Tokoh Perniagaan

5 Formula untuk Kejayaan dari Ray Kroc, Pengasas McDonald’s

5 Formula untuk Kejayaan dari Ray Kroc, Pengasas McDonald’s

 

Ray Kroc adalah seorang usahawan yang terkenal dengan kejayaannya mengubah McDonald’s dari perniagaan restoran tempatan sehingga menjadi perniagaan global yang melayan 25 juta orang setiap hari di hampir 20,000 cawangan di seluruh dunia. Beliau memulakan perhubungan dengan McDonald ketika menjual multi mixer (pengadun sebaguna). Sejurus selepas mengunjungi sebuah kedai di San Bernardino, beliau melihat satu peluang yang tidak dapat dilepaskan.

Kepimpinan dan bakat perniagaannya membantu mendirikan rangkaian restoran terbesar iaitu McDonald’s dan mencipta sejarah dalam melahirkan paling ramai orang (franchisee) menjadi jutawan daripada satu organisasi. Inilah 10 pelajaran dari Ray Kroc:

 

1. Miliki visi yang besar
Ray Kroc mempunyai cita-cita yang jauh lebih besar dalam fikirannya. Dia memiliki visi besar untuk McDonald’s. Dengan visi tersebut, dia berbincang dengan rakan niaga McDonald’s untuk membeli saham perusahaan tersebut. Dia pertama kali membayangkan 8 restoran ini membuat burger dan menjana keuntungan. Hari ini, Arca McDonald’s adalah salah satu logo yang paling dikenali di dunia. Melalui visinya, ia menjadi salah satu syarikat yang terkemuka di dunia. Jika orang lain hanya melihat pada batasan, seorang pemimpin melihat pada peluang dan kemungkinan.

 

2. “Aktif” dalam perniagaan
Ketika Ray Kroc memiliki hak rangkaian McDonald’s, dia tidak pergi bekerja di restoran McDonald’s. Dia pergi untuk “mengerjakan perniagaan” McDonald’s. Bagi Kroc, restoran McDonald’s yang pertama hanyalah model atau prototaip yang boleh direplikasian di bandar-bandar besar di seluruh negara.

Beliau sendiri turut sama bekerja dan mula menganalisa setiap fungsi operasi McDonald’s dari pembelian sehingga ke persediaan memasak dan membersih. Tanpa mengubah konsep asal, dia membuat perubahan dan terus mengembangkan standard dan prosedur yang komprehensif yang pada dasarnya adalah sebuah sistem operasi McDonald’s.

 

3. Ciptakan peluang
Kroc tahu bagaimana menciptakan peluang untuk dirinya sendiri. Seperti yang dikatakannya kepada seorang penulis biografi, “Saya obses dengan idea untuk membuat McDonald’s menjadi yang terbesar dan terbaik.” Kroc meraih kejayaan kerana beliau lebih prihatin tentang bisnisnya berbanding orang lain.

 

4. Minati pekerjaan anda
“Jika anda bekerja hanya kerana wang, anda tidak akan mendapat kejayaan; tetapi jika anda menyukai apa yang anda lakukan dan anda selalu mengutamakan pelanggan, maka kejayaan akan menjadi milik anda,” kata Ray Kroc.

Perniagaan haruslah berkisar tentang apa yang dapat anda berikan untuk pelanggan anda, dan betapa ghairahnya anda dalam hal ini. Jika niat terhadap perniagaan dan pelanggan anda tidak ada, perniagaan anda akan gagal.

 

5. Jadilah pengambil risiko
Menurut Kroc, “Jika anda bukan pengambil risiko, anda harus lupakan tentang perniagaan.”

Pemikiran yang tidak berani untuk mengambil risiko membuat anda kehilangan peluang untuk berjaya. Kroc mengambil model bisnes kecil dan memulakan sebuah rancangan untuk memajukannya tanpa kepastian akan hasilnya.

Demikianlah pelajaran bisnes dari Ray Kroc pemimpin McDonald’s. Semoga ia berguna untuk anda.