Tokoh Perniagaan

Cerita Nostalgia Zuckerberg dan Moskovitz

Cerita Nostalgia Zuckerberg dan Moskovitz

Nostalgia selalunya indah. Mentertawakan diri di masa lalu, atau menyedari betapa sederhananya permulaan untuk sesuatu yang besar di kemudian hari. Sama halnya dengan pengasas sekaligus CEO Facebook Mark Zuckerberg menceritakan bagaimana pada mulanya beliau dan Dustin Moskovitz menjadi pengasas bersama Facebook.

Zuckerberg dan Moskovitz adalah teman sebilik dan sekuliah dalam sains komputer di Harvard. Suatu hari di tahun 2003, Zuckerberg mula membuat jejaring sosial yang dinamakan Facebook. Kemudian pada awal Februari 2004, Facebook dilancarkan secara eksklusif untuk mahasiswa Harvard. Beberapa minggu kemudian, ribuan mahasiswa Harvard mendaftar di jejaring berwarna biru tersebut. Kemudian muncul pula e-mail dari mahasiswa-mahasiswa university-universiti lain yang mahu Facebook diadakan di kampus mereka.

Ketika itu Zuckerberg bingung dengan semangat yang membuak. Sebahagian dirinya mahu memperluaskan Facebook, manakala sebahagian lagi memikirkan kewajibannya sebagai seorang mahasiswa.

Ketika itulah Moskovitz dating membantu. “Teman sebilik saya mengatakan ‘hey, saya akan tolong kamu mengembangkan Facebook’, ” kata Zuckerberg mengulangi kata-kata Moskovitz, sebagaimana dilaporkan dalam BusinessInsider dan KompasTekno.

Salah Faham “PHP”

Zuckerberg dengan senang hati menyambut niat baik Moskovitz. Tetapi masalahnya, Facebook ditulis dalam bahasa program PHP dan Moskovitz ketika itu belum biasa dengan bahasa tersebut. Pantang menyerah, Moskovitz pun mempelajarinya dengan membeli buku yang berkaitan dengan bahasa program PHP. Sayangnya, dia tersalah faham tentang perkara ini. Dia bukannya membeli buku untuk belajar PHP, tetapi buku berjudul “PERL for Dummies”. Zuckerberg pun memperbetulkan Moskovitz.

“Laman itu ditulis dalam PHP, bukan PERL, dude, ” katanya mengajuk gaya percakapannya dengan Moskovitz ketika itu.

Akhirnya Moskovitz mempelajari PHP dalam beberapa hari dan cepat memahaminya. Anak muda itu kemudiannya membantu Zuckerberg menangani isu-isu teknikal dalam memperluaskan Facebook ke universiti-universiti lain.

Setahun kemudian, Facebook mulai diberi perhatian. Jejaring sosial tersebut sudah tersebar di 2, 000 institusi pendidikan dan mempunyai 400 juta page view setiap hari atau lebih dari yang dimiliki Google. Tidak hairan juga, sebab Yahoo masih unggul sebagai mesin carian ketika itu.

Keputusan besar

Dengan sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat, Zuckerberg dan Moskovitz memberanikan diri keluar dari Harvard untuk lebih fokus memajukan Facebook di Palo Alto, AS.

Moskovitz kemudian meninggalkan Facebook pada lewat 2008, ketika jejaring sosial tersebut mulai memasuki peringkat antarabangsa. Berkat saham yang dimiliki, Moskovitz sudah pun jadi jutawan muda ketika itu, bersama dengan Zuckerberg.

Beberapa tahun kemudian, hubungan Zuckerberg dan Moskovitz diceritakan secara fiksyen dalam filem “The Social Network”. Ia dianggap fiksyen kerana beberapa bahagian kisah di dalamnya dikatakan tidak pernah terjadi. Karakter wataknya juga melencong dari yang sebenar.