Tokoh Perniagaan

Jose Maurinho seorang Usahawan?

José Mário dos Santos Félix Mourinho? Siapakah individu hebat ini yang sering menjadi bualan ramai masyarakat dunia dan beliau mungkin hanya lebih dikenali dalam kalangan peminat sukan bola sepak.

Sifat kepimpinan yang berkesan amat penting dalam kejayaan sesebuah perniagaan selain daripada idea dan produk yang hebat, pemasaran dan kewangan yang kukuh.

mu-1

Individu yang bernama Jose Maurinho merupakan seorang pengurus kelab bola sepak antarabangsa seperti Chelsea, Inter Milan dan Real Madrid namun beliau tidak mempunyai bakat dan pengalaman sebagai pemain bola sepak. Persoalannya, apakah gaya kepimpinan yang diterap oleh Jose Maurinho sehngga menjadikan beliau seorang pengurus yang berkaribel dan disegani.

 

  • Daya tahan, Motovasi dan Inspirasi

Maurinho mewujukan ikatan hubungan yang erat dengan pemain-pemainnya seolah-oleh sebuah ikatan kekeluargaan yang erat melebihi hubungan antara seorang jurulatih dengan pemain. Oleh kerana hubungan inilah beliau mengenali pemainnya secara peribadi dan tahu setaip kekuatan serta kelemahan pemain-pemainnya.

Hubungan yang rapat dan pengetahuaan inilah memberikan beliau ilmu dan mengenal pasti cara untuk melatih setaip pemainnya dengan cara yang berbeza mengikut kemampuan pemainnya. Setiap pemain merasakan diri mereka sentiasa bersemangat dan bermotivasi untuk menjalani sesi latihan dibawah kepimpinan Maurinho biarpun latihan yang diberikan itu berat.

 

  • Kepercayaan dalam Perubahan

Maurinho bukan sekadar pengurus dan jurulatih, malah merupakan seorang rakan kepada pemain-pemainnya. Kepimpinan dan keperibadiaan beliau membuatkan setiap pemain-pemainnya mempercayai beliau dan mereka tidak mempunyai masalah untuk berkongsi cerita atau masalah peribadi. Maurinho sentiasa mempunyai masa dan ruang untuk berjumpa dengan pemain-pemainnya bagi membincangkan hal-hal berkaitan sukan atau isu peribadi sekali pun. Kepercayaan inilah menjadi pendorong dan pemain-pemainnya berusaha untuk memberikan persembahan yang terbaik.

 

  • Matlamat yang Jelas

Maurinho sentiasa focus kepada kemenangan dan beliau tidak akan membenarkan dirinya berasa dalam kekecewaan dan putus asa menguasai pemikirannya apabila berdepan dengan kekalahan. Beliau mengingatkan diri dan pemainnya agar sentiasa memikirkan kemenangan.

 

  • Perbincangan dan Persefahaman

mu-2

Maurinho merupakan seorang pengurus dan jurulatih yang rajin kerana beliau mampu menguasai 10 jenis bahasa. Kemampuan menguasai banyak bahasa adalah untuk memudahkan dirinya berkomunikasi dan mewujukan persefahaman dalam kalangan pasukannya agar matlamat yang telah ditetapkan dapat dicapai. Khidmatnya sangat diperlukan oleh kebanyakkan kelab-kelab bola sepak antarabangsa dan hal ini juga membuatkan diri beliau perlu menguasai sesuatu bahasa jika beliau berpindah ke kelab yang lain bagi tujuan komunikasi yang berkesan.

 

  • Menyelesaikan Konflik dan Perbezaan

Beliau mempunyai pendekatan yang berbeza dalam menghadapi konflik dan perbezaan iaitu pendekatan yang meletakkan sesuatu masalah itu di tahap yang boleh dilihat atau menjadi tumpuan kesemua ahli pasukannya. Pendekatan ini dapat membentuk satu penyelesaiaan yang cepat dan berkesan dengan cara perbinganan beramai-ramai untuk mencari penyesaiaannya.

 

  • Rundingan

Proses rundingan yang digunakan oleh Maurinho adalah dengan menggunakan teknik memujuk dan mempengaruhi pemainya. Beliau akan mengingatkan pemain-pemainnya agar kembali memikirkan kemenangan dan akan mempengaruhi setiap pemainnya agar membina emej secara mental tentang apa yang mereka perlukan untuk menang. Beliau juga memperuntukkan masa untuk mempersiapkan pemainnya dengan pendekatan yang berbeza-beza dalam setiap perlawanan.

mu-3

Jika pasukan kelandiaannya ketinggalan pada separuh masa pertama, beliau tidak mengencam atau menjerit-jerit pemainnya, tetapi memujuk mereka untuk berubah. Malah menfokuskan kepada perkara betul yang dilakukan oleh mereka serta memberitahu mereka cara melakukan perubahan terhadap corak perlawanan mereka. Maurinho akan menukar perkara-perkara yang negative kepada unsur yang positif serta tidak akan bercakap mengenai kesilapan pemainnya.

 

  • Gabungan kekuatan

Maurinho mengetahui kemampuan setiap pemainnya dan beliau menganalisis kekuatan dan kelemahan setiap pemainnya, beliau menggabungkannya untuk menghasilkan kekuatan pasukan dan meminimakan kelemahan mereka. Maurinho mengingatkan agar setiap pemain sedar tentang kekuatan masing-masing agar mereka boleh focus terhadap kekuatan bagi kebaikan seluruh pasukannya dan sedar kelemahan mereka serta saling melengkapi untuk membina kekuatan.

Mourinho mengkaji dengan mendalam tentang gaya permainan pemainnya dan juga tentang  corak setiap perlawanan menentang lawannya

 

  • Kawalan emosi

Maurinho bijak mengurus emosi para pemainnya supaya mereka sentiasa mempunyai tenaga dan bersemangat tinggi. Beliau sentiasa meningatkan pemainnya agar berusaha keras hingga tahap maksimum agar membolehkan mereka masuk ke zon keberanian dan pergi jauh dari zon keselesaan.

 

Kepimpinan Jose Maurinho boleh dijadikan sumber inspirasi kepada usahawan yang menjadi pemimpin kepada perniagaan mereka, terutamanya kepada usahawan yang mempunyai kakitangan agar mereka merasa seronok untuk berkerja serta berusaha bersama-sama meningkatkan keuntungan syarikat. Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan jangan malu-malu untuk hubungi atau layari laman web kami www.usahawan.com. Oppss!!! Jangan lupa “signup form” di bawah supaya mudah untuk kita share tips dan info bisnes. Love is Sharing