6 Perkara Ini Menyebabkan Bisnes Anda RUGI!!

0
605

1. Tidak Menyediakan Pelan Pemasaran

Statistik daripada kajian Harvard menunjukkan hanya 3% daripada perusahaan kecil berjaya maju menjadi syarikat besar. Elemen utama yang dikongsi oleh perusahaan-perusahaan kecil yang berjaya ini adalah masing-masing mempunyai pelan pemasaran yang tertulis dan diikuti secara aktif. Ini merupakan bukti yang cukup kukuh.

2. Tidak Menonjolkan Kelainan Dalam Perniagaans

Dalam dunia perusahaan kecil, anda tidak perlu cemerlang, anda hanya perlu ada kelainan.

Perusahaan kecil yang menawarkan pengalaman yang lain daripada yang lain, menarik, tidak diduga dan luar biasa, adalah bakal menjadi perusahaan yang lebih berjaya. Perusahaan kecil yang memberi pengalaman yang biasa biasa sahaja akan mendapat hasil yang biasa biasa juga.

3. Tidak Mempunyai Program Rujukan (Referral)

Strategi pemasaran yang paling unggul dan #1 bagi perusahaan kecil adalah pemasaran melalui rujukan (referral marketing).

Perniagaan kecil yang berjaya tidak bergantung denagn pengkhabaran mulut ke mulut, tetapi melalui proses sistematik untuk menggalakkan pemberian rujukan (referrals).

4. Tidak Melakukan Pemasaran Kepada Pelanggan Anda

Asset paling berharga dalam apa jua perniagaan adalah senarai pelanggan. Perusahaan kecil yang berjaya sedar akan perkara ini. Mereka tidak akan membelanjakan wang untuk pemasaran kepada orang umum, tetapi akan menggunakan sumber kewangan mereka untuk melakukan pemasaran kepada pelanggan yang sedia ada.

Pemasaran kepada pelanggan tetap akan mendatangkan …
Pesanan yang lebih besar
Pembelian lebih kerap
Lebih banyak rujukan

5. Tiada Sasaran Kumpulan Pelanggan

Terdapat ungkapan yang menyatakan, ”Jika semua orang adalah prospek anda, maka tiada orang yang akan menjadi pelanggan anda.”

Cara paling pantas untuk meningkatkan jualan ialah dengan memilih sasaran pemasaran dan menumpukan segala kekuatan pemasaran anda untuk menembusi kumpulan pembeli tersebut. Apabila anda berbuat demikian, kegiatan pemasaran anda akan membuahkan hasil yang lebih banyak dengan pelaburan yang sedikit.

6. Tidak Menyedari Tentang Perniagaan Yang Diceburi

Ini disebut sebagai “Emyth Syndrome.” Terlalu banyak pemilik perniagaan yang gagal mengenal pasti satu fakta mudah: PEMASARAN adalah pemacu perniagaan. Jadi janganlah leka dengan penjualan produk dan perkhidmatan sahaja; anda seharusnya menumpukan perhatian untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Michael Gerber berkata, ”Tumpukan perhatian TERHADAP perniagaan, dan bukannya DALAM perniagaan.”

Kesimpulan

Inilah enam kesilapan besar pemasaran perusahaan kecil. Terdapat banyak kesilapan yang mungkin dibuat oleh pemilik perniagaan kecil, tetapi ini merupakan kesilapan-kesilapan yang paling BESAR.

Tumpukan perhatian dalam menyelesaikan semua masalah ini, dan perniagaan anda akan lebih maju dan sentiasa mendatangkan keuntungan.