Strategi Bisnes

Strategi Bisnes Untuk Memperolehi Jualan Maksimum

 

Sasaran perniagaan dapat dimaksimakan melalui aturcara aktiviti jualan (sales) yang betul. Kenalpasti faktor yang dapat meningkatkan jualan dengan lebih banyak. Gunakan kreativiti untuk memperkenalkan produk baru dan memperbaiki layanan.

 

Pelajari produk secara mendalam

Pengetahuan mengenai spesifikasi produk wajib dikuasai oleh penjual sebelum melakukan aktiviti jualan. Ini penting supaya mereka dapat menjawab segala pertanyaan daripada calon pembeli dengan cepat dan tepat. Jawapan yang memuaskan dapat meyakinkan si penanya dan akhirnya mempengaruhi keputusannya untuk membeli produk.

Penyampaian maklumat boleh diberi secara lansung seperti dalam kelas kecil yang terdiri daripada anggota team jualan (sales team). Cara ini dilakukan sekali sekala bagi mengurangkan kos mentoring. Di samping itu, team lain masih boleh beroperasi mengikut lokasi pasaran yang ditentukan. Beri modul pembelajaran yang boleh dibawa balik ke rumah supaya ianya boleh dirujuk sekiranya ada perkara yang kurang difahami. Sediakan modul dengan bahasa yang mudah difahami dan ringkas. Penjelasan yang terlalu panjang kurang berkesan dan menyebabkan hilang minat membaca. Sertakan ringkasan perkara utama dalam bahan bacaan supaya penjual itu sendiri dapat menghuraikan isinya.

 

Beri peluang untuk penjual menambah pengalaman

Kejayaan penjual professional menjadi bukti kemampuannya menakluki pasaran. Setiap langkah pasti ada halangan, namun strategi yang telah terbukti berkesan pasti akan berjaya. Adalah menjadi tugas penjual profesional untuk berkongsi pengalaman melakukan jualan dengan pendatang baru, contohnya cara menyelesaikan masalah.

Pengalaman dan ketekunan diperlukan untuk beralih daripada status pekerja baru kepada yang lebih profesional. Semakin lama anda melakukan tugas jualan semakin mahir anda berhadapan dengan orang ramai. Karakter setiap individu berbeza-beza dan kemahiran perlu dikuasai satu per satu. Sesuaikan strategi promosi dengan karakter individu.

Ketekunan mempercepatkan proses menjadi professional. Kuncinya adalah selalu mencuba dan sering bangkit dari kegagalan. Jangan mudah menyerah kalah jika anda belum dapat mencapai sasaran. Cuba segala cara sehingga anda berjaya mencapai impian. Pertahankan sesuatu yang membuahkan kejayaan dan tinggalkan punca-punca kegagalan.

 

Tubuhkan Pasukan yang Kuat

Perpaduan dalam pasukan menghasilkan peningkatan jualan secara keseluruhan. Saling bersatu-padu  dalam mencari strategi yang berkesan untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan merupakan satu tugas yang harus dikoordinasikan bersama. Sistem komunikasi harus diadakan bagi membolehkan komunikasi sesama sendiri. Pasukan adalah faktor dalaman yang menentukan kejayaan.  Langkah seterusnya ialah melakuan keputusan bersama. Serap idea setiap ahli, berbincang dalam forum untuk mencari penyelesaian yang terbaik. Sampaikan cadangan atau kritikan dengan bahasa dan cara yang sopan supaya maksud yang ingin disampaikan dapat difahami.

 

Penilaian

Kita dapat mengetahui samada sasaran telah dicapai atau tidak melalui penilaian. Syarikat-syarikat memantau prestasi jualan secara bulanan. Keberkesanan strategi dapat dinilai semasa pembentangan hasil jualan dilakukan. Kegagalan mungin disebabkan oleh dua faktor, yakni faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman berpunca daripada syarikat itu sendiri, di mana ia mungkin disebabkan produk yang tidak menepati kehendak pasaran. Pelaksanaan strategi yang kurang sesuai juga boleh menjadi punca. Contoh faktor luaran adalah keadaan pasaran yang lembap atau kurang permintaan. Ekonomi negara mempengaruhi kuasa pembelian sesuatu produk. Fahami kehendak pelanggan yang mahukan produk berkualiti yang dijual dengan harga di bawah aras (benchmark). Rendahkan kos pembuatan dan pengedaran produk untuk memenuhi kehendak pelanggan. Sasaran jualan perlu ditingkatkan supaya perniagaan dapat berkembang. Tingkatkan semangat team penjual supaya produk dapat diedar dengan jumlah yang besar dalam waktu yang singkat. Lebih cepat mereka bergerak, semakin dekat perniagaan anda dengan gerbang kejayaan. Pertahankan prestasi baik yang telah dicapai dan terus-menerus memperbaikinya. Banyak syarikat tempatan yang telah berjaya menembusi pasaran luar negara. Anda harus menyahut cabaran untuk bersaing ke luar negara.