Tokoh Perniagaan

Kisah Donald Trump Sebelum Menjadi Presiden Amerika Syarikat

 

Donald John Trump (lahir 14 Jun 1946) merupakan seorang ahli perniagaan, sosialit, penulis dan personaliti televisyen terkenal dari Amerika Syarikat. Beliau merupakan Pengerusi dan CEO Trump Organization, sebuah syarikat hartanah di Amerika Syarikat. Beliau turut menubuhkan Trump Entertainment Resorts, yang menjalankan perniagaan kasino dan hotel di seluruh dunia. Trump menjalani kehidupan yang mewah dan amat banggakan kekayaannya. Sifat beliau yang demikian membuatkannya terkenal. Popularitinya semakin melonjak dengan kejayaan reality show siaran NBC, The Apprentice, yang mana beliau berperanan sebagai hos dan produser eksekutif.

Donald adalah anak keempat daripada lima adik-beradik. Bapanya adalah Fred Trump, seorang pengusaha hartanah yang berjaya di New York. Donald sangat dipengaruhi oleh kejayaan ayahnya, dan ini mendorong beliau untuk memilih kareer dalam bidang hartanah. Setelah mendapat kelulusan dari Wharton School di University of Pennsylvania pada tahun 1968, Donald Trump menyertai syarikat ayahnya, The Trump Organization.
Pada mulanya, syarikat tersebut menjalankan kerja pengubahsuaian Hotel Commodore menjadi Grand Hyatt bersama dengan dengan keluarga Pritzker, seterusnya membangunkan Trump Tower di Bandaraya New York dan beberapa projek perumahan lain. Trump menceburi industri pernerbangan melalui pembelian Eastern Air Lines Shuttle. Beliau turut menceburi perniagaan kasino di Atlantic City, termasuk pembelian Taj Mahal Casino daripada keluarga Crosby. Tindakan beliau membeli perniagaan-perniagaan tersebut akhirnya mendatangkan kemuflisan. Pengembangan perniagaannya ini telah meningkatkan beban hutang. Kebanyakan liputan berita tentang Trump pada awal 1990-an adalah berkenaan masalah kewangan, bailout pemiutang, perhubungan luar nikahnya dengan Marla Maples (yang kemudian menjadi isteri keduanya), dan penceraian daripada isteri pertamanya, Ivana Trump.
Pada lewat 1990an, Trump bangkit daripada masalah kewangan dan gossip peribadinya. Pada tahun 2001, Trump World Tower siap dibina. Ia merupakan sebuah menara kediaman 72 tingkat yang terletak behadapan dengan ibupejabat PBB di New York. Ini disusuli dengan pembinaan Trump Place, sebuah pembangunan kompleks kediaman di sepanjang Sungai Hudson. Trump memiliki ruang perniagaan di Trump International Hotel and Tower, sebuah bangunan hotel-kondominium 44 tingkat di Columbus Circle. Setakat ini Trump memiliki beberapa juta kaki persegi hartanah di kawasan utama di Manhattan, kekal sebagai tokoh hartanah di Amerika Syarikat dan selebriti program reality shownya.

Latar belakang dan pendidikan


Donald Trump adalah anak lelaki Fred Trump Kristus (Woodhaven, New York, 11 Oktober 1905 – 25 Jun 1999) dan isterinya Mary Anne MacLeod (Stornoway, Skotlandia, 10 Mei 1912 – 7 Ogos 2000), yang berkahwin pada tahun 1936 . Datuk daripada sebelah bapaya merupakan seorang imigran Austria, Frederick Trump, yang berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1885 dan menjadi warganegara secara naturalisasi pada tahun 1892. Frederick berkahwin dengan Elisabeth Kristus (10 Oktober 1880 – 6 Jun 1966) pada Kallstadt, Rheinland-Pfalz, pada tahun 1902. Trump adalah seorang Katolik. Trump mendapat pendidikan awal di Sekolah Kew-Forest di Forest Hills, Queens, tetapi timbul beberapa masalah tingkah laku di sekolah tersebut, ibu bapanya memindahkan beliau ke Akademi Tentera New York (New York Military Academy) dengan harapan beliau dapat mengunakan energy dan sifat tegasnya secara lebih positif.

