Strategi Bisnes

Tiga Cara Untuk Mendapatkan Modal Perniagaan

Antara faktor utama dalam memulakan sesebuah perniagaan adalah modal. Modal yang diperlukan bagi menjalankan perniagaan biasanya dibahagikan kepada tiga: Modal Permulaan, Modal Kerja dan Modal Operasi.  Walaupun sudah sedia maklum tentang semua jenis-jenis modal, ada yang tetap bertanya, “Mengira modal sememangnya mudah. Masalahnya, bagaimana cara untuk mendapatkan modal?.” Anda juga mungkin berfikiran demikian,

Ini topik yang menarik, kerana ramai yang menghadapi kesukaran mengumpul modal untuk berniaga. Contohnya, jika seseorang mahu memulakan perniadaan dobi dengan mesin basuhnya sendiri, dia memerlukan modal sebanyak RM20,000. Jika dia mempunyai wang sebanyak RM3,000, bagaimana dia dapat mencari jumlah modal yang selebihnya?

Terdapat tiga cara untuk mendapatkan modal perniagaan:

  1. Modal sendiri
    Pertama sekali, jika anda ingin memulakan perniagaan, anda boleh menggunakan wang sendiri. Anda boleh menggunakan wang sendiri, samada daripada simpanan dalan bank, atau dengan menjual harta kepunyaan anda. Sebagai contoh, ramai yang menjual motosikal untuk dijadikan modal perniagaan atau menjual barang-barang kemas yang dimiliki.

Menjual barang untuk menambahkan modal adalah perkara biasa. Yang penting, jangan terlalu sayang menjual aset bagi menambah modal. Contohnya, jika anda tidak mempunyai wang untuk modal perniagaan dan terpaksa menjual barang-barang kemas anda, jualkan saja. Apabila perniagaan anda membuahkan hasil di kemudian hari, anda boleh membeli semula perhiasan yang lebih baik. Betul tak?

  1. Pinjaman

Membuat pinjaman sebagai modal perniagaan juga satu daripada cara yang sering diambil. Melalui pinjaman, biasanya perniagaan anda dapat ditubuhkan dengan lebih cepat. Meminjam lebih baik daripada menunggu sehingga wang mencukupi. Walau bagaimana pun, oleh kerana modal anda berpunca dari pinjaman, anda perlu berhati-hati dengan cashflow. Ini kerana anda perlu membayar balik pinjaman. Anda mungkin perlu membayar balik pinjaman secara bulanan, dua kali setahun atau secara tahunan.

Berkenaan pinjaman, ramai orang yang terlalu memikirkan bagaimana mereka boleh mendapatkan pinjaman, tetapi tidak memikirkan apa yang perlu mereka lakukan untuk membayar balik pinjaman tersebut. Apabila membuat pinjaman, cuba fikirkan cara untuk membayar balik.

Anda seharusnya tidak terlalu opitimis untuk mendapat pulangan besar dalam perniagaan pada bulan-bulan pertama. Jika perlu, buatlah anggaran yang lebih pesimis. Daripada anggaran secara pesimis, anda akan dapat menilai samada anda mampu membayar balik pinjaman atau tidak.

 

  1. Usaha Sama

Daripada menjalankan perniagaan dengan modal anda seorang sahaja, atau daripada pinjaman yang ditanggung sendiri, anda juga boleh melakukan perkongsian perniagaan dengan orang lan. Melalui perkongsian, risiko perniagaan yang anda tanggung berkurangan kerana anda mengongsikannya dengan rakan-rakan perniagaan yang lain. Tetapi keuntungan perniagaan juga harus dikongsi. Maksudnya, risiko dikongsi bersama, keuntungan juga dikongsi bersama.

Masalahnya jika mahu melakukan perniagaan secara berkongsi, siapakah yang mahu bekerjasama dengan kamu? Ini bergantung dengan kebolehan anda menjana keuntungan daripada perniagaan yang ditawarkan. Tetapi tawaran keuntungan sahaja tidak mencukupi. Anda memerlukan strategi yang baik serta tidak sombong dengan orang-orang yang diajak untuk berkerjasama.

Selain itu, jika boleh, anda perlu memberikan penerangan yang realistik, sederhana, dan tidak keterlaluan memberi gambaran keuntungan kepada calon rakan niaga anda.

Jadi sekarang anda telah mengetahui cara-cara mendapatkan modal perniagaan. Semoga anda membuat pilihan yang terbaik daripada tiga pilihan yang telah dibincangkan.