Tokoh Perniagaan

Lelaki Misteri Disebalik Kejayaan Apple

Pada akhir 90-an, Apple hampir muflis. Berbeza dengan sekarang, banyak kegagalan menyusuli setiap keluaran produk barunya. Jika diimbas kembali, kejayaan yang dinikmati Apple ketika ini sukar dipercayai.

Ramai yang mengatakan bahawa kebangkitan Apple adalah kerana kembalinya Steve Jobs dalam syarikat tersebut. Berkat semangat dan inovasinya, Apple mampu mencapai statusnya sekarang, Tetapi bagi sesetengah orang yang benar-benar mengerti situasi di atas, mereka menganggap itu sebagai cakap-cakap kosong. Mereka yang meneliti perkara ini akan memberitahu bahawa kebangkitan Apple bermula ketika tersiarnya iklan yang dibintangi oleh Justin Long.

Ya, Justin Long merupakan pelakon Hollywood yang ketika itu dipilih sebagai bintang iklan Apple yang ditayang pada Mei 2006.

Pada tahun sebelumnya, penjualan produk-produk Apple menurun secara drastik. Untuk mengatasinya, gergasi teknologi ini menaruh harapan pada sebuah iklan bersiri yang berjudul I’m a Mac.

Iklan tersebut menampilkan Justin Long yang memegang peranan Mac yang trendy dan sedang berbicara dengan PC yang old-fashioned. Dari iklan tersebut, jelas bahawa Mac mewakili anak muda kreatif manakala PC adalah untuk mereka yang berfikiran konservatif.

Kerana persona serta karisma Justin Long yang down-to-earth, iklan I’m a Mac mudah menyentuh generasi muda. Sebulan setelah iklan tersebut ditayang, penjualan Mac mencapai angka 200 ribu unit. Pada Julai 2006, lebih kurang 1.3 juta unit diedarkan kepada para pelanggan. Dalam satu dekad, penjualan Mac turut berjaya menyaingi penjualan PC dari tahun ke tahun.

Steve Jobs sendiri yang memilih Justin Long untuk iklan tersebut kerana beliau menganggap Justin mirip dirinya ketika masih muda. Padahal jika dilihat, tidak mirip lansung. Penampilan dan jenis personaliti Justin Long yang kasual dan cool menjadi contoh yang sesuai bagi generasi muda.

Seorang pakar psikologi dari St John University, Jeffrey Nevid, mengatakan, “Apple mampu memasuki segmen pasaran ini di saat mereka melihat Mac, dan mereka berfikir: itulah saya. Itulah sesuatu yang tidak disedari oleh para pengguna PC. Mereka mungkin menyukai peralatan tersebut, tetapi tidak langsung menidentifikasikannya sebagai sebahagian diri mereka.”

Justin Long sebelum itu sudah terkenal di Hollywood melalui filem-filem seperti Jeepers Creepers, Dodgeball, Galaxy Quest, tetapi setelah membintangi iklan Apple tersebut, dia terus dipilih menjadi sidekick Bruce Willis dalam filem Live Free or Die Hard. Namun sayangnya, kareernya sudah agak terbantut sekarang.