Keputusan in membuahkan hasil: di NYMA wilayah utara New York, Trump mendapat penghargaan dari segi akademik, menjadi pemain bola sepak universiti untuk tahun 1962 dan 1963, dan pemain baseball universiti dalam tempoh 1962-1964 (kapten pasukan dalam tahun 1964). Ted Dobias yang merupakan jurulatih baseball dan seorang tokoh tempatan yang terkenal dengan kerja amalnya dengan pemuda-pemudi tempatan, turut menganugerahkan Trump dengan Coach’s Award pada tahun 1964. Apabila Trump dinaikkan pangkat sebagai Captain Cadet-S4 (Cadet Batalyon Logistics Officer) bagi pelajar tahun akhir, beliau dan Cadet First Sergeant Jeff Donaldson ’65, (West Point ’69) membentuk gabungan kadet-kadet, melatih mereka untuk melakukan close-order drill, dan membuat perbarisan kawad sepanjang Fifth Avenue pada Memorial Day 1964. New York Times cukup kagum dengan perbarisan tersebut dan menyiarkannya sebagai berita muka depan akhbar pari hari berikutnya.
Trump menuntut di Fordham University selama dua tahun sebelum melanjutkan perlajaran ke Wharton School, University of Pensylvannia. Setelah menamatkan pengajian pada tahun 1968 dengan Sarjana Muda Sains dalam bidang Ekonomi, major dalam Kewangan, beliau menyertai syarikat hartanah bapanya.

Dalam bukunya, Trump: The Art of Deal, Trump menceritakan kisahnya sebagai seorang graduan:
“Setelah saya lulus dari Akademi Tentera New York pada tahun 1964, saya terfikir sejenak untuk menuntut di sekolah perfileman, tetapi kemudian memutuskan bahawa bidang hartanah adalah lebih menguntungkan. Pada mulanya saya menuntut di Fordham University, tetapi dua tahun selepas itu saya terfikir… memandangkan saya telah memilih untuk melanjutkan pelajaran di universiti, lebih baik saya mencabar kebolehan di universiti yang terbaik. Saya memohon untuk memasuki Wharton School di University of Pensylvannia dan saya berjaya diterima. Saya amat gembira kerana berjaya tamat pengajian. Saya terus kembali ke rumah dan bekerja sepenuh masa dengan ayah saya.”

Kerjaya


Trump memulakan kerjaya di syarikat ayahnya, Trump Organization. Pada mulanya beliau menumpukan kerja mengikut pilihan ayahnya, pembangunan perumahan kelas menengah di kawasan Brooklyn, Queens dan Staten Island. Salah satu projek pertama Donald ketika masih menuntut, adalah pengubahsuaian kompleks apartmen Swifton Village di Cincinnati, Ohio, yang sedang mengalami penutupan. Beliau berjaya mengubahsuai kompleks 1200-unit dan meningkatkan peratus hunian dari 66% sehingga 100% dalam masa setahun.

Ketika Trump Organization menjual Swifton Village dengan harga $12 juta, ia mendapat keuntungam $6 juta. Pada tahun 1971 Trump berpindah ke Manhattan, dan yakin bahawa adanya peluang ekonomi yang baik di kawasan bandar, khususnya perlaksanaan projek bangunan besar di Manhattan yang menjanjikan keuntungan lumayan, dengan senibina menarik, dan diminati orang ramai. Trump mula dengan mendapatkan hak membangunkan kawasan kawasan Penn Central di West Side. Kemudian beliau berjaya memperolehi pengurangan cukai (tax abatement) selama 40-tahun daripada pihak berkuasa New York, yang membolehkannya merenovasi Commodore Hotel yang sedang mengalami kemuflisan menjadi Grand Hyatt yang baru

.
Beliau memainkan peranan penting dalam pembangunan Javits Convention Center. Saga pembanguann Javitz Convention Center menyebabkan Trump menghubungi penguasa bandaraya New York apabila projek yang beliau anggarkan mampu disiapkan oleh syarikatnya dengan kos $110,000,000, sebaliknya memakan belanja sebanyak $750,000,000 – $1 billion di bawah perlaksanaan pihak bandaraya. Beliau menawarkan untuk mengambil alih projek tersebut tanpa bayaran tetapi tawaran itu ditolak.
Peluang yang sama muncul apabila pihak bandaraya mahu melakukan renovasi terhadap Wollman Rink di Central Park. Projek ini bermula pada tahun 1980 dan dirancangkan siap dalam tempoh 2 ½ tahun, tetapi setelah membelanjakan $12,000,000 kerja-kerja renovasi tersebut masih belum selesai pada tahun 1986. Trump menawarkan kepada pihak bandaraya untuk mengambil alih projek tersebut tanpa bayaran. Pada mulanya tawaran beliau ditolak sehinggalah isu tersebut menjadi perhatian media tempatan. Trump diberi tugas tersebut dan menyelesaikannya dalam enam bulan dan hanya membelanjakan $750,000 daripada anggaran baki kos projek sebanyak $3,000,000.