Strategi Bisnes, Tokoh Perniagaan

Wanita Ini Memang Layak Digelar Ratu Marketing Dunia

Kim Kardashian. Kamu mungkin menyukainya, kamu mungkin membencinya, tetapi  tidak mungkin kamu tidak mengenalinya. Apa yang muncul dalam fikiran lantas mendengar nama Kim Kardashian? Foto-fotonya yang kontroversial? Keluarganya yang kaya-raya? Atau mungkin keberaniannya dalam memuatnaik video rakaman percakapan telefon antara Kanye West dan Taylor Swift tidak lama dulu?

Apa-apa pun, kamu tidak dapat menafikan bahawa Kim lebih dari sekadar seorang artis Hollywood. Dia telah berubah menjadi sebuah brand yang lekat di fikiran orang ramai, tak kiralah seseorang itu menyukainya atau tidak. Hebat kan? Mereka yang mengaku membenci Kim pun turut berbicara tentangnya tanpa henti. Hal tersebut membuktikan bahawa Kim merupakan marketer yang hebat dalam menjenamakan dirinya sendiri.

Cuba lihat akaun-akaun media sosialnya. Bilangan followersnya mencapai 47.3 juta di Twitter, 28.9 juta likes di Facebook, dan 79.6 juta followers di Instagram. Kim berjaya mengumpulkan jumlah audiens yang lebih banyak dari kombinasi audiens yang dimiliki oleh 10 syarikat terbaik dalam senarai Fortune. Tidak salah rasanya jika Kim dianggap sebagai sebagai salah seorang ratu marketing di dunia, khusus dalam dunia digital.

Apakah anda dapat dipelajari daripada anak kedua keluarga Kardashian ini?

Fahami Target Audiens

Ramai yang berbicara tentang aksi kontroversi Kim atau memberi komen tentang caranya berpakaian. Tidak kurang juga yang memberi komen bernada negatif dalam akaun media sosialnya. Tetapi sebenarnya, siapakah kumpulan audiens yang diberi tumpuan oleh Kim?

Di sini kita dapat melihat bahawa Kim memahami target audiens nya. Kim tahu bahawa target audiensnya adalah pengikut setia siri televisyen Keeping Up with the Kardashian (KUWTK) yang turut mengikuti secara dekat perkembangan diri dan keluarganya melalui media.

Setelah mengenalpasti target audiens dan benar-benar memahaminya, Kim memberikan isi cerita atau konten yang berunsurkan wang, skandal, glamour, drama keluarga dan sebagainya. Konten ini diolah dalam pelbagai bentuk seperti dalam tweet yang dikeluarkan semasa dia dan keluarga Kardashian melancong di Bali, foto-foto majlis ulang tahun anaknya yang bertema dan selfie memakai baju renang.

Konten yang dapat diterima ramai (relatable)

Cuba tanya diri anda sendiri, selain brand perniagaan, apakah hal-hal lain yang dapat menarik perhatian target audiens anda? Adakah brand perlu mempunyai tarikan yang sama? Kim amat memahami bahawa target audiensnya menyukai konten-konten yang berhubung dengan seks, walaupun ia adalah taboo. Lagipun, nama Kim mulai terkenal setelah rakaman seksnya bocor kepada orang ramai, samada sengaja atau tidak. Mungkin dari kejadian tersebut Kim mula membentuk self-branding yang berkaitan dengan seksi dan kontroversial. Walaupun demikian, tidak dapat dinafikan bahawa Kim berjaya menyediakan konten-kontan yang relatable bagi target audiensnya. Seks memang laris dan dia amat memahaminya (Sex sells and she knows it well).

Menggunakan Pelbagai Variasi Media

Kim bukan sahaja berjaya mengenali target audiensnya, malah berjaya menceburi perniagaan berkaitan pelbagai sudut gaya hidup berdasarkan target audiensnya. Dia tidak takut untuk mencuba berbagai jenis platform promosi yang disarankan hasil kajian teliti oleh teamnya. Ini termasuklah dengan media sosial hingga ke produk pakaian sendiri. Melalui media-media tersebut, Kim menunjukkan gaya hidup yang ingin dia paparkan kepada orang ramai, termasuklah mereka tidak menyukainya (haters). Cuba anda baca salah satu artikel onlinenya, memang akan sentiasa ada komen negatif dari mereka yang tidak menyukai Kim. Tapi cuba teka? Kim tidak perlu puji-pujian dari semua orang untuk mendapatkan penampilan (exposure) yang diinginkan. Dia menyedari bahawa komen negatif itu dapat menaikkan lagi namanya.

