Strategi Bisnes

Nak Produk dan Bisnes Jadi Viral? Follow Teknik Ni

Ada 4 Elemen yang menjadikan pemasaran anda viral di Social Media.

✔ Selitkan Fakta.

–> Anda boleh menyelitkan beberapa fakta mengenai perniagaan anda kerana ini akan membuatkan penulisan anda lebih memberi impak kepada peniaga juga kepada pelanggan baru.

✔ Emosi dan Ekspresi.

–> Ayat yang bersifat emosi perlu ditambah untuk menguatkan lagi fakta. Contohnya, “Mesin button badge ini baguslah, menyesal tak beli awal-awal.”

✔ Jaga Bahasa.

–> Untuk penulisan, anda tidak dibenarkan mengeja dengan ejaan singkatan, short form. Penulisan anda perlu dieja dengan betul walau dalam bentuk dialog sekali pun. Ini memudahkan perkongsian dilakukan melalui medium media sosial.

✔ Impak Positif.

–> Sebelum anda posting, wajib dipastikan bahawa penulisan yang anda ingin muat naikkan itu mempunyai impak positif dan barulah klik butang post. Impak positif ini bukan sahaja dikongsi, malah ia akan menjadi rujukan kepada mereka yang memerlukan.