidak sengaja adalah 1000 orang, maka prospek/leads anda adalah 1000. Kemudian anda edarkan risalah di pintu gerbang pusat membeli belah tersebut yang menarik orang ramai untuk mengunjungi kedai anda. Katakanlah prospek yang mengunjungi kedai anda melalui risalah tersebut adalah 100 orang, jadi prospek anda menjadi 1100. Semakin ramai yang mengunjungi kedai anda, semakin banyak prospek anda.

 

  1. Tingkatkan jumlah conversion (prospek menjadi pelanggan)

Conversion adalah jumlah prospek yang akhirnya membeli produk anda. Contohnya daripada 1000 prospek yang mengunjungi kedai anda, 250 orang yang membeli. Maksudnya conversion anda adalah 25%. Bagaimana cara meningkatkan conversion? Contohnya: Memberi jaminan, berikan jaminan perkhidmatan lepas jualan, kiriman percuma dan sebagainya.

 

  1. Naikkan Jumlah Urusniaga

Jumlah urusniaga adalah berapa banyak urusniaga yang berlaku di kedai anda dalam sehari, seminggu atau sebulan. Bagaimana cara meningkatkan jumlah urusniaga? Gunakan pelbagai cara supaya pelanggan anda lebih kerap berbelanja, contohnya dengan memberikan hadiah, bonus, mata, baucer dan sebagainya.

 

  1. Tingkatkan Jumlah Purata Pembelian

Daripada jumlah urusniaga tersebut, berapakah purata urusniaga? Contohnya, kedai anda mendapat perolehan  RM1000 sehari dengan jumlah urusniaga 50, maka purata urusniaga anda adalah RM20. Caranya? Anda pernah makan di McDonalds? Setiap kali pelanggan membuat bayaran, pelayannya akan bertanya: “Would you like to have fries with that?”. Jika kita menjawab “ya”, dia akan bertanya: “Large or medium?”. Kalau kita jawab “tidak mahu french fries”, dia akan tanya lagi: “How about ice-cream?” atau “waffle?”, dan sebagainya.

 

  1. Naikkan Margin Keuntungan

Contohnya, kos produk anda adalah RM75.

Anda jual dengan RM100, maka keuntungan anda adalah RM25 atau 25% (250:1000).

Kemudian anda naikkan harganya sebanyak RM10 menjadi RM110, maka margin keuntungan menjadi 32% atau naik 7%.

 

Mari kita lihat pengiraannya:

SEBELUM

  • Prospek 100 x Conversion 25%
  • 25 Pelanggan x 2 Urusniaga x Purata Urusniaga Rm200
  • Jumlah Perolehan RM10,000 x 25% Margin Keuntungan
  • Untung RM2500

 

Dengan teknik-teknik di atas, katakan kita hanya berjaya meningkatkan 10% saja untuk setiap poin Business Chasis di atas. Mari kita lihat kiraannya.

SELEPAS

  • Prospek 1100 x Conversion 27.5%
  • 32 Pelanggan x 2.2 Urusniaga x Purata Urusniaga Rm220
  • Jumlah Perolehan RM14,616.80 x 27.5% Margin Keuntungan
  • Untung Rm4,019,620.

Jadi, dengan kenaikan 10% saja dari setiap poin Business Chasis di atas anda berjaya menambah untung sebanyak RM1,519.62 atau 61%!