Strategi Bisnes

Teknik Bungkusan Produk Jualan Makanan

 

 

Jika anda hendak membeli makanan segera atau snek, selain daripada isinya anda juga boleh tertarik dengan bungkusan.  Oleh itu, memahami teknik bungkusan produk yang baik boleh menbantu anda meningkatkan jualan produk.

 

Jangan memandang remeh kepentingan bungkusan. Walaupun akhirnya ia akan dibuang, tetapi tinjauan yang dibuat menunjukkan bahawa ciri bungkusan sangat penting dalam menentukan keputusan pembelian. Lagipun pengguna melihat bungkusan dahulu sebelum melihat isinya. Jadi, sekali lagi, jangan abaikan teknik bungkusan produk makanan anda.

 

Berikut adalah beberapa pilihan bungkusan produk makanan yang boleh meningkatkan nilai jualan.

 

  • Bungkusan Food Grade

Ini mungkin perkara paling penting untuk dipertimbangkan ketika anda merancang bungkusan produk makanan. Di zaman sekarang, kesedaran masyarakat tentang kesihatan sudah tinggi dan mereka amat memahami bahaya bungkusan yang beracun.  Jadi, bungkusan produk makanan kualiti food grade boleh menjadi selling point yang kuat.

 

  • Bungkusan Kitar Semula

Jika anda membayangkan kitar semula sebagai sisa buangan, jelas sekali salah. Tidak mungkin anda dapat membungkus makanan dengan barang buangan.  Di sini produk kitar semula yang dimaksudkan adalah bungkusan yang boleh digunakan semula oleh pengguna untuk kegunaan lain atau digunakan semula sebagai pembungkus.

 

  • Bungkusan Fancy

Jika produk anda mempunyai pasaran kanak-kanak atau remaja, bungkusan produk yang berciri lucu dan cantik adalah pilihan yang baik. Bungkusan yang lucu dapat memikat pelanggan-pelanggan anda dan mendorong mereka untuk membeli.

 

  • Bungkusan One Stop Useness

Anda boleh membuat bungkusan yang praktikal. Bungkusan jenis ini adalah seperti bungkusan snek mi segera yang menggunakan bekas anti bocor yang membolehkan anda merebus mi terus dalam bekas bungkusan.

Ini hanya sebahagian daripada idea baru yang saya fikirkan berdasarkan tinjauan pelbagai produk di pasaran. Anda boleh menerapkan idea ini dalam perniagaan anda atau jika anda mempunya idea yang berbeza anda boleh kongsikan dengan saya di sini.