Mencetuskan Perbualan di Media Sosial

Memang banyak hal tentang kim yang boleh dibicarakan dan suka dibincangkan oleh ramai orang. Contohnya dia sengaja menbocorkan video rakaman perbualan antara Kanye dan Taylor tidak lama dahulu. Kim merasa “muak” dengan sikap Taylor yang seolah-olah menjadi mangsa kerana “dihina” oleh Kanye melalui lirik salah satu lagunya. Padahal, dalam video yang dimuatnaik dalam Snapchat, jelas kedengaran bahawa Taylor telah menyetujui pilihan lirik yang digunakan oleh Kanye.

Walaupun tindakan Kim mungkin berunsur kontroversial, tetapi kamu harus mengakui keberaniannya. Ketika Hari Wanita Sedunia pada bulan Mac lalu, Kim juga turut “memeriahkan”nya dengan memuatnaik foto tanpa pakaian dengan caption: “When you’re like I have nothing to wear LOL”. Tentulah dia mendapat berbagai komen dari banyak pihak, termasuk di kalangan artis Hollywood. Tidak lama kemudian, Kim menulis surat terbuka berhubung dengan peristiwa tersebut, sekaligus mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia.

Kamu tidak sepatutnya mengikut cara Kim membuat posting foto tanpa pakaian atau membocorkan dokumen berharga tertentu untuk mencetuskan topik percakapan, tetapi cuba beri perhatian lebih kepada trend-trend terkini dan ajaklah target audiens anda untuk membincangkan hal tersebut. Kamu boleh menggunakan media sosial seperti Twitter atau Facebook.

Menerima Kelemahan dan Menggunakannya dengan Cara Terbaik

Jika kita melihat artis-artis dalam media, kita hanya melihat perkara yang mereka ingin tampilkan kepada audiens. Begitu juda dengan Kim. Dengan segala yang berlaku dalam hidupnya, tidak mungkin dia tidak pernah merasa sedih atau tertekan, tetapi ini tidal ditampilkan di depan kamera. Kim sentiasa berjaya meyakinkan audiensnya yang dia memiliki hidup yang sempurna. Kim tidak pernah dilihat mengeluh tentang kehidupannya yang sentiasa berada di bawah spotlight. Apa yang menarik, Kim juga pintar dalam memanfaatkan kelemahannya untuk menjangkau lebih banyak perhatian. Jika dibandingkan dengan majoriti model catwalk, postur badan Kim mungkin tidak memenuhi kriteria seorang model. Tetapi dia tidak membiarkan hal tersebut “memakan” dirinya. Kim mengambil kesempatan di atas kekurangan sifatnya. Terdapat banyak foto dan selfie Kim bersama jurulatih sukan yang dimuatnaik ke dalam media sosial. Belum kira lagi berbagai tajaan supplement diet dan peralatan sukan. Khabarnya, Kim bernilai sekitar US$200,000 untuk setiap tweet atau foto Instagram berunsur tajaan.

Konsisten dengan Konten dan Imej

Kim faham siapa target audiensnya. Dia turut memberi konten yang relatable melalui berbagai media. Apa lagi yang dilakukannya sehingga dapat mempertahankan audiens? Jawabannya adalah konsistensi. Bermula dari gmbar majalah, tweet, selfie di Instagram, sehinggalah penampilannya di pelbagai acara, Kim selalu memberikan konten yang relevan dan konsisten kepada target audiensnya. Setiap konten dirancang untuk memenuhi keinginan dan fantasi mereka.

Kajian dan konsistensi

Anda biasa mendengarnya, bukan? Ini sama dengan apa yang dilakukan oleh brand besar seperti P&G. Mereka mencipta iklan Thank You Mom sewaktu London Olympics. Strategi tersebut membuatkan P&G lebih “membumi” (down to earth) dan berjaya mencipta penampilan yang mereka mahukan. P&G menerima lebih US$500 juta penjualan melalui kempen iklan tersebut.

Samada anda menyukai atau membencinya, Kim Kardashian dapat menjadi “guru” yang cukup hebat dalam bidang marketing. Lihat bagaimana namanya menjadi brand atau jenama yang dapat dihubung kait dengan ciri-ciri tertentu. Kamu tidak perlu mengikuti setiap langkah yang dilakukan oleh Kim, tetapi namun cuba fahami target audiens dan sediakan konten-konten yang relevan dengan mereka. Lakukan secara konsisten melalui platform yang sesuai. Semoga perniagaan kamu dapat membentuk imej yang hebat.